Bab 18

11.5K 358 7
                                    

Di meja makan hanya diam tanpa sebarang suara. Sejak kematian Iskandar, rumah agam itu sunyi sepi seolah tiada penghuni di dalam. Masing-masing sibuk melakukan kerja sendiri.

"Ida nak cakap sesuatu ni." Kalida memecahkan kesunyian yang ada. Kepala ditundukkan, merenung makanan yang sudah terhidang di atas meja makan.

Selepas mendengar suara Kalida, Datuk Moktah dan Datin Zarina memanggungkan kepala. "Cakaplah."

"Ida rasa mama dengan papa dah banyak berubah." Lirih Kalida berkata. Dia cuba mengembalikan suasana dulu walaupun tahu semua itu mustahil.

"Maksud Ida?" tanya Datin Zarina dengan pandangan sayu. Dia cuba mentafsir wajah kelat anaknya.

"Mama dengan papa dah tak banyak cakap sejak kejadian yang menimpa keluarga kita. Kita kena terima yang abang Is su... sudah tiada di muka bumi ni." Sebak Kalida. Hati ditenangkan sehabis mungkin. Dia tidak mahu kembali sedih seperti sebelum-sebelum ini.

Mata Datin Zarina sudah memerah. Dadanya kembali sebak. Betul apa yang diujarkan oleh Kalida. Mereka sudah banyak berubah dan masih belum menerima semua ini.

"Pa... papa mintak maaf, Ida." Apabila diam, Datuk Moktah mula bersuara. Dia turut berasa bersalah terhadap anaknya.

Datin Zarina bangun, lantas memeluk tubuh Kalida. Segala hiba yang tersirat di hati, dihemburkan dengan tangisan. "Mama mintak maaf."

"Ida nak mama dengan papa pergi bercuti." Membalas pelukan Datin Zarina dengan perasaan sayu.

Seperti yang dipinta oleh Kalida, Datuk Moktah dan Datin Zarina membuat keputusan untuk bercuti di Dubai beberapa hari. Berharap semua berubah seperti sedia kala.

"Bila sampai jangan lupa call Ida." Selepas melepaskan pelukan, Kalida mencium belakang tangan mamanya.

"Insya-Allah, nanti mama call." Tangan Kalida digenggam, erat. Senyuman sudah lama menghiasi bibirnya. Dia buat semua ini kerana anaknya.

"Jaga diri dekat sana," pesan Kalida dengan mata mengerling ke arah papanya. Datuk Moktah hanya mengangguk dan tersenyum.

"Ida pun."

Fasha dan Kalida sedang berehat-rehat di dalam bilik selepas selesai makan malam. Kalida sudah pulang ke rumah banglo itu sejak petang tadi lagi. Katanya tidak mahu tinggal Fasha seorang diri rumah.

"Fasha?" Kalida bersuara saat merebahkan diri di atas katil. Dia duduk bersebelahan dengan Fasha. Perempuan mengandung itu sedang sibuk membaca buku.

"Fasha?" Sekali lagi Kalida menyeru nama Fasha. Namun, tiada sahutan didengarinya. Kalida mengerut kening. Fokus sangat cik kak ni.

Nafas ditarik sebelum, "Fasha!" jerit Kalida, kuat. Dia mahu Fasha dengar suaranya yang lembut ni.

Hampir terluruh jatuh buku yang dipegang Fasha saat terdengar suara kuat Kalida. "Allah... terkejut Fasha..." Tangan Fasha naik mengusap dada yang berombak laju. Lantas, meletakkan buku itu atas meja tidur.

Kalida tersengih-sengih. Dia bukannya sengaja. "Sorry!" Jarinya naik membuat 'peace'.

"Kesian baby. Mesti terkejut dengar suara mak cik dia yang tiba-tiba." Suara Fasha menjadi sayu, cuba buat-buat merajuk dengan Kalida. Perutnya yang mula membesar, diusap lembut.

Tak sabar nak tengok baby membesar!

Dengan perasaan bersalah, Kalida melontarkan kata. "Kakak Ida, bukan mak cik. Kakak Ida mintak maaf sebab buat baby terkejut. Nanti kakak Ida belanja baby baju tau."

Kalida turut mengusap perut Fasha. Jujur, dia memang suka dengan kanak-kanak. Walaupun kandungan Fasha masih baru, dia sudah dapat membayangkan kehidupan mereka nanti. Argh, dia suka!

Satu senyuman terukir. Bercakap saja tentang 'anak' Fasha akan teringat tentang Iskandar. Entah kenapa hati kembali berasa suram. Dia cuba membawa diri bertenang. Insya-Allah, dia akan memaafkan segala perbuatan lelaki itu.

Sudah masuk hari kedua mereka berada di Dubai. Namun, langsung tiada niat untuk berjalan-jalan di sini. Datuk Moktah berdiri di balkoni hotel. Awan kebiruan menyapa pandangannya. Sudah hampir sejam dia berada di situ.

Kring!

Mendengar saja bunyi handphone, Datuk Moktah melihat nama pemanggil di skrin. Dia memang tengah menantikan panggilan ini. Bahkan, sengaja tidak mahu memulakan panggilan.

"Assalamualaikum, pa!" Suara Kalida menyapa gegendang telinga milik Datuk Moktah.

"Waalaikummusalam." Datuk Moktah tersenyum sendiri di situ. Mata masih merenung di tempat yang sama.

"Papa buat apa?"

"Tak buat apa pun, Ida."

"Ida harap papa dengan mama okey dekat sana."

"Ye Ida. Kami akan cuba terima semua ini. Ida jangan risau." Lembut suara Datuk Moktah. Dia faham dengan Kalida.

"Eh, mama mana?" Baru Kalida teringatkan mamanya yang entah sedang buat apa sekarang.

"Tengah buat taik mata." Sekali gelakan kecil Datuk Moktah berkata. Dia berpaling untuk melihat si isteri yang sudah terbuai mimpi indah.

"Hahaha! Okeylah, Ida letak dulu. Assalamualaikum." Selepas tawa reda, Kalida meletakkan panggilan. Diikuti dengan Datuk Moktah.

"Waalaikummusalam." Datuk Moktah merenung skrin handphonenya. Dia tersenyum nipis sebelum berjalan ke arah pintu bilik. Dia mahu ke pantai, menenangkan fikiran.

Pantai yang dibersih ditenungnya lama. Rasa tenang sekali walaupun ramai orang yang lalu-lalang di situ. Cuaca di Dubai tidak terlalu panas seperti apa yang difikirkan. Datin Zarina ditinggalkan di dalam bilik sendirian.

Datuk Moktah berjalan-jalan di sisir pantai sambil memegang kedua belah seliparnya. Seluarnya sengaja disintingkan ke paras betis. Kalau basah sejuk nanti.

Tiba-tiba matanya tertumpu ke arah seorang lelaki yang sedang membelakanginya sambil berjalan berpegangan tangan dengan seorang perempuan.

Dia seakan-akan mengenali susuk tubuh itu. Otaknya sedang ligat memikirkan lelaki tersebut. Macam kenal, tapi macam tak kenal. Ting! Dia kenal. Takkan lelaki tu...

Iskandar?

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now