Bab 72

5.3K 238 45
                                    

Kereta Audi itu mula memasuki perkarangan rumah agam itu sebelum diletakkan di garaj kereta dengan selamat.

Wajah lelaki itu gusar saat menapak keluar dari perut kereta. Masih terkesan dengan kata-kata daripada seorang gadis.

"Iskandar..." Mak Senah melakar senyuman lebar saat menangkap kelibat Iskandar. Jauh di segenap hati, dia hairan melihat Iskandar yang tiba-tiba ke sini. Mungkin ada hal agaknya dengan majikannya. Teka hati Mak Senah.

Iskandar membalas senyuman Mak Senah itu. "Mak Senah, Is nak tanya sesuatu..." Iskandar menghampiri Mak Senah yang berada tidak jauh dengannya. Wanita yang agak sebaya dengan mamanya itu berdiri terpaku di meja makan.

Mak Senah turut mendekati. "Is nak tanya apa? Kalau Mak Senah tahu, Mak Senah akan cuba jawab soalan Is."

"Mak Senah ada buang tak barang-barang Is sebelum ni?"

Mak Senah berkira-kira sendiri. Dia sendiri tidak pasti. "Barang-barang Is? Maksud Is barang yang mana?"

"Barang Is sebelum Is hilang ingatan. Maksudnya barang yang ada dalam bilik Is sebelum ni. Mak Senah pernah buang ke?"

Selepas mengingati, Mak Senah laju menggeleng. "Tak. Tak. Mak Senah tak buang sebab mama Is tak bagi Mak Senah buang," jawab Mak Senah dalam nada yang tergesa-gesa.

Iskandar bernafas lega. Selamat. "Okeylah kalau macam tu. Is naik dulu. Ada sesuatu yang Is nak cari," pinta Iskandar untuk beredar dari situ. Terbongkok badannya sedikit, tanda hormat kepada wanita tua itu.

Mak Senah hanya anggukan kepala sebagai jawapan.

Setibanya Iskandar di dalam bilik tidurnya, matanya terus melilau pada segenap bilik tidur yang boleh tahan luas itu. Almari dibuka satu per satu, mencari diari yang entah di mana berada. Kotak-kotak besar yang tersusan kemas di atas almari turut dicapai lalu dibukanya.

Agak terkedu lelaki itu saat matanya tertancap pada sebuah buku catatan yang tertulis 'Si Dia'. Buku catatan yang agak berhabuk itu dipegang lama sebelum dibuka dengan penuh tanda tanya.

"Sapa Si Dia? Nur Fasha?"

Bahu Kalida ditepuk dari arah belakang. Gadis itu sedikit tersentak sebelum berpaling dengan senyuman tak puas hati. "Amboi, main tepuk-tepuk bagai."

Fasha tertawa kecil. Dia menarik kerusi yang bersebelahan dengan Kalida, bingkas melabuhkan diri di situ. "Ida okey ke? Nampak macam tengah termenung jauh aje."

"Ida tak puas hati dengan suami akak tu. Heh, geram betul aku!" Kalida mengecil-ngecilkan matanya, seraya membuat mimik muka tak puas hati.

Fasha melihat perlakuan itu, lalu tergelak kecil.

"Akak ni! Akak tak geram ke dengan suami akak tu?" Kalida sudah menarik muka masam saat melihat tawa halus daripada kakak iparnya itu.

Kali ini, Fasha senyum pudar. "Entahlah, Ida. Sejahat-jahat abang Is, dia tetap suami akak."

Kalida mengeluh panjang. Kakak iparnya terlalu baik hinggakan sanggup bertahan dengan perangai Iskandar yang 'gila' itu. "Akak, pleaselah. Suami akak tu dah melampau, tahu? Yang Diana itu pun satu, dah tahu Iskandar tu suami akak, kenapa dia nak layankan lagi Iskandar tu?"

Fasha hanya menggeleng kecil. Wajahnya masih manis dengan senyuman.

"Ida rasa Diana tu tak sakit. Ida rasa dia cuma pura-pura sakit. Sebab nak rampas Iskandar dari akak." Kalida mula menuduh. Dia cuma mengikut kata hatinya.

