Bab 73

4.4K 191 5
                                    

"Iskandar..."

Seperti disimbah air sejuk, Fasha lantas bangun menduduk selepas menangkap kelibat Iskandar. Lelaki itu pulang ke rumah selepas beberapa hari di hospital.

"Aku nak mandi," jawab Iskandar dingin. Lelaki itu laju berjalan ke bilik mandi. Fasha yang sedang memerhati dari katil hanya dipulau sepi. Malas mahu menggambil peduli.

Fasha diam. Seperti selalu, hatinya seolah dihiris dengan pisau. Sakit. Lama dia menunggu Iskandar, akhirnya lelaki itu keluar dengan lengkap berpakaian.

"Aku tidur dekat luar." Iskandar berkata sebelum dia beredar dari situ. Fasha masih kaku dia atas katil. Seakan menghadam kata. Tidak sempat dia memuntahkan kata. Bibirnya mengemam senyuman pahit. Hatinya penuh rasa gundah.

Beberapa puluh minit kemudian, Fasha turut melangkah keluar dari bilik tidur mereka. Kakinya berjalan ke tingkat bawah. Mencari Iskandar yang entah tidur di mana malam ini.

"Takkan dia tidur dekat hospital kut." Selepas mencari di tingkat bawah, Fasha cuba mencari di bilik tetamu. Perlahan-lahan setiap langkahnya, tak mahu mencetuskan sebarang bunyi.

Sampainya di bilik tetamu, tangannya naik memulas tombol pintu. Pintu itu terbuka sedikit. Terjenguk kepalanya memerhati penghuni yang ada di dalam. Iskandar yang sedang terbaring di atas katil diamati dalam.

"Ingat tidur dekat hospital tadi." Fasha berujar sendiri. Keluhan lega terus dihembus. Dia melangkah merapati Iskandar. Lelaki itu sudah terbuai mimpi indah. Penat agaknya selepas seharian di hospital menemani Diana.

"Iskandar... Kenapa cepat sangat awak berubah hati? Kenapa tiba-tiba awak benci saya? Awak memang tak sayang saya ke?" Fasha menyoal sendiri. Wajah tenang Iskandar ditatap penuh kerinduan. Cahaya lampu yang menembusi tingkap mencerahi bilik tetamu itu.

Dengan berani, tangannya naik menyentuh wajah Iskandar. Cukup dia rindu akan Iskandar yang dulu. Iskandar yang sentiasa menggambil berat tentangnya. Iskandar yang sentiasa buat dia mengukir senyuman bahagia. Tapi sekarang, semuanya itu bagaikan kenangan yang takkan terulang.

"Saya harap yang awak akan berubah..." Air matanya gugur tika di hujung kata. Terpejam-pejam matanya menahan air jernih itu. Lama di situ, Fasha menapak keluar. Tidak mahu lelaki itu terjaga disebabkan tindakannya.

Peluang kedua masih wujud untuk lelaki itu.

"Mama tak sangka yang Danish sanggup buat semua ni pada kakak ipar kamu." Datin Zarina menjatuhkan tubuh ke atas sofa dengan penuh kesal. Kebenaran itu telah membuatkan wanita itu terdiam seribu bahasa. "Mama bersyukur yang dia sudah kena tangkap dengan pihak polis."

"Ida pun tak sangka, ma... Ida harap kes ni dapat diselesaikan secepat yang mungkin." Kalida hanya menundukkan kepalanya. Jauh di sudut hati, dia seperti mahu saja meloncat-loncat gembira kerana tidak perlu berkahwin dengan lelaki acah-acah baik itu.

Seperti tersedar sesuatu, Datin Zarin berpaling memandang Kalida. "Mama minta maaf sebab paksa Ida sebelum ni." Perasaan bersalah mula mencengkam hati Datin Zarina. Dia sedar bahawa rancangannya untuk menjodohkan Kalida dengan anak saudaranya itu bukan satu tindakan yang bijak.

"It's okay, ma. Ida tak kisah pun." Lantas tubuh wanita itu didakap Kalida. Datin Zarina membalas dakapan itu. Dia senang.

"Cakap tentang apa pula ni?" Datuk Moktah yang datang dari dapur mula membawa diri ke dalam perbualan mereka tadi.

Datin Zarina dan Kalida serentak mengalihkan pandangan. Masing-masing hanya tersenyum malu. "Tak ada apalah, pa... Ida cuma rindukan mama aje."

"Eleh, rindukan mama je. Papa tak rindu ke?" Datuk Moktah mencebik tak puas hati. sengaja dia mahu menarik perhatian gadis kesayangan itu.

"Of course lah, rindu." Kalida laju menapak ke arah Datuk Moktah. Tubuh Datuk Moktah dirangkulnya pula. Pelukannya hangat. Rindu.

Datuk Moktah tergelak kecil. Rambut gadis itu diusap berulang kali sebelum keningnya berkerut teringatkan sesuatu. "Dari tadi, papa tak nampak Fasha pun. Fasha tak ikut Ida ke?"

Kalida meleraikan pelukan itu. Bingkas kepala digeleng. "Tak..." Reaksi wajah Kalida turut berubah membuatkan Datuk Moktah sedikit kehairanan.

"Kenapa Fasha tak ikut Ida?"

"Kaa... Kak Fasha tidur tadi. Hah! Dia tidur tadi. Jadi Ida tak sampai hati nak kejutkan dia." Kalida pura-pura tersengih. Dalam hati, dia sudah meronta-ronta supaya dapat keluar daripada kemelut ini.

Datuk Moktah seperti dapat menghidu sesuatu. Dari raut wajah Kalida, dia sudah dapat meneka. "Jujur dengan papa, Ida... Kenapa Fasha tak ikut Ida datang sini?" Tidak yakin dengan jawapan Kalida, Datuk Moktah menyoal semula.

Kalida kelihatan seperti hilang kata. Masih terngiang-ngiang apa yang didengarinya pagi tadi. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan supaya perempuan itu bebas mencari kebahagiannya sendiri.

Dia buntu...

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now