Bab 86

5.1K 254 42
                                    

Pintu bilik rawatan dikuak dari luar. Seseorang melangkah masuk bersama beberapa bungkusan plastik di tangan. Lalu, bungkusan-bungkusan itu diletakkan di atas meja.

"Mak dah makan?" Sebaik jatuhkan punggung, Nina terus bertanya.

"Dah. Tadi mak dah makan makanan yang hospital sediakan." Puan Sakinah duduk melunjur di atas katil. Wanita tua itu kelihatan seperti sudah sihat.

Nina ambil air mineral yang dibelinya di kantin hospital tadi. Kemudian, dituang ke dalam gelas. "Nah air."

Gelas berisi air mineral bertukar tangan. Puan Sakinah meneguk sekilas sebelum wajah Nina ditatap lama. Dia terperasan sesuatu. "Fasha tak ikut kamu?"

Mendengar saja soalan itu, Nina laju menggeleng. "Fasha... Dia kerja kut. Semalam Nina balik lewat sebab ada urusan sikit dekat luar. Pagi tadi pun Nina tak nampak dia." Nina menjawab sambil meletakkan semula botol air mineral di atas meja.

"Kerja? Bukan hari ini hari cuti ke?"

Sekali lagi, Nina menggeleng tak tahu. "Nina ada beli kuih-muih dekat bawah tadi. Mak nak rasa?" Nina menggambil pinggan untuk meletakkan kuih-muih.

"Banyak kamu beli."

Selepas menjamah beberapa ketul kuih-muih, Puan Sakinah mula membaringkan badan di atas katil. Menguap wanita tua itu sebelum mengatup kelopak matanya.

Nina bermain dengan telefon pintarnya. Melihat Puan Sakinah sudah tertidur, dia terus menapak keluar dari bilik rawatan.

"Nurse, saya nak keluar kejap. Tolong tengok-tengokkan mak saya," kata Nina sebelum mendapat anggukan daripada nurse muda itu.

Udara pagi yang masuk melalui jendela menyapa lembut kulit wajah Fasha. Fasha masih terbaring lemah di atas lantai. Mereka membiarkan Fasha tidak sedarkan diri semalaman di sini.

Lama kemudian, Fasha merengek kecil. Kelopak matanya terbuka perlahan-lahan. Melihat saja keadaan sekeliling, kejadian semalam kembali menerjah di minda.

Fasha kemam bibir. Kemudian, dengan terketar-ketar, Fasha cuba bangun. Malangnya baru dua tiga langkah, dia sudah kembali terjelepok ke lantai. Badannya lemah. Kepalanya sakit. Entah kenapa badannya menggigil bagaikan sedang kesejukan.

Perut yang makin membesar lantas diusap oleh Fasha. Tertahan-tahan matanya daripada mengeluarkan air jernih. Fasha masih dalam keadaan terkejut tidak percaya. Ini mimpi? Tapi jika ini mimpi, kenapa sampai sekarang dia masih belum terjaga?

Pintu bilik Fasha dibuka dari luar. Seseorang melangkah masuk. "Good morning, Fasha."

Suara itu kedengaran sinis. Fasha masih terbaring. Dia menghadap ke arah dinding. Sengaja matanya ditutup rapat.

"Kau lapar? Aku ada bawa nasi goreng untuk kau ni." Pinggan yang dipenuhi dengan nasi goreng kampung diletakkan di atas lantai.

Mata dibuka semula. Bau nasi goreng kampung itu menusuk ke dalam rongga hidung Fasha.

"Makanlah. Kesian baby dalam kandungan kau tu. Kebulur nanti."

Selepas berfikiran sejenak, Fasha cuba bangun dari pembaringan. Walaupun pandangannya kembali berpinar, dia cuba gagahkan diri untuk bangun menduduk. Sekurang-kurangnya dia dapat menjamah beberapa sudu nasi goreng kampung itu.

Perempuan itu senyum senget apabila melihat Fasha. Pinggan nasi goreng kampung itu diambil dan diangkat tinggi.

