Bab 4

13.3K 471 3
                                    

Enam tahun kemudian,

"Dah seminggu ibu dan ayah tinggalkan Fasha. Fasha rindu nak makan masakan ibu, nak berbual dengan ibu, nak peluk cium ibu, nak bergurau dengan ayah. Fasha rindu sangat ibu dan ayah, ayah dan ibu tak rindu dekat Fasha ke?" Fasha bersuara sendiri, ditemani dengan air mata pantas menjalar. Dia cuba menahan sebak di dada, namun gagal.

Kenapa cepat sangat ibu dan ayah pergi meninggalkannya? Memang dia tidak kuat untuk menghadapi dugaan ini seorang diri. Walauapapun dia tetap kena hadapi dugaan ini juga.

Ibu dan ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh brek kereta yang dinaiki oleh mereka rosak secara tiba-tiba. Nasib baik la dia hanya luka ringan saja.

Fasha memegang batu nisan yang terukir nama ayah dan ibunya lalu menciumnya. Kedua-dua batu nisan itu dipandang silih berganti sambil bibir mengukir senyuman kelat. Lambat-lambat belakang tangan menyapu air jernih itu.

"Fasha balik dulu. Nanti Fasha datang lagi." Selepas membawa diri bertenang, Fasha bangun. Kemudian, meninggalkan tanah perkuburan itu. Langkahnya memang terasa begitu longlai.

Gambar seorang gadis bersama dirinya direnung, lama. Sesekali ibu jarinya naik mengusap lembut gambar itu. "Aku sayang kau tapi aku benci kau..." Lelaki itu berucap sendiri.

"Aku akan cari kau." Gambar itu diletakkan di atas meja. Pisau tajam yang ada betul-betul di sebelahnya diambil sebelum gambar tersebut diguris perlahan-lahan dengan pisau tajam itu seolah sedang mengukir.

"Kau kena rasa apa yang aku rasa." Selepas selesai 'mengukir,' lelaki itu mencampakkan pisau ke atas katil. Kepingan gambar yang sudah terkoyak akibat diguris, diangkat ke atas. Tajam pandangan matanya tika ini.

"Sorry sayang." Laju lelaki itu membuang gambar itu ke dalam tong sampah. Dengan perasaan geram, dia merengus. "Argh!" Dia tidak akan pernah melupakan kejadian itu. Tidak sesekali!

Nur Fasha kini bekerja di kedai makan. Dia hanya menjadi seorang pelayan. Walaupun hidup seorang diri, dia tetap gembira dengan kehidupannya sekarang. Sebabkan kekangan duit juga, dia tidak sambung belajar di mana-mana.

"Saya balik dulu." Fasha melambai-lambai ke arah rakan sekerjanya selepas habis waktu kerja. Kemudian, melangkah pergi.

Sekarang sudah lewat malam, jadi dia pilih untuk menggunakan jalan pintas sahaja. Rumah sewanya hanya berada berdekatan di tempat kerjanya. Jadi, dia tidak perlu menggunakan apa-apa pengangkutan untuk ke tempat kerja. Memang dapat mengurangkan pembelanjaan sehariannya.

Tap. Tap. Tap.

Mendengar bunyi itu, Fasha berpaling. Keadaan sekeliling ditinjau. Dia cuba membawa diri bertenang saat memandang lorong gelap itu. Cahaya dari lampu-lampu jalan turut menemaninya, namun tidak terang seperti disangka.

Selepas meninjau keadaan, Fasha kembali berjalan. Dia mengetepikan fikiran negatifnya. Memang sudah kebiasaannya berjalan di lorong gelap itu.

Tap! Tap! Tap!

Buat kali kedua Fasha berhenti berjalan. Bunyi tapak kasut itu semakin kuat kedengaran. Lambat-lambat dia menoleh tubuh ke belakang. "Allah." Fasha menguman perlahaan saat terpandang susuk tubuh seorang lelaki di sebalik tong sampah hijau.

Tanpa menghiraukan, Fasha melangkah laju. Mulut sudah ditekup supaya tidak mengeluarkan sebarang suara. Sejak kematian ibu dan ayahnya, banyak perkara pelik berlaku terhadap dirinya. Ini bukan kali pertama dia diekori seperti ini.

Beberapa minit melangkah, Fasha sampai di rumah sewanya. Dalam keadaan tergesa-gesa, kunci pintu rumah dikeluarkan dari poket seluar. Laju dia membuka kunci pintu.

Selepas masuk ke dalam, Fasha tersandar di pintu. Tercungap-cungap dia mencari nafas. Tangannya mengusap lembut dada yang berombak laju.

Apabila berasa sedikit selamat, Fasha berjalan ke bilik tidur. Dia mahu membersihkan diri. Tapi semua itu terbantut saat bahunya disentuh oleh seseorang. Habis bergigil-gigil satu badan Fasha.

"Ka... kau siapa?" Dengan penuh berani, Fasha bertanya. Dia tidak berpaling mahupun bergerak. Jantung kembali berdegup laju. Takut.

Lelaki tersebut mengeluarkan sapu tangan di dalam poket seluarnya lalu menekup mulut Fasha tanpa menjawap soalan yang diajukan kepadannya. Itu bukan tujuan utama.

Fasha semestinya memerontak, mahu dilepaskan. "Urm.... urmp!" Nafasnya sudah sesak. Pandangannya kian kabur. Dia cuba kuatkan diri. Namun gagal. Dia pengsan.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now