Bab 42

8K 232 1
                                    

Iskandar berada di atas katil dengan keadaan tidak tenang. Tidak tahu apa yang patut dia lakukan ketika ini. Mana mungkin dia akan lakukan sesuatu yang buruk terhadap perempuan itu. Argh! Dia serabut.

Jam yang terlekat elok di dinding dilirik sekilas. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Mata masih belum mahu terlelap. Nafas dihembus berat tetapi tidak seberat masalah yang dipikulnya kini.

Beberapa minit kemudian, kelopak mata perlahan-lahan tertutup tanpa dipaksa. Mungkin terlampau penat. Akhirnya, Iskandar berada dalam alam mimpinya walaupun kotak fikiran masih memikirkan kejadian tadi.

"Fasha, kenapa ni?" soal Kalida apabila masuk ke dalam kamar milik perempuan itu. Sayu dia melihat Fasha yang sedang terbaring lemah di atas katil. Tangan perlahan-lahan naik ke dahi Fasha.

"Panaslah dahi Fasha. Fasha demam ke?" ujar Kalida dalam keadaan risau. "Jom kita pergi klinik."

Fasha menggeleng tanda tidak mahu. Bukan apa, mungkin dia cuma letih sahaja. Mata dipejam. Masih teringat akan kejadian hitam itu. Walaupun berkali-kali dia ingin lupakan, namun peristiwa itu masih berlegar-legar di dalam kotak ingatan.

"No, no. Kita kena pergi klinik juga." Kalida memaksa lalu tangan perempuan itu ditarik supaya bangun.

Fasha hanya patuh dengan arahan itu tanpa sebarang bantahan. Malas mahu perang mulut pada awal-awal pagi sebegini. Dia bangun lalu melangkah ke bilik mandi dengan longlai.

"So, macam mana doktor?" tanya Kalida apabila melihat doktor di hadapannya hanya diam.

Doktor itu mengangkat kepalanya memandang wajah Kalida. "Kawan cik demam panas. Apa yang kawan cik buat sampai demam panas?" soal doktor itu pula. Mahu mengetahui lebih lanjut.

Tangan memegang pen. Telinga peka mendengar apa yang akan dijawab oleh gadis itu. Segala yang bakal didengari akan dicatat di atas kad laporan.

Kalida terdiam mendengar soalan itu. Tidak tahu apa yang patut dia jawab. Berpusing-pusing otak memikirkan jawapan yang sesuai.

"Saa... saya tak tahu, doktor," jawab Kalida pura-pura tenang dan pura-pura tidak tahu. Peristiwa itu harus dia rahsiakan.

Fasha yang duduk disebelah hanya berdiam diri. Tidak larat untuk menyuakan jawapan. Biar gadis itu sahaja yang menjawab. Mungkin itu lebih baik.

Doktor itu hanya tersenyum nipis. "Kalau macam itu, saya nak kawan cik dapat rehat yang secukupnya and bagi dia makan ubat ikut time."

Kalida mengangguk faham. Jujur, dia berasa sangat bersalah terhadap Fasha. Jika dia tidak ajak abangnya tidur di rumah mereka, mungkin kejadian hitam itu tidak berlaku dan tidak akan pernah berlaku. Dia kesal! Nasi sudah menjadi bubur!

"Kenapa abang Is sanggup buat macam tu dekat Fasha?" Nafas diatur dengan baik. Kepercayaannya sudah lenyap sekelip mata.

"Abang tak buat apa pun dekat dia, Ida." Iskandar mempertahankan dirinya sendiri. Jujur dia berkata memang bukan dia yang lakukan. Betulkah?

"Abang jujur dengan Ida, please." Sayu ton suaranya. Dia lelah. Iskandar benar-benar mengkhianati kepercayaannya yang dulu utuh terbina. Namun, sekarang sudah runtuh berkecai disebabkan nafsu.

"Abang cakap benda betul," kata Iskandar lembut. Susah sangat ke adik dia mahu percaya?

