Bab 39

7.8K 242 9
                                    

Air mata perlahan-lahan meluruh jatuh tanpa dipaksa. Sebak ketika menceritakan kejadian yang mengayat hati kecilnya.

"Maksudnya you nak sambung belajar sebabkan benda tu aje?" teka Iskandar sambil memerhati wajah gadis itu yang bertukar menjadi sayu.

Diana menyekat air jernih yang keluar dari tubir matanya. "Yes. I buat semua tu sebab I tahu yang you masih cintakan dia. And one more thing, you tak pernah cintakan I." Kenyataan perit itu dimuntahkan juga akhirnya. Bertahun-tahun dia pendam.

"Are you sure?" Mendengar cerita itu saja membuatkan Iskandar tidak percaya.

"Yes! Sebab you cintakan perempuan itu. You tak pernah cintakan I!" Ton suara bertukar menjadi tinggi.

"Pe... perempuan mana?"

"I tak kenal."

"Kalau you tak kenal, macam mana you boleh cakap macam tu?"

"Sebab I baca buku catatan you tu la." Sayu Diana berkata. Air jernih seakan mahu berguguran lagi. Tidak faham lagi ke si Iskandar ni?

"Sebabkan itu aje?"

Diana hanya diam. Hati tidak mahu berkata apa-apa. Apatah lagi mulut. Lebih baik membisukan diri.

Keluhan kecil dilepaskan. "Urm... Kalau macam tu, I nak kahwin dengan you." Tanpa berfikir panjang, Iskandar berkata. Mungkin itu yang terbaik untuk mereka berdua.

Mata dikelip-kelipkan beberapa kali. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. Mustahil!

"Nak tak?" soal Iskandar. Tahu gadis itu mungkin menganggap ini sebagai mimpi.

Hati ditenangkan sebelum menyudahkan ayatnya. "Are you sure, Iskandar?" Wajah tampan lelaki itu diperhatikan. Seraut wajah yang amat dia rindui.

"Yes. I nak tebus kesalahan I yang pernah buat dekat you dulu. Please bagi I peluang."

"Okey. Kalau itulah, yang you nak. I setuju."

Hati seakan sedang bersorak riang. Entah mengapa. Mungkin kerana terlampau bahagia dengan kenyataan itu. Seolah-olah semua itu bagaikan mimpi sehingga tidak mahu terjaga daripada mimpi indah itu.

"Abang Is pergi mana, Ida?" Datuk Moktah memerhatikan anak daranya yang sedang melangkah turun dari tingkat atas.

Kalida tersentak dengan pertanyaan itu. "Abang Is kata dia nak pergi jumpa Diana." Punggung dilabuhkan di atas sofa panjang.

"Diana? Bekas tunang abang Is ke?"

"Haah. Abang Is cakap dia nak kahwin dengan Diana secepat yang mungkin." Masih segar apa yang dikatakan oleh abangnya kelmarin.

"Ha? Kahwin? Kamu biar betul, Ida?" Datuk Moktah seolah tidak percaya dengan kenyataan itu. Bukan apa, dia tidak mahu anak lelakinya itu kecewa seperti dua tahun lepas. Cukup sekadar dijadikan sejarah hitam dalam keluarganya.

"Entahlah, pa. Tapi abang Is yang cakap macam tu dekat Ida." Kalida juga turut terkilan dengan keputusan abangnya itu. Tapi dia tidak kesah kerana gadis itu ialah kawan baiknya sendiri.

"Hmm. Ida nak pergi mana ni?" soal Datuk Moktah selepas perasan yang anak daranya sudah bersiap-siap seperti mahu pergi temu janji.

Rambut yang sedikit terjuntai ditolakkan ke belakang telinga. "Ida nak keluar kejap. Then, nak balik rumah Ida terus."

"Tak nak tidur sini ke malam ni?"

"Nanti kalau Ida free, Ida tidur sini." Kalida bangun lalu menghampiri papanya. "Ida pergi dulu. Assalamualaikum." Tangan papanya diraih.

"Waalaikummusalam. Drive elok-elok," pesan Datuk Moktah sambil memerhati Kalida yang sedang mengatur langkah ke pintu utama.

"Insya-Allah, pa!"

Kalida mengatur langkah ke arah keretanya selepas beberapa jam berada di dalam mall. Tangan memegang beberapa bungkusan barang yang dibelinya tadi.

Kaki melangkah masuk ke dalam perut kereta. Bungkusan-bungkusan itu diletakkan di seat belakang. Enjin kereta dihidupkan.

"Eh, tu bukan Danish ke?" tanya Kalida sendiri selepas anak matanya tertumpu ke arah seorang lelaki sedang berjalan bersama dengan seorang perempuan.

Kalida hanya memerhati pasangan itu dari dalam keretanya. Perempuan itu seakan pernah dia lihat sebelum ini. Tapi dimana? Otak ligat memikirkan.

Dia masih buntu. Tapi tidak dengan jawapan yang bakal dia katakan kepada mama, papa, pak long dan mak longnya.

"Lambat balik hari ni. Pergi ofis ke?" Fasha bertanya selepas terlihat kelibat Kalida sedang menyusun langkah naik ke tingkat atas.

Kalida berpaling." Tak, hari ini cuti. Ida pergi rumah papa," jawab Kalida tenang dengan seyuman nipis.

"Oh, patutlah. Ida nak naik atas ke?"

"Haah. Barang yang Fasha pesan tu ada dekat dalam kereta. Lupa nak bawak keluar hehe." Kepala Kalida digaru dengan sengihan.

"Okey. Japgi Fasha ambik." Fasha masih berada di atas sofa panjang. Kalida mengangguk lalu meneruskan niatnya untuk naik ke tingkat atas.

Beberapa minit kemudian, Fasha melangkah ke arah kereta milik Kalida untuk mengambil barang yang dipesannya tadi.

Pintu kereta dibuka. Kemudian dia mengambil bungkusan-bungkusan yang ada pada seat belakang. Selesai dia mengambil bungkusan-bungkusan tersebut, pintu kereta ditutup kembali lalu dikunci.

"Kotak apa tu?" Anak mata Fasha tiba-tiba tertumpu ke arah kotak hitam yang ada di hadapan pintu pagar. Kaki berjalan ke arah kotak hitam tersebut.

Fasha melihat sekeliling sebelum menggambil kotak hitam itu. Bungkusan-bungkusan plastik sudah diletakkan di tepi. Tulisan berwarna merah pada kotak hitam itu telah menarik perhatiannya.

Nur Fasha.

Tulisan itu dibaca perlahan-lahan. Dia tergamam kehairanan. Kenapa namanya ditulis atas kotak hitam ini?

Tanpa berfikir panjang, dia membuka kotak hitam itu walaupun dalam keadaan yang tidak senang. Bermacam-macam pekara yang berlegar di dalam fikiran.

Sekuntum bunga putih ada dalam kotak hitam itu. Sekali lagi dia melihat sekeliling. Ingin tahu siapakah gerangan yang meletakkan kotak hitam ini di sini.

Tanpa berfikir lama, Fasha melangkah ke arah tong sampah hijau yang ada di sebelah pintu pagar. Kemudian, kotak hitam dan kuntuman bunga putih itu dibuang ke dalam itu.

Dengan pantas, dia mengambil kembali bungkusan-bungkusan plastik lalu berjalan masuk ke dalam rumah. Perasaan negatif dibuang jauh-jauh. Malas mahu menggambil peduli.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now