"Opsss! Terjatuh." Pinggan itu terjatuh ke lantai semula. Atau lebih tepat, pinggan itu sengaja dijatuhkan.

Fasha terkedu. Tak menduga perempuan itu akan bertindak sedemikian. Fasha menelan rasa. Sakit hatinya apabila melihat wajah mengejek perempuan itu. "Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya dekat awak?"

"Aku tak buat apa-apa pun dekat kau. Cuma... nak balas rasa. Eh, bukan balas rasa. Tapi balas dendam." Perempuan itu mengangguk. Setuju dengan kata-kata sendiri.

"Balas dendam?" Fasha tarik nafas dalam. Dia sudah penat mendengar perkataan itu. Tidak puas lagikah manusia di dalam muka bumi ini untuk melihat dia terseksa?

"Tapi aku rasa macam tak sesuai. Mungkin kita boleh panggil, membalas rasa atau berkongsi rasa." Perempuan itu ketawa.

Fasha hanya diam. Dia tak faham.

Perempuan itu mengeluarkan pisau tajam yang disorokkan dari belakang badannya. Pisau tajam itu diangkat tinggi menyamai paras wajah Fasha.

"Awak naa... nak buat apa dengan pisau tu?" Suara Fasha berubah ketar. Pisau tajam itu betul-betul berada di hadapan wajahnya sekarang. Air liur ditelan berulang kali.

Fasha dalam keadaan terkejut dan takut. Perubahan perempuan itu secara drastik buat otaknya susah untuk mentafsir. Terketar-ketar tangannya mengenggam hujung baju. Tidak percaya dengan apa yang berlaku tika ini.

Perempuan itu seperti sudah hilang akal.

Pisau tajam itu perlahan-lahan diguris lembut pada wajah bersih Fasha. Automatik kepala Fasha tertoleh ke tepi. "Jaa... jangan..." Jauh di sudut hati Fasha, memang dia mahu melawan, tapi takut perempuan itu akan bertindak di luar kawalan.

"Kenapa kau buat macam tu dekat kakak aku, Fasha? Kau buat dia melingkup dalam penjara."

Dahi Fasha berlapis, cuba mencerna maksud itu.

"Kau dengan suami kau dah buat kakak aku hidup merana..." Perempuan itu menjauhkan pisau dari wajah Fasha. Giginya diketap geram.

"Saa... saya tak faham..."

"Arghh! Kau tak guna, Fasha. Kau dengan Iskandar memang tak guna. Kalau tak bukan sebab korang, mesti kakak aku tak masuk penjara. Mesti Gina ada dengan aku sekarang ni. Korang yang sepatutnya masuk penjara. Bukan Gina. Arghh!" Nina hilang kawalan. Hatinya sakit bagaikan disiat-siat.

Kali ini, Fasha hilang kata-kata. Dia terkejut hebat. Kenyataan itu buat dia kaku tanpa sebarang suara. Dia hairan. Jika tidak silapnya, Gina anak tunggal dan tidak mempunyai adik-beradik tiri.

Jadi siapa Nina ni?

Nafas Fasha tersekat melihat pisau tajam itu. Perlahan-lahan dia mengesot, cuba mendekatkan diri dengan dinding.

Tak sempat badan menyandar di dinding, rambut Fasha ditarik kuat. Nina menarik tanpa belas kasihan. Pisau sudah dilempar jauh.

"Arghh... Lepas, Nina..." Fasha bernada merayu. Terpejam-pejam mata Fasha sambil cuba meleraikan cengkaman tangan Nina pada rambutnya.

Nina makin menggila. Langsung tidak dihiraukan rayuan Fasha. Bagi Nina, kakaknya iaitu Gina tidak bersalah. Perempuan itu hanya mangsa keadaan.

"Jaa... jangan... Arghh..." Air mata Fasha jatuh. Tak lama selepas itu, cengkaman itu dilepaskan kasar sehinggakan Fasha sedikit kebelakang. Secara tidak sengaja, kepala Fasha terhantuk pada dinding. Pandangan Fasha kabur dan kabur.

Buat kali kedua, Fasha tidak sedarkan diri.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now