Bab 96

3.1K 209 12
                                    

Fasha bersiap-siap untuk pergi ke Klinik Megat pada pagi ini. Kalau diikutkan tarikh, kelmarin temu janjinya dengan doktor Megat. Malangnya, keadan tidak mengizinkan.

Usai sarungkan tudung ke kepala, Fasha mengambil barang-barangnya di atas meja yang berhampiran dengan almari baju. Sempat matanya melilau mencari kelibat Iskandar. Namun kosong dalam bilik itu.

Fasha keluar dari bilik. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga ke tingkat bawah sebelum bertembung dengan Mak Senah. "Iskandar mana, Mak Senah?" tanya Fasha.

"Tadi Mak Senah nampak Is dekat dapur. Lepas tu lesap terus. Tak tahu la pergi mana."

Fasha mengangguk perlahan selepas mendapat jawapan.

"Fasha nak pergi klinik ke?"

"Ya, Mak Senah. Tapi Iskandar pula tak ada dekat rumah." Sedikit keluh Fasha. Semalam lelaki itu beria-ria mahu membawanya ke klinik pada pagi ini. Tapi sekarang lain pula jadinya. Mungkin Iskandar ke pejabat.

Mak Senah perasan dengan riak wajah Fasha yang berubah. "Tak apa. Kalau macam tu, jom pergi dengan Mak Senah naik teksi. Mak Senah nak pergi pasar sekali. Bolehlah singgah."

"Jom. Boleh Fasha teman Mak Senah." Fasha tersenyum menyokong cadangan Mak Senah. Sekurang-kurangnya dia boleh menemani Mak Senah di pasar.

"Sekejap, Mak Senah tukar baju." Mak Senah meminta diri masuk ke dalam bilik sebentar untuk menukar baju. Fasha hanya membalas dengan anggukan.

Selepas selesai pemeriksaan di Klinik Megat, Fasha dan Mak Senah terus ke pasar menaiki teksi yang sama. Mak Senah hanya menunggu di luar apabila Fasha masuk ke dalam bilik rawatan untuk bertemu dengan doktor.

"Doktor kata apa tadi? Baby okay?" Mak Senah menyoal, mahu memecahkan kesunyian.

"Baby okay. Jantung okay. Pembesaran pun okay. Overall semua okay. Cuma doktor cakap Fasha kekurangan khasiat dengan kalsium yang cukup untuk baby." Fasha memberitahu sambil mengusap perutnya. Dia perlu naikkan berat badannya.

"Oh... Fasha kena banyak makan ni."

Fasha mengangguk sebelum telefonnya berbunyi tanda ada panggilan masuk. Tertera nama Kalida pada skrin. Panggilan diangkat.

Pada pukul 10 pagi, Fasha dan Mak Senah tiba di rumah agam tersebut. Mereka sudah beli barang-barang yang diperlukan untuk masak tengah hari.

"Tak apa. Biar Mak Senah angkatkan. Fasha naik atas. Pergi rehat." Mak Senah bersuara saat perasan yang Fasha kelihatan seperti keletihan. Penat agaknya.

"Terima kasih, Mak Senah." Fasha senyum nipis. Penat juga pusing satu pasar tadi. Dia terus naik ke tingkat atas.

Hampir empat jam Fasha melelapkan mata, akhirnya dia terjaga dari tidurnya. Matanya digosok-gosok seketika sebelum dia bangun untuk membersihkan diri.

Usai mandi dan lengkap berpakaian, Fasha bersiap-siap untuk solat. Sudah masuk waktu zohor. Selepas selesai solat, Fasha kembali duduk di birai katil.

Telefon pintarnya dicapai dan dibelek. Iskandar langsung tidak menelefonnya sejak dari pagi tadi. Entah ke mana lelaki itu pergi, dia sendiri tidak tahu.

Telefonnya diletakkan semula di atas katil. Hampa. Keputusan dia untuk ikut Kalida ke Perth minggu depan memang takkan sia-sia. Dia yakin. Lelaki itu perlu diberi pengajaran.

Iskandar masih bermundar-mandir di tepi keretanya. Sejak pagi tadi, dia berada di situ. Boleh pula tayar keretanya pancit di kawasan yang agak tersembunyi. Ditambah pula dengan pokok kelapa sawit. Sudahlah line pun tak ada. Lagi susah dibuatnya.

Sudah berjam-jam Iskandar menunggu kereta yang akan melalui jalan ini. Namun, langsung tiada. Bukannya tidak ada, kebanyakkan hanya berlalu tanpa berhenti.  Susah dia nak minta bantuan.

Allahu, apalah nasibku.

Berjam-jam menanti, akhirnya ada juga sebuah kereta yang berhenti untuk menolongnya. Iskandar senyum nipis. Syukur.

Pemilik kereta itu keluar dari perut kereta. Seorang pak cik berkopiah putih yang kelihatan agak berusia sedang berjalan mendekati Iskandar.

"Pak cik?" Iskandar terkejut melihat pak cik tersebut. Pak cik yang sama dia terjumpa di masjid pada tempoh hari. Tak sangka.

Pak cik itu tersenyum. "Kereta rosak?"

"Tak, pak cik. Tayar pancit. Lupa nak bawak tayar spare."

Pak cik itu mengangguk faham. "Kalau macam tu, kamu tumpang pak cik. Kereta kamu ni biar dulu dekat sini. Nanti kamu datang balik dengan kawan kamu."

Iskandar hanya menerima cadangan itu. Mereka masuk ke dalam kereta Myvi putih milik pak cik berkopiah putih itu.

"Terima kasih sebab tumpangkan saya." Iskandar bersuara.

Selang beberapa saat pak cik itu menjawab, "Tak apa, nak. Dari jauh pak cik nampak kamu tadi."

"Pak cik memang selalu lalu jalan ni ke?" Iskandar menyoal pula. Sengaja mahu hilangkan rasa sunyi.

"Selalu juga pak cik lalu sini. Kamu ada kerja dekat dekat sini?"

Iskandar mengangguk pula. "Iya, pak cik. Tak sangka pula tayar kereta saya boleh pancit."

"Ujian, nak. Kamu macam mana sekarang? Dah boleh maafkan orang yang kamu berdendam dulu?" Pak cik itu tiba-tiba menyoal. "Maaf kalau pak cik masuk campur dalam urusan hidup kamu."

Iskandar menggeleng. "Tak apa, pak cik. Saya cuba nak maafkan dia. Mungkin hati saya dah dapat terima."

"Alhamdulillah, nak. Memaafkan kesalahan orang lain merupakan sifat orang mulia. Dalam al-Quran pun disebut banyak kali supaya kita memaafkan orang lain. Antara sifat penghuni syurga adalah mereka yang memiliki sifat memaafkan orang lain."

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Asy-Syua’ra ayat 40 tafsirnya:

“Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal dengannya, maka sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang menzaliminya) maka pahalanya dijamin oleh Allah. Sesungguhnya dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.”

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now