Bab 31

9.3K 276 2
                                    

"Mummy tipu. Diana tak percaya!" Gadis itu menafikan segala yang dikatakan oleh mummynya. Tertahan-tahan air mata daripada mengalir.

Mana mungkin dia akan percaya bahawa lelaki yang dia sangat rindui ketika ini, sudah tiada di muka bumi.

"Mummy tak tipu. Mummy serious!" Puan Muninah merenung wajah si anak.

Kepala digelengkan, laju. "No! No! Tak mungkin, mummy!" Bibir dikemam, kuat. Cuba menghilangkan rasa sebak.

"Stop, Diana! Dulu Diana yang tinggalkan Iskandar semata-mata nak kejar impian Diana. Now, Diana pulak yang terhegeh-hegeh rindukan Iskandar pulak." Itulah kebenarannya. Puan Muninah lantas menyandarkan badan.

Rambut panjang miliknya dicengkam hebat. Kusut. "Aahhh! Diana tahu. Semua yang berlaku, semua salah Diana. But, Diana tak mintak pun hubungan pertunangan ni putus." Suara Diana mula kendur. Tahu, dia penyebab semua ini berlaku. Tapi dia terpaksa...

"Yes. Mummy tahu, sayang." Puan Muninah bangun lalu mendekati anak perempuannya. Dia tahu Diana sangat memerlukan sokongan keluaraga pada saat genting seperti ini.

"Esok Diana nak pergi jumpa mama Zarina." Puan Muninah mengganguk. Kemudian, anaknya dipeluk, erat. Ubun-ubun Diana diusap penuh kasih sayang.

Air teh panas yang dibuat oleh pembantu rumah, Mak Senah dihirup perlahan. Cuaca yang agak sejuk sangat sesuai digandingkan bersama air teh panas.

"Makin sedap air teh kau ni Senah." Sekali lagi Datin Zarina menghirup. Cukup melegakan tekaknya yang terasa haus.

Mendengar saja pujian daripada majikannya, Mak Senah terus tersenyum manis. "Taklah, Datin." Tersipu-sipu Mak Senah menjawab.

"Tak nak mengaku pula." Datin Zarina menggeleng. Sengaja mahu mengusik. "Saya nak tanya sikit ni, Senah."

"Apa Datin?"

"Senah rasa, betul ke keputusan saya untuk jodohkan Kalida dengan Danish?" tanya Datin Zarina dalam keadaan masih keliru dengan keputusan yang telah dilakukannya.

Walaupun keputusan untuk jodohkan anak gadisnya dengan anak saudaranya telah disuakan, dirinya masih tidak yakin. Malah, terasa tidak senang dengan keputusan tersebut. Kenapa? Nafas disela.

"Hurm... Saya rasakan Danish tu budak baik. Jadi, Insya-Allah dia mampu nak bimbing dan nak jaga Kalida. Mungkin keputusan Datin dengan Datuk nak jodohkan mereka itu betul." Mak Senah menyuakan pendapat. Dalam hati, dia berdoa agar keputusan majikannya itu betul.

Datin Zarina mengangguk. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi dengan jawapan yang diberikan oleh Mak Senah.

"Assalamualaikum!"

Datin Zarina dan Mak Senah melihat sesama sendiri selepas mendengar salam yang diberi dari luar rumah agam itu. Sekali ketukan turut kedengaran.

"Sekejap, Datin. Saya pergi tengok," pinta Mak Senah lantas mengorak langkah ke pintu utama.

Pandangan Datin Zarina dialihkan ke arah lain. Belakang halaman rumahnya diperhatikan dengan otak yang ligat memikirkan sesuatu.

"Mama..."

Datin Zarina berpaling, laju. Pandangannya disapa oleh seseorang. Seseorang yang mampu buat dia terkaku seperti patung. Tak... tak mungkin...

"Ma, ni abang Is." Kalida bersuara. Perasaan gembiranya memang tidak dapat digambarkan lagi.

Datin Zarina laju menutup mulut yang sudah terlopong. Melihat saja wajah Iskandar, air matanya sudah tumpah ke bawah. "Is... Iskandar?"

