Bab 13

12.7K 488 7
                                    

Nur Fasha masih termenung sejenak di bilik Iskandar. Kemudian, merenung ke arah jendela. Teringat kembali permintaan terakhir arwah ibunya.

"Nanti kalau ibu dah tak ada di muka bumi ni, ibu nak Fasha jaga diri Fasha elok-elok, jangan pernah tinggal solat lima waktu dan ibu nak Fasha cuba pakai tudung. Ibu tahu bukan senang nak bertudung dalam masa yang singkat, pelan-pelan okay. Ibu sayang Fasha sangat-sangat. Ingat tu."

Itulah permintaan terakhir ibunya sebelum kejadian yang meruntuh jiwa itu berlaku. Ibu... Fasha mintak maaf sebab tak dapat buat apa yang ibu harapkan. Gumam hatinya, sebak.

Mata mula bergenang dan memerah. Sejak dia terperangkap di sini, dia tidak pernah lagi mengejarkan perintah Ilahi. Kalaulah sekarang ibu masih ada di sisi, mungkin ibu akan kecewa melihat dirinya.

Permintaan ibunya yang satu itu pun tidak dapat ditunaikan. Semua ini disebabkan Iskandar yang telah kabur dengan dendam. Sampai tidak mengenal yang mana haram dan yang mana halal.

Seperti mendengar bunyi pintu bilik ditutup, Fasha mengalihkan pandangannya. Dia melihat susuk tubuh seseorang sedang mendekati.

"Fasha, Ida bawakan Fasha makanan ni. Ida tengok Fasha tak turun makan pun tadi," ujar Kalida seiring meletakkan dulang tersebut di atas meja yang berhampiran dengan katil.

"Terima kasih Ida. Susah-susah aje." Fasha bersuara lembut. Dengan perlahan Fasha bangun dari katil. Kemudian, dia menuju ke arah meja.

"Sama-sama. Tak susah pun."

Fasha membaca doa sebelum memulakan suapan. Kehadiran Kalida bagaikan memberi sedikit sinar kebahagiaan kepada dirinya. Harap-harap macam tulah.

"Fasha, kenapa Gina tu macam tak puas hati dengan Ida?" Kalida melabuhkan punggung di birai katil. Tangan ditongkatkan di dagu. Terkelip-kelip matanya memandang Fasha.

Fasha berhenti makan, wajah Kalida ditatap pula. "Maksud Ida?"

"Dia marah Ida tadi."

"Marah Ida? Dia kata apa?" Dalam hati Fasha sudah menebal rasa geram terhadap perempuan yang bernama Gina. Entah apa-apa yang perlu dimarahkan oleh perempuan itu.

"Dia suruh Ida jauhkan diri daripada abang Is. Pastu dia cakap yang dia tu bakal isteri abang Is." Dengan perasaan marah, Kalida bercerita. Bukan apa, dia cuma tidak suka perlakuan Gina yang asyik mengarahnya.

Hei, aku ni adik Iskandar tau!

"Betul ke? Dia bakal isteri abang Is?" Tersentak sedikit Fasha mendengar kenyataan itu. Biar betul Iskandar nak kahwin dengan perempuan macam tu? Tak silap hari bulan, boleh runtuh rumah. Sebab suara nyaring si Gina tu!

Kalida menjungkit bahu, tidak tahu. "Kalau dia jadi kakak ipar Ida, memang nahas dia." Seperti geram, Kalida bersuara. Memang dia tidak sanggup meng'kakak'kan perempuan itu.

"Ida nak buli dia ke?" Sudah tergelak kecil Fasha melihat perasaan marah Kalida. Macam-macam karenah budak ni.

"Lebih dari buli! Ida nak dia basuh kaki Ida. Cuci lantai rumah mama. Basuh punggung Mykiy." Habis semua perasaan geram dilepaskan. Tangan terus disilangkan ke dada. Geram!

"Mykiy?"

"Kucing kawan Ida." Lambat-lambat Kalida meloker senyuman. Hahaha! Memang seronok kalau perempuan itu buat betul-betul.

"Hahahah! Boleh pula macam tu."

"Kalau Fasha jadi kakak ipar Ida, tak apalah." Terangkat-angkat kening Kalida, seolah memberi 'green light' kepada Fasha.

Fasha laju menggeleng. Fuh, memang tak sanggup jadi isteri kepada perogol, eh. "Hisy, Ida ni!" Dengan gelengan, Fasha meneruskan suapan. Sempat, fikirannya memikirkan Iskandar. Lelaki itu sudah kabur dengan dendam.

Dendam lebih penting dari cinta.

Seorang lelaki yang berpakaian serba hitam mula mengatur langkah memasuki ke dalam perut pancuan empat roda milik Gina.

"Kau nak apa?" tanya lelaki tersebut sebaik sahaja dia duduk di seat penumpang. Sesekali matanya akan meliar ke luar tingkap kereta. Risau kalau-kalau ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka.

"Aku dah tak boleh tahan dengan perangai semua orang dalam rumah tu. Mereka buat aku jadi gila!" Gina sudah begang apabila memikirkan apa yang sudah berlaku. Stereng kereta digengam kuat sebelum dipukul-pukul. Cukap menggambarkan perasaanya tika ini.

"Jadi kau nak aku buat apa?" Lelaki itu bertanya lagi lalu mengalihkan pandangan ke arah Gina. Dia seakan tidak mengerti.

"Mulakan rancangan kita!" Gina masih mengengam kuat streng kereta sambil menahan amarah. Tunggu sahaja amarah itu meletus. "Kau suruh semua kawan kau siap sedia, aku tak nak kita buat silap!" pesan Gina lagi seiring dengan senyuman sinis.

Lelaki tersebut mengangguk dan melangkah keluar dari perut kereta milik perempuan itu atau lebih dikenali sebagai bossnya.

Macam-macam aih si Gina ni!

Vote kalau tak suka Gina.

Kbye!

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now