Bab 85

6.3K 293 46
                                    

Iskandar menghenyakkan punggungnya ke atas sofa. Kepalanya berat memikirkan cara mahu memujuk hati Fasha yang semakin lama semakin membatu. Perempuan itu langsung tidak mahu memberinya peluang kedua.

"Abang Is!" Kalida menerjah tiba-tiba. Gadis itu turut menjatuhkan diri ke atas sofa yang berhadapan dengan Iskandar.

"Nak apa Ida?" Iskandar bersuara perlahan. Dia tersandar penat di kepala sofa.

"Macam mana dengan keadaan Fasha sekarang? Fasha sihat ke? Baby sihat?" Kalida bertanya dengan perasaan teruja. Mendengar saja bunyi enjin kereta abangnya tadi, dia cepat-cepat turun ke tingkat bawah. Tak sabar.

"Fasha okey je."

Mendapat saja jawapan singkat daripada Iskandar, senyuman Kalida makin melebar. Senang hatinya selepas mengetahui di mana Fasha berada sekarang. Tambahan pula, perempuan itu memang sedang hamil sekarang. Lagilah buat dia berasa teruja.

Bakal anak buah mummy!

"Abang dah pujuk dia supaya tinggal dengan kita semula?"

Iskandar diam untuk seketika. "Dah. Tapi dia tak nak."

Senyuman Kalida mati dalam beberapa saat. "Tak nak? Macam mana Fasha boleh tak nak. Abang tak minta maaf dekat dia dulu ke?"

"Abang dah minta maaf. Dia memang tak nak tinggal dekat sini lagi." Iskandar duduk menegak. Rambutnya yang tidak disikat dibiarkan serabai.

Kalida tidak berpuas hati dengan alasan Iskandar. Jika Iskandar pandai memujuk hati Fasha, pasti perempuan itu mahu tinggal dengan mereka semula. "Macam mana Fasha nak maafkan abang kalau abang langsung tak ada usaha nak pujuk dia. Minta maaf pun tak ikhlas."

Iskandar buka mata luas. Kurang senang hatinya saat mendengar kata-kata Kalida. "Stop it, Ida. Abang dah penat nak pujuk Fasha lagi. Dia dah buat keputusan. Lepas anak dalam kandungan tu dilahirkan, dia nak abang ceraikan dia."

Kalida terpana. Tak mungkin semudah itu saja Fasha minta untuk dijandakan. Sehabis fikir kah perempuan itu?

"Abang memang tak ikhlas nak berbaik dengan Fasha semula. Minta maaf pun tak pernah nak ikhlas. Semua salah abang. Kalau abang tak berdendam, mesti semua benda ni takkan berlaku. Tak pasal-pasal dendam makan diri."

Apabila mendalami perasaan yang pernah dirasai oleh Fasha sebelum ini buatkan hati Kalida bertambah sakit. Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.

Iskandar keluh berat. "Ya, abang tahu abang salah sebelum ni. Abang terlalu taksub nak buat Fasha hidup dalam penderitaan. Tapi itu dulu, Ida. Sekarang abang cuba untuk berubah, cuba untuk berbaik dengan Fasha. Dengan isteri abang."

"Abang ingat Fasha nak percaya dengan kata-kata abang ni? Abang dah hancurkan kepercayaan dia sebelum ni. Kalau Ida jadi Fasha sekali pun, Ida takkan terima abang semula melainkan abang betul-betul dah berubah dan lupakan tentang dendam 'bodoh' abang tu." Tak menunggu balasan dari Iskandar, Kalida terus bangun dan menyusun langkah ke tingkat atas. Dia malas mahu bercakap panjang.

Yang penting, hatinya puas!

Iskandar hadam kata-kata pedas Kalida. Hatinya seakan hangus terbakar. Panahan Kalida seperti betul-betul terkena tepat pada hatinya. Sakit.

Ya, dia terasa.

Nina terkocoh-kocoh mendapatkan seorang doktor separuh abad yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan. "Doktor, macam mana dengan keadaan mak saya?"

Wajah doktor itu sugul, tapi kelihatan tenang. "Mak awak baik-baik saja. Cuma dia mengalami tekanan darah tinggi. Tapi tidak dalam keadaan yang serius. Elakkan daripada buat mak awak terlampau stress. Mungkin ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran dia. Tapi jangan risau tekanan darahnya sudah rendah sekarang."

Nina mengangguk. "Baiklah, doktor. Saya akan cuba nasihatkan mak saya supaya jangan terlampau stress."