Iskandar mengangguk seiring senyuman terukir. Matanya turut memerah seolah-olah bahagia dengan keadaan tika ini.

Tubuh tegap Iskandar didakap, erat. Teresak-esak Datin Zarina menangis di bahu anaknya. Air matanya sudah cukup untuk mengambarkan perasaannya sekarang. Bahagia. Gembira.

Pelukan terlerai. Belakang tangan naik mengusap air jernih di bawah mata. "Mama rindu Is..." Terketar-ketar tanganya menyentuh wajah Iskandar. Masih dalam keadaan tidak percaya. Ya Allah... Anaknya masih hidup....

"Is pun..." Hati Iskandar begitu tenang sekali. Dia yakin ini keluarganya yang dia cari-cari sebelum ini. Akhirnya, mereka bertemu.

"Jom masuk! Mama nak masak sesuatu untuk Is." Tangan Iskandar dipimpin masuk ke dalam rumah. Bermacam-macam dia rasa nak masak hari ni. Iskandar hanya menurut.

Kalida hanya menjadi penonton setia. iPhonenya dikeluarkan dari handbag. Nama seseorang dicari sebelum dia membuat satu panggilan. "Pa, abang Is ada dekat rumah kita," ujarnya apabila panggilan itu diangkat.

"Yes, abang Is masih hidup."

Panggilan dimatikan selepas selesai memberitahu berita gembira itu. Gadis itu tersenyum seraya menyusul masuk ke dalam rumah agam milik mama dan papanya.

"Maksudnya perempuan tu yang tipu Is selama ni?" Muka terkejut setia dipaparkan. Datin Zarina tidak sangka, wujud lagi orang yang berperangai sebegitu.

"Ya, ma. Is pun tak sangka dia sanggup buat macam tu dekat Is." Hujung ayat Iskandar menjadi perlahan. Terkilan dengan apa yang berlaku.

"Siapa perempuan tu? Is kenal dia sebelum ni?" soal Datuk Moktah yang juga turut serta menjamu selera. Dia terus pulang ke rumah selepas dikhabarkan oleh Kalida. Memang gugur air mata lelakinya di office tadi.

Iskandar terdiam sebentar. "Entahlah, pa. But bila Is tengok wajah dia, Is rasa macam kami kenal antara satu sama lain sebelum Is hilang ingatan. And one more thing, dia macam takut kalau Is tahu siapa Is sebenarnya." Iskandar berhenti suapan.

"Nanti abang Is tunjuk perempuan tu dekat adik. Mana tahu adik kenal perempuan tu," cadang Kalida yang hanya berdiam diri tadi. Kalau dia jumpa perempuan tu, memang dia lumat-lumat buat sambal. Erk, geram!

Iskandar mengangguk kecil. Melihat mulut adiknya terkumat-kamit membuatkan dia tersenyum nipis.

Hisy, hisy, macam-macam.

"You nampak perempuan yang duduk atas kerusi tu?"

Danish Hakimi terus menukar pandangannya ke arah yang ditunjukkan oleh perempuan itu. Dia menatap lama di situ.

"Yes, I nampak. Why?" soal Danish. Bermacam-macam bermain di minda.

"I nak you tengok muka perempuan tu puas-puas. Then, I akan gitau apa yang patut you buat dekat perempuan tu." Gina tersenyum sinis selepas melafazkan rancangan jahatnya.

"Okey. But... you jangan suruh I buat benda gila!" Tegas suara memberi amaran.

Tidak mahu dirinya ditangkap oleh polis semata-mata menolong seorang perempuan. Cinta memang cinta tapi tidak sanggup berkorban masa depan demi cinta! Baik terluka daripada terseksa.

"No. No. I taklah sampai nak suruh you bunuh dia," ujar Gina. Meluat dengan tekaan yang diberi oleh lelaki itu. Wajah Danish pulak diperhatikan.

Mata mereka bertembung. "Pastu apa yang you nak I buat?" Kening diangkat sebelah.

"I nak you buat dia jadi gila."

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now