Bab 90

6.7K 329 81
                                    

"Kenapa kau sanggup buat macam ni?" Idham tahan air mata jantannya. Perasaan dia sudah bercampur aduk.

"Aa... aku cuma nak balas dendam. Dia dah musnahkan hidup kakak aku. Tapi.. aku tersilap..."

"Apa maksud kau, Nina?"

"Aku..."

"Nina... Jangan nak..." Puan Sakinah tiba-tiba muncul dari dapur. Wanita tua itu terus bergegas ke sini sebaik sahaja pihak hospital membenarkannya untuk pulang ke rumah. Dia turut menerima panggilan dari seseorang.

"Cik, letakkan pisau itu ke bawah dengan segera." Suara garau seseorang menyapa dari belakang. Seorang anggota polis sedang mengacu sepucuk pistol ke arah Nina.

Nina terperanjat. Tubuhnya bergigil-gigil ketakutan. Dia melepaskan Fasha tanpa dia sedar. Fasha yang sudah tidak sedarkan diri turut terjatuh ke lantai.

Polis itu terus mendapatkan Nina. Kedua-dua tangan gadis itu digarinya. Nina tidak memerontak. Sebaliknya dia hanya melihat Fasha yang terbaring di atas lantai. Dengan sekilas dia melihat wajah maknya. 'Adik minta maaf mak...'

Iskandar menapak ke Fasha. Terus dia mendapatkan tubuh lemah Fasha. "Saa... sayang... Jangan tinggalkan abang... Bangun saa... sayang..." Iskandar bersuara sayu dengan air jernih yang keluar dari tubir matanya.

Egonya sudah tercalar. Keadaan Fasha sekarang buat dia hilang pertimbangan. Hatinya sangat mudah tersentuh apabila melihat keadaan Fasha.

Terdapat kesan merah pada leher Fasha akibat pisau tumpul itu. Tangan Iskandar jatuh ke perut Fasha. Dia takut kalau terjadi apa-apa yang buruk kepada kandungan perempuan itu.

Puan Sakinah sudah karam dengan air mata. Tak sangka Nina sanggup bertindak seperti itu. Dia ingatkan anaknya sudah melupakan semua yang berlaku kepada mereka dulu. Namun tidak. Gadis itu masih tidak dapat menerima kenyataan.

Idham hanya menunduk dan cuba menenangkan Puan Sakinah. Jauh di sudut hatinya, dia mahu menolong Fasha yang sedang terbaring di atas lantai. Tapi perempuan itu sudah mempunyai seseorang yang halal baginya. Dia tidak mampu untuk lakukan apa-apa kecuali hanya melihat dari jauh.

"Encik, ambulans dah sampai."

"Abang, keadaan Fasha macam mana sekarang?" Kalida bersuara dari hujung talian. Hampir luruh hatinya apabila menerima panggilan mengejut dari pihak polis sebentar tadi.

"Fasha ada dalam wad kecemasan lagi." Iskandar berdiri di sebelah pintu wad kecemasan. Sekejap dia melihat Puan Sakinah yang sedang duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Sekejap dia merenung ke lantai hospital.

"Ida tak sangka PA abang sanggup buat macam tu dekat Fasha." Kalida terkilan. Nada suaranya bertukar.

"Entahlah Ida. Sekarang abang tak boleh fikir apa-apa lagi. Abang cuma risaukan keadaan Fasha sekarang."

"Nanti apa-apa abang call Ida balik. Ida ada dekat ofis sekarang ni. Malam nanti Ida sampai sana. Okaylah abang. Ida kena jumpa client ni. Assalamualaikum."

Panggilan terus dimatikan selepas Iskandar menjawab salam tersebut. Selepas itu, dia menghampiri Puan Sakinah.

"Mak cik.... nak minta maaf, Iskandar. Mak cik pun tak sangka Nina sanggup bertindak sampai macam tu sekali. Mak cik betul-betul minta maaf." Puan Sakinah hanya mampu menundukkan kepala. Dia berasa sungguh malu untuk berhadapan dengan Iskandar tika ini.

Iskandar senyum nipis. "Tak apa mak cik. Bukan salah mak cik. Saya cuma tak faham kenapa Nina jadi macam tu."

Puan Sakinah tarik nafas dalam. "Mak cik rasa mungkin sebab apa yang berlaku dulu."

Iskandar kerut kening. "Maksud mak cik?"

