Bab 47

7.2K 253 9
                                    

Selepas selesai seruhan Ilahi, Fasha melangkah turun ke dapur untuk melakukan sarapan. Dia masih kekok dengan keadaan sekeliling.

"Morning, ma." Fasha menghampiri Datin Zarina yang sedang membelakanginya. Perasaan takut dibuang jauh-jauh. Dia mahu mengambil hati si mama Iskandar.

Datin Zarina cuma membisu. Tangan ligat membancuh air. Jujur, dia masih tidak dapat menerima hakikat. Semua ini seperti mimpi. Dia mahu jaga daripada mimpi ini!

"Ada apa-apa yang boleh Fasha bantu?" Fasha bertanya selepas diam seketika. Hati terkuis rasa sedih apabila dia dipulaukan oleh wanita tua itu.

Sabar, Fasha!

"Cedok nasi goreng ni. Lepastu hidangkan dekat atas meja makan." Lambat-lambat Datin Zarina bersuara. Beberapa sudu gula diambil sebelum dimasukkan ke dalam air panas.

"Okey, mama." Dengan semangat Fasha menjawab. Laju dia mencedok nasi goreng itu. Senyuman lebar terukir selepas wanita tua itu membuka mulut. Ingatkan dah tak nak buka sampai bila-bila. Hehe.

Jawapan semangat dari Fasha membuatkan Datin Zarina tersenyum nipis. Dia seakan suka dengan sikap perempuan itu tetapi egonya mengunung untuk menyatakan ia.

Nasi goreng yang dicedokkan ke dalam mangkuk kaca diletakkan di atas meja makan. Terkedu juga Fasha melihat ruang makan rumah agam ini. Baru saja dia ingin menoleh ke belakang, kejadian semalam laju menerpa ke dalam kotak ingatan.

"Kenapa aku pergi sentuh pipi dia semalam, eh?" Kedua-dua pipinya ditepuk lembut. "Dah sewel ke aku?" Kaki dihentak-hentakkan ke lantai. Geram!

Arghh, malu den camni!

Apabila selesai menjamah makanan, Iskandar tubuh bersandar ke kerusi. Tangannya mencapai iPhone di atas meja makan. Seketika, dia menjatuhkan pandangan ke arah dapur.

Datuk Moktah dan Datin Zarina sudah menghilangkan diri ke tingkat atas. Manakala, Fasha sedang sibuk membasuh pinggan di dapur. Tidak mahu dia berdua-duaan dengan Iskandar di meja makan.

Malu mana habis lagi!

"Fasha..."

"Dia panggil aku ke?" Fasha menbersihkan tangan di sinki. Paip air ditutup. Dengan terpaksa, kaki Fasha melangkah ke ruang makan.

Tiba di ruang makan, Fasha berdiri tegak di tepi meja. Dia tidak duduk. "Ya? Awak panggil saya ke?"

Iskandar mengangkat wajah, merenung Fasha yang sedang tertunduk-tunduk memandang lantai. Dalam hati, dia senyum sinis.

Malu latu!

"Saya nak pergi rumah Kalida. Nak ikut tak?"

Fasha memanggungkan kepala. "Nak! Saya nak ambil baju." Tiba-tiba saja suara Fasa menjadi riang. Tergoyang-goyang bahunya perlahan.

Iskandar berkira-kira sendiri. Dia tengah mencari sesuatu idea untuk mengusik perempuan itu. "Baju je nak ambil? Seluar tak nak ambil ke?"

"Ish! Ambillah. Kalau saya tak ambil, saya nak pakai seluar sapa? Seluar awak?" Fasha membalas kata-kata Iskandar, berani.

"Takpayah pakai seluarlah, kan lagi senang." Dengan selamba, Iskandar berkata.

DENDAM MR DEVILOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz