Bab 48

6.4K 233 5
                                    

"Kami akan siasat kes ini secepat yang mungkin. Jadi, kami harap pihak encik dapat memberi kerjasama bagi memudahkan pihak kami melakukan siasatan," ujar polis itu kepada Iskandar. Mereka berada di dalam balai polis sekarang.

Iskandar menggangguk faham. Sempat dia mengerling sekilas ke arah Fasha dan Kalida sedang duduk di kerusi. Rancak mereka berborak. Macam tak pernah jumpa setahun, walhal baru tak jumpa sehari.

"Jika ada apa-apa yang kami temui, kami akan telefon encik," kata polis itu lagi. "Saya minta diri dulu, encik. Terima kasih." Polis itu berlalu pergi dari situ.

Iskandar turut berlalu ke arah Fasha dan Kalida. "Dah. Jom balik," ajak Iskandar. Batang lehernya diusap perlahan. Sudah hampir sejam mereka berada di balai polis. Tak sangka ramai pula yang beratur nak buat report tadi.

"Jom cari makan."

Sekeping gambar dilihat dengan hati yang panas sebelum direnyuk geram. Hati seolah ditikam berkali-kali dengan pisau. Pedih dan ngilu.

"No! No! I tak percaya apa yang you cakap," nafi Gina sambil membuang kepingan-kepingan kecil gambar itu. Dia berdiri di balkoni hotel. Rambut dibiar berterbangan apabila angin menyapa lembut.

Danish Hakimi duduk di sofa sambil memerhati perempuan yang sedang membelakanginya. "I cuma cakap benda betul aje. Terpulanglah dekat you nak percaya ke tak."

"Argh! Macam mana perempuan ni boleh kahwin dengan Iskandar?" tanya Gina. Dia juga mahu tahu apa yang berlaku kelmarin walaupun hati tidak ingin tahu.

"You mungkin tak tahu yang Iskandar pernah bertunang sebelum dia kenal you."

Gina terus berpaling. "What? Bertunang dengan siapa?" Gina sedikit terkejut. Malah dia tak tahu langsung tentang perkara itu.

"Diana, anak kawan makcik I."

"Tapi apa kena mengena dengan pernikahan Iskandar dengan perempuan tu?"

"Diana yang sepatutnya kahwin dengan Iskandar. Tapi sebabkan dia tak datang hari pernikahan tu, Iskandar terpaksa ajak perempuan tu kahwin sebab nak jaga air muka makcik I," terang Danish lebar. Sempat dia bermain dengan rambut perangnya.

Gina masih memikirkan perkara itu. Pelik. Macam mana perempuan itu boleh terima 'lamaran' Iskandar dan kenapa Diana tak datang majlis pernikahan dia sendiri?

"Argh! I tak kisah yang Iskandar dah kahwin sekali pun, dia tetap I punya!" ujar Gina apabila diam seketika. Wajah lelaki itu ditenung geram.

"Iskandar bukan milik you, Gina."

"I nak Iskandar. You faham tak? I nak Iskandar!" jerit Gina kuat. Termengah-mengah nafasnya tika ini.

"I know. Tapi Iskandar dah kahwin, kan?" Danish cuba melembutkan hati kecil perempuan itu. "Try terima semua tu." Lembut Danish memujuk.

"You tak akan faham!" Air mata Gina menitis jatuh.

"Tak boleh ke kalau you cuba lupakan Iskandar. Then, terima I balik?" Danish cuba mengumpat perempuan itu. Dia mahu mereka seperti dahulu. Mesra dan bahagia.

"No! I can't do that," jawab Gina tanpa teragak-agak. Dia hanya mahukan Iskandar. Ya, Iskandar.

Danish hanya melepaskan keluhan panjang. Hatinya turut terluka mendengar kenyataan itu. "You kena tahu yang Iskandar tu tak pernah cintakan you. Cinta dia hanya untuk Fasha!"

"I don't care! I akan make sure rumah tangga diaorang tak bahagia!"

iPhone Kalida tiba-tiba sahaja berbunyi tanda ada panggilan masuk. Nama pemanggil menyapa pandangannya. Panggilan itu diangkat selang beberapa saat.

"Assalamualaikum, Ida."

Terdengar suara Datin Zarina dari hujung talian. "Waalaikummusalam, ma. Ada apa-apa ke call Ida ni?"

"Ida ada mana sekarang ni? Ofis ke?"

"Ida tak pergi ofis hari ni. Ida ada dalam kereta dengan abang Is dan kak Fasha," jawab Kalida. Dia buang pandangan ke arah luar tingkap kereta.

"Ajak abang Is datang rumah mama sekarang. Ada tetamu yang tengah tunggu Ida," ujar Datin Zarina, serius. Tak mahu tetamu mereka tunggu di situ berjam-jam hanya untuk menunggu anak mereka tiba.

Kalida menelan air liur kesat. Entah siapa yang sedang menunggunya sekarang. "Sa... sapa, ma?"

"Adalah. Cepat sikit datang rumah mama."

"Yelah, ma." Panggilan terus dimatikan. Kalida menoleh ke arah Iskandar yang sedang tekun memandu. "Abang, mama call tadi. Mama suruh kita pergi rumah dia sekarang."

"Sekarang? Kenapa mama suruh kita pergi sana?" soal Iskandar kehairanan. Hala tuju mereka sudah berubah sekarang. Fasha hanya menjadi pendengar sahaja di sebelah lelaki itu.

"Mama cakap ada tetamu datang."

"Tetamu? Sapa?"

"Entahlah. Mama tak cakap pun."

Iskandar masih fokus dalam pemanduannya. Suasana dalam kereta hanya diam sepi seolah-olah tiada orang di dalam itu. Masing-masing sedang melayan perasaan sendiri.

"Fasha." Iskandar memecahkan kesunyian di antara mereka.

Fasha membuang pandangan ke arah Iskandar. "Iya?"

"Awak sekarang kerja apa?" tanya Iskandar dengan mata yang tertumpu ke arah jalan. Sekilas dia akan menoleh ke arah Fasha. Mahu melihat muka manis itu.

"Buat masa sekarang saya tak kerja lagi," jawab Fasha. Aik! Tiba-tiba saja si Iskandar ni bertanya? Nak 'menjejak kasih' dengan aku latu. Desis hati kecil Fasha.

"Tak kerja? Kenapa?"

"Sebenarnya saya baru berhenti kerja dekat kedai bunga."

"Why? What happened, dear?"

"Sebab saya rasa, saya tak sesuai kerja dekat kedai bunga. Saya banyak kali kena tegur dengan owner kedai bunga tuh sebab tak reti layan pelanggan. Sampai naik malu saya dengan pekerja-pekerja lain. Hehe," terang Fasha. Secara sponton mulutnya petah bercakap. Dia turut sengih di hujung kata.

Iskandar tergelak kecil mendengar kenyataan itu. "Oh, I see. Takkan sebab awak tak reti layan pelanggan je sampai kena buang kerja?"

"Maybe. Hurm." Sayu pula hati apabila memikirkan itu kembali. Baru saja dia kerja dua minggu di kedai bunga itu, tahu-tahu sudah dibuang kerja. Memang mengayat hati!

"It's okay, dear. Awak tak perlu lagi layan pelanggan. Awak cuma perlu layan saya je setiap masa." Iskandar sekali lagi menoleh ke arah Fasha dalam beberapa saat. Mata kanan dikenyit. Senyuman yang menggoda dipamerkan kepada perempuan itu.

Fasha buat kali kedua terkena 'renjatan elektrik' bila bersama Iskandar. Merona merah wajahnya sekarang. Cepat-cepat dialihkan pandangan. Lelaki itu tiba-tiba menjadi suami romantik yang dia idamkan semasa berumur berbelasan tahun. Tapi...

Setiap waktu? Eeii! Gatai!

"Uhuk! Uhuk!" Kalida sengaja membuat bunyi batuk. Tanda dia masih wujud dan ada di dalam kereta Audi ini. Dia dapat bayangkan wajah Fasha yang sedang menahan malu sekarang. Hehehe kuang kuang kuang.

Fasha seakan baru sedar dari mimpi indah apabila terdengar suara Kalida dari seat belakang. Dengan wajah membahang, dia telan liur.

Malu.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now