Bab 97

4K 232 32
                                    

Selepas solat Maghrib berjemaah di masjid, Iskandar pulang ke rumah agam. Dia dihantar oleh pak cik berkopiah putih. Banyak perkara yang dibual oleh mereka tadi. Dia sangat beruntung bertemu dengan pak cik itu.

Iskandar melangkah masuk ke dalam rumah agam. Sunyi. Dia terus membawa diri ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik. Kosong.

"Fasha?" Iskandar cuba mencari Fasha di dalam bilik. Namun tiada. Terus dia keluar dari bilik dan menerpa masuk ke dalam bilik Kalida.

Bilik Kalida juga kosong. Tiada sesiapa. Iskandar laju turun ke tingkat bawah. Cuba mencari Mak Senah di dapur. "Mak Senah?"

Mak Senah yang baru sahaja lepas mencuci pinggan terus berpaling sebaik mendengar panggilan dari Iskandar. "Iya, Iskandar? Baru balik ke?"

"Mana Fasha dengan Kalida?" Iskandar terus menyoal.

"Fasha dan Kalida..."

"Mak Senah, tolong bancuh air untuk saya dan Is." Tiba-tiba Datin Zarina mencelah. Mak Senah hanya mengangguk dan terus ke kabinet dapur.

"Mama..."

"Ikut mama. Kita duduk kat luar." Datin Zarina melangkah ke halaman belakang rumah. Cerah dengan lampu. Iskandar membuntuti langkah mamanya. Mereka duduk di atas kerusi yang ada di sebelah kolam.

"Is dari mana? Kenapa dari petang tadi mama tak nampak batang hidung Is?" tanya Datin Zarina yang sedikit risau. Bukannya apa, hampir seharian lelaki itu di luar.

Iskandar sudah mengagak yang soalan itu bakal ditanya. "Tayar kereta Is pancit, ma. Selamat ada orang tolong tadi."

Datin Zarina hanya mengangguk. Itu bukan tujuan utamanya. "Is dah tahu kan?"

Iskandar angkat kening. Tak faham. "Tahu apa, ma?"

"Ida nak pergi Perth minggu depan."

"Hah? Perth?" Iskandar agak terkejut mendengar kata-kata Datin Zarina. Dia langsung tidak tahu tentang hal itu.

"Ida nak sambung belajar kat sana."

"Kenapa Ida tak bagitau Is pun?" Badannya terus disandar pada kerusi kayu. Hampa kerana tidak diberitahu.

"Is tanyalah dia nanti."

Iskandar terdiam. Sedikit terasa.

Sejak dari petang tadi, Fasha dan Kalida berada di rumah banglo Iskandar. Sudah lama mereka berdua tidak balik ke sini. Sengaja mahu tinggalkan Iskandar. Padan muka dia.

"Abang Is jahat la. Boleh pula dia buat macam tu." Kalida masih tidak puas hati dengan Iskandar. Boleh pula lelaki itu tidak balik ke rumah pada pagi tadi.

Fasha yang tersandar di sofa hanya mengeluh kecil. "Entahlah Ida. Akak ingat dia lupa. Tapi sampai sekarang tak call call. Pengsan agaknya."

"Itulah, Ida pun rasa macam tu. Mungkin abang Is tak ingat jalan balik kot." Kalida sengaja pula menambah kata. Dia duduk bersila di bawah sambil menghadap laptop yang diletakkan di atas meja.

"Tak pun, dia tersalah rumah. Sebab tu tak balik balik," sambung Fasha.

"Ataupun, abang Is hilang ingatan lagi kot."

"Hahaha..." Fasha tergelak kecil sambil menggeleng. Macam-macam!

Kalida juga tergelak sebelum dia teringat sesuatu. "Akak..."

Fasha bangunkan badan. Pelik. Tiba-tiba dipanggil Kalida. "Iya, kenapa Ida?" Dia duduk bersila pula di ataa sofa panjang itu.

"Akak rasa ustaz Adam ada insta tak?" Tiba-tiba Kalida menyoal pula. Suaranya agak serius.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now