Bab 60

6.6K 245 24
                                    

"Kenapa datang sini?" Iskandar bertanya acuh tak acuh. Mata masih melekap pada skrin laptop yang terang. Kalau Ikutkan hati, dia mahu mengunci bicara saja. Biar perempuan itu terkulat-kulat sendiri.

Fasha tunduk kepala beberapa saat. "Saa... saya nak cakap dengan awak." Tersekat-sekat suara Fasha mengawal emosi. Sungguh jelas lelaki itu tidak suka akan kehadirannya.

"Cakaplah."

"Fasha nak mintak maaf." Fasha menapak ke kerusi berhadapan meja kerja Iskandar. Tanpa keizinan lelaki itu, dia jatuhkan tubuh.

Iskandar angkat wajah, mata terpaku tajam pada wajah cantik Fasha. "Boleh mintak maaf dekat rumah kan? Kenapa sibuk sangat nak datang sini?" Selepas habis kata, Iskandar sambung menghadap skrin laptop. Lelaki itu beriak kosong.

Mendengar kata-kata itu, Fasha tunduk kepala lagi. Bicara Iskandar betul-betul menikam terus ke hati. Pedih! "Saya tahu saya tak sepatutnya suruh awak kahwin dengan perempuan tu."

"Jadi, kenapa suruh juga?" Iskandar lagak seperti tak bersalah. Bukannya dia tak perasan wajah Fasha sudah bertukar merah akibat menahan air mata yang seakan mahu mengalir.

"Saya nak tolong mak cik tu ja." Dengan bibir tercebik, Fasha bersuara. Jarinya bermain dengan hujung tudung, menghilangkah rasa takut yang tiba-tiba timbul. Tambah-tambah bila hanya mereka berdua sahaja dalam bilik ini.

Iskandar tidak melorek sebarang senyuman. Bicara Fasha benar-benar buat perasaan marahnya semakin meluap-luap. "Tak habis-habis dengan mak cik kau tu."

Laju Fasha angkat kepala, terkejut. Sejak mereka berkahwin, tidak pernah lagi dia mendengar Iskandar berkau-kau dengan dia. Ini kali pertama.

Akhirnya Iskandar mengeluh. Dia tiada niat di hati mahu melontarkan kata-kata kasar seperti itu." Leave me alone." Iskandar bersuara berharap. Hatinya tiba-tiba dipalu rasa bersalah.

Fasha masih terpempan. Selepas faham keinginan lelaki itu, dia berdiri tegak. Tanpa pinta air matanya menguntai lambat. Perempuan itu tunduk kepala, pantas berlalu pergi.

Semua ini salah kau, Fasha. Salah kau.

Selepas lunch, Iskandar terus masuk ke bilik mesyuarat. Ada sesuatu yang ingin dia lakukan. "Nina?" Iskandar bertaut kening saat mata menangkap susuk tubuh seseorang. Gadis itu terpinga-pinga selepas berpaling.

"Boss... ada apa-apa nak saya bantu?" Nina telan liur dalam kepayahan. Dari jarak beberapa meter dengan Iskandar, dia melontar satu senyuman kekok.

"Kenapa awak ada sini?"

"Saya tengah sediakan bilik mesyuarat."

Iskandar diam buat seketika. "You ada postpone mesyuarat sebelum ni?" Kata-kata gadis itu masih samar-samar.

"Yes. So, saya gantikan pada hari ini. Bukan saya ada update dekat boss sebelum ni?" Kening Nina terangkat.

Iskandar geleng. Dia sendiri tidak tahu.

"Boss, saya ada update dekat boss." Nina berujar tak puas hati. Sudah terang lagi bersuluh, lelaki ini tak ambil peduli apa yang dia terangkan pada hari sebelumnya. Mujur, kesabaran masih bersisa.

"I'm sorry." Iskandar beriak kosong.

Nina cuma mengangguk kecil. Dia sedar tentang kedudukannya dalam syarikat ini. Siapalah dia nak marah-marah lelaki ini.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now