Bab 33

8.1K 260 9
                                    

"Betul tak nak ikut?"

"Betul! Ida pergilah. Fasha rasa sakit kepala." Fasha menolak lembut ajakkan gadis itu. Bukannya dia tidak mahu ikut, cuma keadaan tidak mengizinkan sekarang.

Kalida angguk halus. Terjuih juga dia tadi. Dia tahu kenapa Fasha tidak mahu ikut dia makan malam bersama ahli keluarganya. Sebab abang Is! "Tak apalah. Ida pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam. Bawa kereta elok-elok." Fasha ikut langkah Kalida ke pintu utama. Dia membalas lambaian sedih gadis itu. Senyum kelat dia dengan perasaan bersalah menebal di hati.

"Iskandar hidup lagi, mummy." Diana ambil tempat di sebelah Puan Muninah. Tangan jatuh menahan badan yang tegak duduk. Dia senyum menatap bintang-bintang yang terbentang di atas langit. Berkelip-kelip cahaya menghiasi malam ini.

Cantik sangat!

Puan Muninah memandang gadis itu tidak percaya. "Bukan ke Iskandar dah..."

"Memang. Tapi itu dulu, mummy. Sekarang Iskandar hidup lagi." Terangguk-angguk kepala Diana sendiri. Dia puas hati mencari kebenaran yang ada pada hari ini. Tidak sia-sia!

"Tapi Diana sedih, mummy." Teringat sesuatu perkara, Diana tundukkan kepala. Genggaman jari-jemari terbentuk dalam diam.

"Why?" Puan Muninah jungkit kening tak mengerti.

"Iskandar hilang ingatan." Diana bersuara teragak-agak. Kenyataan itu buat hatinya bagaikan tercucuk-cucuk dengan sebilah pisau tajam. Sakit. Pedih. Parah.

Puan Muninah seperti tidak percaya. "Hilang ingatan?! Macam mana boleh..."

"Diana tak tahu semua tu. Mama Zarina pun tak tahu." Tergeleng kepala Diana. Dia memikirkan sesuatu yang aneh bagi pengetahuannya. Iskandar hilang ingatan mungkin sebab kemalangan. Tapi dia tidak pasti.

Puan Muninah mengangguk juga. "Tak apa sayang." Bahu gadis itu dipaut dan diusap lembut. Anaknya kelihatan sungguh kecewa dengan kenyataan itu.

Terasa bahu dipeluk, Diana menjatuhkan air mata yang sudah terkandung lama. "Dia... Diana nak Iskandar! Diana nak Iskandar yang dulu. Diana tahu semua salah Diana. Tapi... semua ini tak sepatutnya berlaku..." Suara kendur di hujung ayat. Kesal dengan keputusan dua tahun lalu.

"Shhh! Jangan cakap macam tu sayang." Puan Muninah mengetatkan pelukan. Tidak mahu dengar kata bukan-bukan daripada gadis itu.

"Diana sayang Iskandar." Kepala terus disembabkan di bahu mummynya. Teresak-esak tangisannya sendiri.

"Mummy tahu." Belakang kepala gadis itu digosok perlahan. Lupakan saja tentang Iskandar, sayang. Itu lebih baik sebenarnya.

Anak mata terbuka luas dalam diam. Jantung laju berdegup tanpa ada tanda-tanda mahu berhenti. Dalam hati, dia sedang memohon pertolongan dari Tuhan. Harap-harap tiada apa yang berlaku.

Fasha turun dari katil. Lambat-lambat langkahnya mendekati pintu bilik. Kedengaran jelas bunyi pecahan di luar bilik tidur. Malah, masih terngiang-ngiang bunyi itu di telinga.

Berkali-kali dia berfikir, akhirnya tombol bilik dipulas perlahan. Tidak mahu mencetuskan sebarang bunyi. Takut, kalau-kalau ada penjahat di dalam rumah ini. Selepas pintu terbuka, Fasha jengul memerhati semua ruang. Gelap!

Tanpa sebarang barang alat untuk melindungi diri, Fasha teruskan langkah ke anak tangga. Dia mahu meninjau keadaan di tingkat bawah. Bunyi tapak kakinya kedengaran sangat jelas saat ini.

Tangan Fasha meraba-raba mencari suis lampu. Selepas jumpa, ditekan cepat-cepat. Kelihatan cerah di tingkat bawah. Tapi tetap samar-samar di pandangan mata Fasha. Dia mengerling memandang jam dinding. Sudah menjangkau pukul dua pagi.

Tap. Tap. Tap. Tap

Sebaik saja gegendang telinga menangkap bunyi tapak kasut, Fasha membulatkan mata tidak percaya. Laju dia berlari menaiki anak tangga dan masuk ke dalam bilik. Badan tersandar di pintu. Jari menekan-nekan kunci. Tergenggam tangannya di tombol pintu. Takut!

Ya Allah....

Selepas berpuluh-puluh minit kemudian, Fasha terduduk bersandar di pintu. Perutnya tiba-tiba saja diserang rasa sakit yang teramat. Seperti memulas pun iya, senak pun iya.

Lama menahan sakit, dia bangun mencari katil. Badan terhempas lembut di atas katil. Cuba mencari posisi terbaik untuk menghilangkan rasa sakit yang menjadi-jadi. Tertahan-tahan tangannya mencengkam cadar katil.

"Saa... sakit..." Mulut Fasha mencetuskan bunyi. Dia seperti sudah tidak kisah lagi tentang bunyi tapak kasut itu. Lambat-lambat hilang juga rasa sakit itu. Sekarang mata Fasha mula mahu terkatup. Penat agaknya berlari ke sana ke sini.

Tap. Tap. Tap. Tap.

Bunyi tapak kasut itu datang lagi. Baru sahaja mata mahu terlelap tetapi kini matanya sudah mencelik luas. Fasha bangun dari pembaringan. Tubuhnya kembali bergigil-gigil. Tetapi sekarang bukan sebab sakit, tapi sebab takut.

Bunyi itu semakin lama semakin kedengaran kuat. Seolah sedang berada di depan pintu bilik. Fasha tidak menunggu lama. Dia terus berjalan ke bilik pakaian. Almari yang bersaiz agak besar dicerobohinya untuk dijadikan tempat sembunyi.

Dia masuk ke dalam. Baju-baju tersangkut ditolak ke tepi dan kemudian diejas-ejas supaya melindungi kewujudannya di dalam itu. Bunyi nafas memenuhi ruang dan agak bising. Tertahan-tahan nafasnya buat seketika. Cuba tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Krak...

Pintu bilik Fasha dikuak dari luar. Walaupun perlahan, tetapi kedengaran jelas di gegendang telinga Fasha.

Tap. Tap. Tap. Tap.

Air mata ditahan seboleh mampu. Kalau dia menangis teresak-esak, mungkin penjahat itu akan dapat menjejak kedudukannya sekarang. Terketar-ketar tangan menutup mulut.

Dalam keadaan tidak selesa, Fasha mengubah posisi. Kakinya tiba-tiba diserbu rasa kebas. Dia mengangkat tubuh sedikit, mencari ruang untuk menghilangkan rasa kebas itu.

Tapi malang, kepalanya terhantuk pada besi yang ada di dalam almari itu. Terkial-kial Fasha menahan rasa sakit. "Arg... argh..."

Dia pengsan.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now