"Mak awak sedang berehat di dalam wad sekarang. Biar dia rehat secukupnya. Dalam dua tiga hari dia sudah boleh discharge," kata doktor itu sebelum meminta diri untuk beredar.

Nina dan Fasha hanya tersenyum simpul. Hati masing-masing resah memikirkan keadaan Puan Sakinah. Wanita tua itu terlampau banyak berfikir sehingga jatuh sakit. Tidak tahu apa yang sedang terbuku di benak fikiran.

Tepat jam pukul 8 malam, mereka tiba di hadapan rumah. Puan Sakinah mengarahkan mereka untuk pulang ke rumah terlebih dahulu dan datang ke sini pada keesokan hari. Katanya, dia tidak kisah jika dia hanya berseorangan di hospital malam ini.

Selesai membersihkan diri, Fasha membawa diri ke dapur. Hari ini memang hari yang meletihkan baginya. Seharian berada di hospital buat badannya rasa sangat lemah. Segelas air kosong dibawa ke mulut, lalu diteguk rakus.

"Fasha..." Nina menegur sambil berjalan mendekati sinki. Gadis itu berpakaian cantik seperti ingin ke sesuatu tempat. "Saya nak keluar. Ada hal kejap." Paip air dibuka, tangannya yang tadi terkena lipstick dibasuh dengan sabun.

Fasha alihkan pandangan lalu dia mengangguk.

"Dalam pukul 11 malam, saya on the way balik ke rumah. Awak kunci pintu dulu." Nina bersuara sebelum hilang di balik tangga ke ruang tamu.

Gelas kosong dibawa ke sinki untuk dibasuh. Lalu, diletakkan ke dalam rak pinggan mangkuk.

Fasha menyusun langkah ke ruang tamu selepas lampu dapur ditutup. Beberapa minit kemudian, baru Fasha teringat yang dia belum mengunci pintu utama. Terus perempuan itu menapak ke pintu utama.

Tercengang Fasha apabila melihat pintu utama yang diperbuat daripada kayu jati itu terbuka luas. "Macam mana boleh tak tutup? Takkan Nina terlupa pula."

Cepat-cepat Fasha menutup pintu lalu dikunci dari dalam. Jantungnya sedang mengepam darah dengan laju. Sudahlah dia tinggal seorang diri sekarang, kemudian pintu pula tidak berkunci dan terbuka luas.

Fasha telan air liur. Cepat-cepat diusir fikiran negatif yang mula bermain di minda. Malas mahu berfikiran panjang, dia terus berjalan ke bilik tidur. Penat, dia mahu rehatkan badan sebentar.

Tap. Tap. Tap.

Pergerakkan Fasha terhenti apabila mendengar bunyi tapak kaki di luar pintu bilik. Bunyi itu semakin lama seakan semakin menghampiri. Fasha kaku di birai katil sebelum dia teringat sesuatu.

Belum sempat Fasha mengunci pintu bilik, pintu itu dikuak dari luar. Seorang lelaki yang bertopeng hitam masuk tanpa teragak-agak.

"Kaa... kau siapa?" Fasha sesak nafas. Dia cuai sehingga lupa untuk mengunci pintu bilik. Langkahnya terundur ke belakang. Tak sedar, tangan Fasha bergigil-gigil memegang perut yang masih kempis.

Lelaki itu semakin menghampiri sebelum turut mengikut Fasha yang sudah mati langkah.

Pang!

Pipi kiri Fasha ditampar tanpa belas kasihan. Cecair merah mula menjalar keluar dari hujung bibir. Sekejap saja tubuh Fasha jatuh ke atas lantai. Perempuan itu terbaring lemah dengan wajah yang berkerut menahan rasa. "Arghh..."

"Good job."

Seorang perempuan melangkah masuk ke dalam bilik itu. Bibir ternaik menayangkan senyuman sinis. Gembira melihat keadaan Fasha yang tak berdaya. "Baru kena penampar sekali, dah jatuh tumbang ke lantai. Kudrat seorang perempuan mengandung memang lemah."

Rongga hidung Fasha menangkap bau wangian yang pernah dihidunya sebelum ini. Cuma dia belum dapat mengenal pasti pemilik wangian itu. Lambat-lambat Fasha membuka kelopak mata, cuba melihat figura yang berada di hadapannya. Samar-samar.

Taa... tak mungkin...

Fasha hilang kata sebelum matanya terkatup rapat tanpa dipinta. Dan akhirnya dia sudah tidak ingat apa-apa lagi.

Get ready untuk bab 'kejutan' lepas ni. Memang tak dirancang. Tiba-tiba je idea ni lalu dalam kepala otak saya 😭

Happy reading!

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now