"Nina ada kembar, Iskandar. Tapi kembar dia dah lama meninggal masa umur mereka tujuh tahun sebab kemalangan jalan raya." Puan Sakinah menahan sebak di dada. Dia sendiri masih belum menerima kenyataan itu, tapi lama kelamaan hatinya terbuka untuk menerima qada' dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

"Kembar?"

"Iya, Iskandar. Hari itu, Nina pernah beritahu mak cik yang dia jumpa kakak kembar dia, Gina dekat restoran berhampiran dengan syarikat kamu. Mak cik tak percaya sebab Gina dah lama pergi tinggalkan kami. Mak cik dah banyak kali beritahu dia yang kembar dia dah tak ada. Tapi dia masih tak percaya sampai dia hampir cederakan diri dia sendiri."

Iskandar diam, menghadam bicara.

"Sebulan selepas tu, Nina cerita yang Gina masuk penjara sebab ada orang fitnah dia. Mak cik cuma dengar dan buat-buat percaya saja. Mak cik tak nak dia bertambah sedih." Puan Sakinah berhenti berkata. Kalau dia tidak membiarkan Nina berkerja di syarikat Iskandar, mungkin perkara seperti ini tidak akan berlaku.

"Mak cik tahu yang dia salah orang dan nama mereka saja yang sama. Itu cuma satu kebetulan."

"Tapi takkan dia tak perasan muka kakak kembar dia sendiri?"

"Mereka kembar tak seiras. Mak cik memang tak sangka Nina tolong Fasha sebab dia nak balas dendam. Mak cik betul-betul terkilan..." Air mata Puan Sakinah jatuh membasahi pipi. Lidahnya kelu untuk berujar lagi. Mati-mati dia ingatkan Nina ikhlas mahu menolong Fasha. Rupanya, ada udang di sebalik batu.

Sekarang Iskandar faham. Niat Nina hanya satu, dia mahu membalas dendam terhadap orang yang telah memusnahkan hidup kakak kembarnya, Gina. Walhal, kakak kembarnya sudah lama tiada.

Puan Sakinah terus berdiri setelah melihat seorang doktor sedang melangkah keluar dari wad kecemasan. Air mata lantas diseka dari pipi.

"Ini ahli keluarga pesakit?"

"Ya, doktor. Saya suami dia."

"Macam ni encik, keadaan isteri encik sekarang berada dalam keadaan stabil. Cuma, dia masih belum sedarkan diri lagi. Kami sudah merawat luka pada bahagian lehernya. Dan kami perasan, ada beberapa luka kecil pada bahagian yang lain."

Iskandar mengangguk kecil. Berat telinganya untuk mendengar kata-kata itu. "Macam mana dengan kandungan isteri saya?"

"Alhamdulillah, kandungan isteri encik dapat diselamatkan." Doktor itu tersenyum.

"Alhamdulillah." Puan Sakinah turut melebarkan senyumannya. Dia bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku terhadap kandungan Fasha.

"Saya akan suruh nurse pindahkan wad biasa untuk isteri encik dulu. Nanti apa-apa encik boleh tanya nurse."

"Terima kasih, doktor."

Selepas selesai memindahkan Fasha ke wad kelas pertama, Iskandar membawa diri ke dalam. Fasha yang masih tidak sedarkan diri dipandang sepi. Dia mendekati.

Perut Fasha yang semakin membesar diamati lama. Perlahan-lahan tangannya naik menghampiri perut Fasha. Tidak sampai beberapa saat, Iskandar menarik tangannya semula. Nafas ditarik dalam-dalam. Mukanya diraup kasar.

Sebelum ini, Iskandar pernah terlanggar Fasha sehingga perempuan itu mengalami keguguran. Sekarang perempuan itu sedang mengandungkan zuriatnya lagi dan hampir mengalami keguguran buat kali kedua.

Semuanya disebabkan dirinya sendiri. Dia ego. Dia hanya mementingkan diri. Terlalu taksub dengan dendam sehingga sanggup mencederakan isteri sendiri.

"Fasha?"

Iskandar tersedar dari lamunan saat melihat dada Fasha yang seakan-akan berombak dan berdegup laju. Perempuan itu seperti sedang mengalami sesak nafas.

"Fasha? Fasha?" Iskandar cuak. Keadaan Fasha sekarang buat hatinya semakin berat dengan perasaan gusar. "Doktor! Doktor!"

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now