"Tak baik cakap macam tu. Akak tak rasa Diana pura-pura sakit. Akak rasa dia memang betul sakit. Kesian dia. Muda-muda lagi dah kena hadap penyakit kronik macam tu." Dalam hati, Fasha turut berdoa agar Diana cepat sembuh. Berat hatinya melihat keadaan gadis itu.

"Yelah, akak. Yang Ida tak puas hati lagi, kenapa erk abang Is sedih bagai nak rak bila dapat tahu yang bekas tunangnya tu sakit? Ida tak faham betul!" Kalida masih membentak.

"Akak tak tahu..."

"Kenapa abang Is nak kisahkan Diana, sampaikan akak isteri dia, dia tak ambil peduli? Kalau Ida yang ada dekat tempat akak, memang sudah lama Ida keluar dari rumah ni. Tinggalkan abang Is."

"Akak..." Fasha cuba membalas kata-kata itu. Pandangan mereka turut bersatu.

"Keluar dari rumah ni. Akak kena cuba cari kebahagiaan akak sendiri." Kalida memberi cadangannya, sambil tangan perempuan itu digenggamnya erat. Cuba menyakinkan hati Fasha.

Redup anak mata Fasha, membalas pandangan Kalida. Fikirannya buntu. "Akak... tak boleh..."

"Sampai bila nak macam ni, akak? Ida dah tak larat tengok akak bersedih macam ni. Abang Is takkan berubah. Dia tetap sama macam pertama kali akak kenal dia. Akak tak ingat sebelum abang Is hilang ingatan, dia rogol akak, dia seksa akak, dia culik akak. Yang paling teruk, dia bunuh mak ayah akak. Akak tak ingat ke semua tu?"

Kolam mata Fasha mula berair sayu. Bicara Kalida sudah menyedarkan dirinya sepenuhnya. Terkebil-kebil dia menatap wajah Kalida seolah merayu kepadanya supaya keluar dari rumah ini.

"Akak sayangkan Iskandar. Akak tak boleh tinggalkan dia... Akak yakin Iskandar dah berubah. Apa salahnya kalau akak bagi dia peluang kedua?" Fasha cuba memahamkan Kalida.

Kalida menerima kata-kata itu dengan hati yang berat. Bukannya dia benci akan abangnya itu, cuma dia tidak mahu melihat kakak iparnya terus terseksa seperti ini. Perempuan itu layak menemui kebahagiaan yang sebenar.

Jika benar Iskandar sudah berubah, mengapa Iskandar melayan Fasha seperti itu? Mengapa Iskandar masih bersikap kasar dan tidak ambil peduli terhadap Fasha? Atau Iskandar hanya berpura-pura kisah sebelum ini?

"You dah bangun?" Iskandar senyum lebar saat melihat gadis itu sudah mencelik mata luas. Wajah gadis itu agak terkejut selepas melihatnya.

Diana memandang sekeliling. "You buat apa dekat sini lagi, Is?" Perlahan-lahan dia bangun menduduk di atas katil. Iskandar pantas membantunya. "It's okay. I boleh bangun sendiri."

"I nak jaga you. Doktor cakap sakit you makin teruk. I risau," ucap Iskandar penuh kerisauan. Matanya sayu menatap wajah polos si gadis.

Bibir Diana terangkat, mengukir senyum nipis. Entah kenapa hatinya sedikit tenang apabila bersama Iskandar sekarang. "I boleh jaga diri I sendiri. I bukannya budak kecil."

Iskandar gelak sinis. "You tak ingat ke masa kita dekat London dulu, masa you jatuh sakit, sapa yang jaga you? I kan yang jaga you?"

"Itu dulu. Sekarang lain. Dulu you tunang I. Sekarang you dah jadi suami orang, tahu?" Diana turut melepaskan tawa halus. Memori indah itu kembali bermain di benak fikiran sebelum tawanya hilang serta-merta. Dia teringatkan sesuatu. "Bukankah you hilang ingatan ke? Macam mana you boleh ingat semua tu?"

Iskandar terdiam mendengar pertanyaan itu. Lambat-lambat bibirnya mengaris senyuman. "Sekejap, I nak pergi beli makanan dekat bawah."

Diana hanya mengangguk kecil sambil anak matanya menghantar kelibat Iskandar di sebalik pintu bilik rawatannya. Dia masih hairan dengan persoalannya yang tergantung sepi.

"Ingatan Is sudah pulih ke?"

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now