Bab 94

5.6K 301 47
                                    

Mereka tiba di rumah agam tepat pada jam 8 malam. Kalau tak disebabkan Kalida yang terhegeh-hegeh mahu singgah balai polis petang tadi, pasti mereka sudah tiba lebih awal.

"Seronok dapat jumpa 'abang Adam' tu?" sindir Iskandar selepas melangkah masuk ke dalam rumah.

"Seronok. Abang pun nak jumpa dia tadi kan? Kan?" Selamba Kalida menjawab. Berbunga-bunga hatinya selepas dapat bertemu dengan abang Adam pujaan hati walaupun mereka langsung tidak berbual apa-apa tadi. Dia dapat mengusya pun dikira anugerah terindah tau.

Ko ada? Tak ada!

"Petang esok. Bukannya petang hari ni."

"Samalah tu."

"Tak."

"Sama."

Iskandar malas mahu bertekak dengan Kalida. Kalau dengan adiknya itu, memang tiada langsung peluang untuk menang. Walhal, terang lagi bersuluh tak sama!

"Sedar yang diri dah nak kalah latu." Kalida ketawa sendiri apabila melihat Iskandar sudah memanjat anak tangga naik ke tingkat atas. Puas hati.

Sekarang tatapan Kalida dialihkan ke arah Fasha yang masih diam membisu. Sejak dari dalam kereta, kakak iparnya itu langsung tidak bersuara. "Akak?"

Fasha angkat kepala. Dia tersedar dari lamunannya yang panjang. "Hm?" Terpinga-pinga Fasha memandang wajah Kalida.

"Kenapa akak diam ja dari tadi? Akak okay?" Kalida mengampiri Fasha. Dia jatuhkan punggung ke atas sofa. Betul-betul bersebelahan dengan Fasha.

"Akak okay ja." Fasha senyum kelat.

"Akak masih fikir tentang apa yang Ida cakap petang tadi ke?"

Lambat-lambat Fasha mengangguk. Walaupun sudah berkali-kali dia cuba untuk tidak berfikir, tapi perkara itu tetap melekat dalam fikirannya.

"Ida bagi masa dekat akak untuk fikir dulu. Ni untuk masa depan akak dengan baby." Perut Fasha disentuh lembut oleh Kalida.

"Jom naik atas. Ida nak tunjuk sesuatu dekat akak." Dengan semangat Ida menarik tangan Fasha supaya mengikut langkahnya naik ke tingkat atas. Perlahan-lahan mereka menyusun langkah.

Fasha hanya menurut. Macam-macam hal.

"Datuk mana?" tanya Datin Zarina saat terserempak dengan Mak Senah di dapur. Hampir satu rumah dia berpusing semata-mata mahu mencari kelibat si suami.

"Ada dekat halaman rumah, Datin." Pergerakan Mak Senah terhenti seketika.

"Aik, malam-malam pun duduk kat luar. Tak sejuk ke... Senah, tolong sediakan teh untuk saya. Saya nak pergi jumpa Datuk kejap."

"Baik, Datin."

Datin Zarina mendapatkan Datuk Moktah di halaman rumah. "Abang..." Lembut dia menegur si suami.

Datuk Moktah menoleh. "Tak tidur lagi? Ingat Ina dah tidur." Pandangan Datuk Moktah kembali ke arah bulan yang mengambang. Cantik. Macam isteri dia.

"Belum, bang. Abang kenapa duduk sini sorang-sorang? Tak nak masuk dalam lagi ke?"

"Abang saja nak ambil angin malam. Panas duduk dalam rumah." Sekilas wajah Datin Zarina dipandang Datuk Moktah. Fikirannya penuh.

"Abang... Kalida dah beritahu abang kan tentang tu?" Datin Zarina tarik nafas dalam sebelum bertanya. Sejujurnya hati Datin Zarina berat untuk menerima. Tapi dia sepatutnya menerima keputusan anaknya dengan hati yang terbuka

"Dah. Ida beritahu semalam."

"Jadi abang setuju dengan keputusan Ida?"

"Ni air teh Datin dengan Datuk." Lambat bersuara, Mak Senah menegur dengan dua cawan air teh panas bersama.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now