"Abang Is tipu!" Suara naik dua oktaf tanpa sengaja. Tidak tahu mengapa hati kecilnya langsung tidak mempercayai dengan kata-kata itu. Baginya, semua itu hanya dusta!

"Abang tak tipu. Abang memang tak buat apa-apa pun dekat perempuan tu. Trust me." Anak mata adiknya ditatap dalam-dalam. Ingin tahu apa yang tersirat di dalam itu.

Kalida masih tidak percaya. Muka diraut kasar. "Abang kata abang tak tipu? Abang ingat Ida bodoh sangat ke! Ida nampak dengan mata Ida sendiri yang abang Is masuk dalam bilik Fasha semalam!" Akhirnya terkeluar juga kata-kata itu. Dada turun naik akibat menahan amarah.

"Sumpah, abang tak buat benda tak elok pun dekat Fasha. Abang masuk bilik dia sebab abang dengar dia jerit," terang Iskandar tentang kejadian yang berlaku semalam. Masih segar di kotak ingatan.

Kalida tergelak sendiri. "Menjerit? Haha. Kenapa dia nak menjerit pulak?" Dia anggap itu hanyalah satu pembohongan yang nyata.

"Abang tak tahu. Yang abang tahu dia menjerit." Memang dia tidak tahu mengapa perempuan itu menjerit.

"Stoplah abang Is. Jangan reka-reka cerita! Ida tak suka." Kalida terkesan dengan kejadian itu. Air mata seakan memberi isyarat mahu jatuh ke lantai. Menahan rasa perit di hati.

"Kenapa abang nak reka cerita pulak sedangkan benda itu betul-betul berlaku?"

Kalida menggeleng laju tidak betul. "Kejap. Kenapa Ida tak dengar pun Fasha menjerit masa tuh? Yang Ida dengar masa Fasha nangis sebab abang Is nak rogol dia!"

"Ya Allah, Ida! Abang tak ada niat pun nak rogol dia."

"Dahlah! Ida penat nak perang mulut dengan abang," kata Kalida lantas meninggalkan bilik yang didiami oleh abangnya. Mutiara jernih sudah lama berguguran jatuh menyembah lantai.

Kepala dipicit perlahan-lahan. Semua yang dia cakap memang benar tapi mengapa Kalida tidak mempercayainya? Padahal itulah yang berlaku semalam. Dia perlu lakukan sesuatu.

"Fasha! Saya nak cakap dengan awak ni." Iskandar bersuara sambil mengikuti jejak langkah Fasha yang ingin masuk ke dalam bilik tidur.

Nur Fasha hanya buat dengar tak dengar sahaja. Peristiwa hitam itu membuatkan semangatnya jatuh merundum sekelip mata.

"Please, dengar apa yang saya nak cakap," rayu Iskandar sayu.

Tangan Fasha secara tiba-tiba ditarik oleh Iskandar. Langkahnya terhenti serta merta. "Lepaslah." Fasha merentap tangannya kasar. Tidak suka diperlakukan sebegitu. "Kau nak cakap apa lagi ha?"

"Bukan saya yang nak rogol awak. Malah, tak ada niat langsung dekat hati saya nak buat macam tuh. Saya... " Tidak sempat Iskandar habiskan ayatnya, Fasha sudah beredar dari situ. "Fasha!"

Nur Fasha tidak menoleh malah menuruskan niatnya masuk ke dalam bilik. Tidak kuat untuk menghadap wajah yang hampir dan pernah merogolnya satu ketika dulu.

Pintu ditutup dan dikunci dari dalam. Tersandar kepalanya di pintu. Perlahan-lahan dia jatuh terduduk di atas lantai. Kedua belah kaki terasa longlai sekali. Air jernih seolah sudah mengetahui tugas yang perlu dilakukan. Mulut ditekup kuat dengan tangan supaya esakan tidak didengari.

Mengapa perkara sebegini sering berlaku terhadap dirinya? Sumpah, dia tak kuat.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now