Bab 76

5.4K 277 59
                                    

Pada awal pagi, Iskandar sudah terpacak di dalam pejabat. Lelaki itu sedang sibuk menyiapkan kertas kerja untuk pembentangan pada lewat petang nanti. Banyak kerjanya yang tertimbun gara-gara dia banyak menghabiskan masa di hospital.

Sesekali dia meneguk sekilas air kopi yang dibancuh oleh setiausahanya, Nina. Terasa sedikit segar dia menyambung kerjanya semula.

Tok. Tok. Tok.

Pintu pejabat diketuk dari luar. "Masuk."

"Boss..." Nina bersuara saat melangkah masuk ke dalam. Wajah lelaki itu kelihatan agar gusar. Mungkin serabut dengan kerja-kerja yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat. "Datuk Moktah sedang tunggu boss dalam bilik mesyuarat."

Mendengar saja itu, Iskandar menghala satu pandangan ke arah gadis bermata empat itu. "Kenapa Datuk Moktah nak jumpa saya? Kita ada urgent meeting ke? Kenapa saya tak dimaklumkan tentang perjumpaan ni?"

"Bukan boss. Datuk Moktah nak jumpa boss sebab nak discuss sesuatu. Saya pun baru saja dimaklumkan tentang hal ni tadi."

Iskandar mengeluh resah. Tidak tahu kenapa papanya mahu berjumpa dengannya pada awal pagi seperti ini.

Mendapat saja isyarat keluar dari Iskandar, Nina cepat-cepat menapak keluar dari situ. Tangannya naik mengusap perlahan dadanya yang seakan-akan sedang berombak kencang. Melihat wajah Iskandar buat dia tidak keruan. Mungkin sebabkan rahsia yang disimpannya tika ini.

"Kau kenapa, Nina?" Dini mula menegur saat terperasan dengan keadaan Nina yang agak kelam-kabut.

Nina terkejut dengan teguran itu. "Ish, tak ada apalah, Dini. Aku cuma tak boleh nak bertenang bila bercakap dengan Iskandar." Nina dan Dini melangkah ke ruang makan. Mencari tempat yang tidak ada ramai orang. Senang sikit untuk berbual panjang.

"Aku tak tahulah nak cakap apa lagi. Aku faham situasi kau sekarang. Tapi sampai bila kita nak rahsiakan perkara ini dari encik Iskandar. Dia berhak tahu semuanya." Perlahan suara Dini memberi pendapat. Sekali-sekala mereka melihat sekeliling. Tidak mahu ada orang lain yang mendengarnya.

"Dia tak berhak. Dia kejam. Dia tak sepatutnya buat semua tu. Aku terkilan dengan perangai sebenar dia." Hujung kata kedengaran agak sayu. Hati Nina tiba-tiba diragut dengan perasaan sedih. Entah mengapa.

"Manusia berubah, Nina. Mungkin satu hari nanti dia akan berubah untuk kebaikan dia sendiri."

Perempuan itu sedang sibuk menyiapkan juadah untuk dimakan pada tengah hari. Dalam masa yang sama, dia turut membasuh pinggan mangkuk kotor yang ada di dalam sinki.

Sekilas dia memandang luar rumah melalui tingkap dapur. Dia tersenyum nipis. Suasana kampung ketika waktu pagi memang sangat menyenangkan. Pemandangan sawah padi yang mula menghijau buat dia makin tersenyum lebar.

"Fasha, sudahlah buat kerja tu. Biar mak cik saja yang siapkan semua tu." Wanita tua itu menghalang Fasha daripada melakukan kerja rumah. Sudah masuk beberapa kali wanita itu menghalangnya.

Fasha senyum nipis. "Tak apa, mak cik. Saya boleh buat semua ni. Tak selesa pula kalau saya hanya duduk goyang kaki saja dalam rumah mak cik ni." Kali ini, Fasha tersengih lebar. Tangannya masih setia melakukan kerja.

Puan Sakinah menghela nafas panjang. Tidak senang pula hatinya melihat perempuan itu menyiapkan semua kerja rumah. "Macam mana kerja kamu dekat kedai runcit Pak Samad kemarin?" soal Puan Sakinah. Semalam memang ada niat untuk dia menyuarakan soalan itu, tapi tidak kesampaian.

"Alhamdulillah, okay saja mak cik. Awal-awal mungkin saya agak kekok, tapi lama-lama saya akan terbiasa dengan kerja dekat kedai runcit tu."

"Alhamdulillah, baguslah macam tu. Senang hati mak cik dengar kamu cakap macam tu. Petang nanti kamu pergi kerja elok-elok ya. Mak cik dah tambah angin tayar basikal kamu tu," ujar Puan Sakinah sebelum dia menaiki tangga kayu ke tingkat atas.

Fasha hanya memaniskan wajah. Wanita tua itu terlalu baik terhadapnya. Jika tiada wanita tua itu dan anak perempuannya, mungkin dia sudah mati kesejukkan di perhentian bas tempoh hari. Tanpa dia sedar, senyuman manisnya hilang dari raut wajah.

Puan Sakinah naik ke tingkat atas rumah kayu dua tingkat itu. Gagang telefon yang ada di sebelah televisyen dicapainya. Nombor seseorang ditekan.

"Hello?" Suara lembut seseorang terdengar di corong telefon. Puan Sakinah tersenyum nipis saat panggilannya diangkat.

"Assalamualaikum, Nina. Kamu sihat, nak?"

"Waalaikummusalam. Nina sihat je di sini. Mak sihat ke di sana?"

"Alhamdulillah, mak sihat. Bila lagi kamu nak balik kampung jenguk mak?" Puan Sakinah masih mengukir senyuman. Gembira hatinya saat mendengar khabar dari anak tunggalnya itu.

Di hujung talian, Nina masih mencari jawapan. Dia agak sibuk dengan kerjanya di sini. "Insya-Allah. Kalau Nina dapat cuti, Nina terus balik sana, jenguk mak."

Mendengar jawapan itu, Puan Sakinah mengangguk senang hati. "Kamu okey duduk sana sekarang? Macam mana keadaan boss kamu?"

Nina di hujung talian hanya berkira-kira sendiri. Dia tidak tahu untuk menjawab apa. "Hmm... Entahlah mak. Nina sendiri pelik dengan perangai Iskandar. Baru-baru ni, Nina nampak dia menangis dalam bilik kerja dia."

"Mungkin dia teringatkan isteri dia agaknya. Mak tak tahu sampai bila kita nak rahsiakan benda ni. Mak rasa tak senang hati." Puan Sakinah hembus nafas berat. Hakikatnya, dia agak tidak selesa untuk merahsiakan perkara ini daripada sesiapa. Tapi dia terpaksa akur demi kebaikan perempuan itu.

"Kita ikut saja kehendak Fasha, mak."

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now