Bab 41

8.1K 281 9
                                    

"Awak okey?" Iskandar merenung Fasha. Saat dia melangkah masuk, dia terus ke ruang tamu.

"Okey..." Nafas Fasha sudah tidak teratur. Melihat saja Iskandar yang tiba-tiba muncul, lagilah buat nafasnya tersekat terus. Masih terngiang-ngiang bunyi pecahan tadi.

Kalida mendekati mereka.

"Abang Is naiklah dulu." Kalida bersuara dengan rasa bersalah. Hampir seharian mereka berpusing-pusing di mall tadi. "Abang naik tangga ni. Pastu, straight aje.  Masuk bilik hujung sekali."

Iskandar mengangguk faham. Dia terus berjalan ke arah tangga. Selepas Iskandar menghilangkan diri naik ke tingkat atas, Kalida pantas menoleh ke arah Fasha. Ada sesuatu yang perlu dia tanya.

"Abang Is tidur sini. Fasha tak kisah, kan?" soal Kalida berhati-hati. Takut perempuan itu tidak berapa selesa dengan keputusan yang dia lakukan.

Fasha seperti berada dalam alam ciptaannya sendiri. Beberapa helaian rambut yang terjuntai di dahi diselak ke belakang telinga. Rambut? Teringat sesuatu, terus mata Fasha membulat tidak percaya. Tudung? Tudung mana? Mana?!

"Fasha?"

Fasha tersentak. "Faa... Fasha tak kisah." Fasha jawab tersekat-sekat. Tergeleng-geleng kepalanya sedikit. Malu!

"Kalau macam tu, Ida naik dulu. Nak mandi kejap." Kalida senyum nipis. Dia berjalan di sebelah Fasha dan kemudian menaiki anak tangga.

Beberapa puluh minit kemudian, Kalida berlalu turun ke tingkat bawah. Hidungnya terbau sesuatu yang enak. Sedap!

"Masak apa tu Fasha?" Kalida berhenti di meja makan.

"Nasi goreng kampung je." Senyuman nipis terukir. Kepala Fasha sudah tersarung dengan tudung.

Kalida angguk kepala. "Abang Is mana?"

"Entah. Tak nampak pun." Dua-dua bahunya diangkat. Selepas siap, Fasha mencedok nasi goreng. Mangkuk kaca sudah diambil.

"Kejap Ida panggil dia." Dengan pantas, Kalida menaiki anak tangga ke tingkat atas kembali.

"Macam mana dengan perkahwinan Diana dengan Is?"Puan Muninah bertanya seiring punggung dilabuhkan di atas kerusi yang ada di meja makan.

Diana memanggukkan kepalanya lalu tersenyum manis. "Macam tulah mummy. Kalau boleh, Iskandar nak perkahwinan kami dicepatkan."

"Oh, I see. Mama Zarina dah tahu ke tentang ni?" Wajah cantik anaknya ditatap dalam-dalam. Kelihatan begitu berseri.

"Rasanya belum lagi sebab Iskandar kata yang diaorang nak bagitahu time birthday mama Zarina," terang Diana. Dia turut bersetuju dengan rancangan tersebut.

Puan Muninah hanya diam seketika. Ingin menyatakan sesuatu. "Diana, mummy nak cakap something."

"About what?"

"Kalau boleh, Diana janganlah terlalu berharap dekat Iskandar." Lembut suara Puan Muninah. Tapi cukup membuatkan hati si pendengar terhiba sedih.

"Maksud mummy?"

Puan Muninah terfikir sejenak. Dia sendiri tak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada anaknya. "Tak ada apalah. Mummy naik dulu," pinta Puan Muninah lantas menyusun langkah ke anak tangga. Dia tak mahu panjangkan cerita.

Diana menghantar kelibat mummynya dengan pandangan redup. Dia faham maksud tersirat mummynya. Ya, dia faham sangat.

Nur Fasha terbaring di atas katil sambil menatap kipas yang sedang terpusing-pusing di siling. Keadaan biliknya dibiarkan gelap. Terangkat-angkat keningnya saat teringat tentang bunga-bunga yang dia perolehi.

Tidak dinafikan sejak dia dapat bunga-bunga tersebut, hatinya tidak tenang seperti ada selalu. Kadang-kadang seperti ada mata yang sedang memerhatinya walaupun berada di dalam rumah banglo ini.

Buntu! Memang buntu! Ingat sangat tahu siapakah gerangan yang selalu menghantar kotak itu. Nyawan sudah pasti berada dalam bahaya!

Fasha tersedar dari alam ciptaanya sendiri apabila terasa ada tangan yang sedang memegang kedua belah kakinya. Dia menjadi gelabah, gemuruh, dan takut dalam serta-merta.

Kakinya ditarik supaya pegangan kuat tersebut terlerai. "Lepaslah!"

Saat terasa sesusuk tubuh tegap datang menindih, Fasha memerontak kuat. Tubuh itu seakan sama dengan tubuh seseorang. Tak mungkin.

"Lepaskan aku!"

Suasana bilik tidur Fasha yang gelap membuatkan perempuan itu tidak tahu siapa yang sedang menindihnya tika ini. Kepala sengaja ditoleh ke kiri ke kanan. "Lee... lepas..."

Kedua-dua pegelangan tanganya digenggam erat oleh seseorang. Dia tak mampu berlawan. Namun, tenaganya masih banyak untuk menendang perut lelaki itu.

Dengan seluruh tenaga yang Fasha ada, perut lelaki itu disepak kuat sehinggakan lelaki itu terjatuh di atas lantai. Tenaganya makin berkurangan. Penat!

Pantas Fasha memeluk kedua-dua lututnya lalu kepala disembamkan di situ. Tak mahu melihat apa yang akan berlaku selepas ini. Diri hanya mampu berserah. Hati hanya mampu menerima.

Pintu bilik Fasha ditolak kuat dari arah luar. "Ya Allah, Fasha!" Kalida terkejut. Setiap sudut bilik itu dipandang sebelum melangkah naik ke atas katil. Tahu apa yang sudah berlaku.

"Abang Is buat apa dekat Fasha?" Kalida bertanya dengan sisa tidak percaya. Dia kecewa. Kecewa sangat-sangat.

"Aa... abang tak buat apa pun." Iskandar menggeleng. Dia berdiri di hujung sudut bilik itu. Dia samar-samar dengan apa yang berlaku.

Fasha menangis teresak-esak dalam pelukan Kalida. Masih tidak dapat menerima apa yang telah berlaku.

"Abang Is tipu! Sampai hati abang Is." Kedengaran jelas sayu di hujung ayat Kalida. Dia turut tak percaya dengan kenyataan sekarang. Kepercayaannya kini tidak berguna lagi.

"Abang tak buat apa pun. Trust me, Ida." Iskandar tetap dalam keadaan yang tidak mengerti. Jujur, dia tak pernah melakukan sesuatu yang buruk terhadap perempuan itu.

Air mata disapu kasar. "Ida ingat abang Is dah insaf... Tapi hakikatnya abang Is tetap sama macam dulu!" Suara Kalida naik meninggi. Ketegangan bilik itu tak dapat dikendurkan lagi. Yang tinggal hanyalah, kebencian yang meluap-luap.

"Aa... apa maksud Ida? Apa yang abang buat?"

"Abang Is nak rogol Fasha!"

Happy 40K reads! Thank you!

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now