Bab 5

14.1K 481 16
                                    

Terasa sakit di setiap anggota badan memaksa Fasha untuk membuka kelopak mata. Kepala berasa begitu berat sekali. Semalaman dia tidur di atas lantai tanpa sebarang pelapik. Mahu tak sakit. Hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya.

Nur Fasha meliarkan matanya. Di manakah dia? Fikiran mula mengimbas kembali kejadian semalam. Biji matanya membulat. Lorong gelap pastu pengsan. Dia yakin yang dia kena diculik. Tak... Mungkin!

Fasha cuba berdiri namun gagal akibat kaki dan tanganya diikat dengan tali. Sakit mula menjalar di lengan kecilnya. Tubir mata sudah dipenuhi dengan air jernih.

"Hello sayang!"

Sapaan itu membuatkan Fasha tersentak hebat. Seakan-akan mengenali suara garau itu, Fasha berpaling ke belakang.

"Is... Iskandar?"

Fasha tergamam. Memang tepat tekaannya! Walau bagaimanapun, dia tetap terkejut beruk. Reaksi wajah memang tidak dapat dikawal lagi. Bibirnya yang sedikit terbuka mula bergigil-gigil halus.

Kenapa Iskandar sanggup melakukan begini terhadap dirinya? Apa salah dia? Apa yang telah dia lakukan sampai Iskandar menculiknya? Ke Iskandar nak buat kejutan? Bermacam-macam soalan bermain di kotak fikirannya.

Dia tak tahu

"Kau terkejut ke, kawan baik?" Iskandar tergelak kuat selepas menyudahkan kata-katanya sebentar tadi.

Entah apa yang mengelikan hati, Fasha tak pasti. Gadis itu masih menguncikn mulut. Terangat-angkat kepalanya memandang Iskandar.

"Aku cakap dengan kau ni! Dengar tak?!" Iskandar bersuara kuat secara tiba-tiba. Giginya diketap menahan geram yang berbuku di hati.

Bahu Fasha terhinjut dek suara lelaki itu yang kuat. Hampir luruh jantungnya tadi. "De... dengar..."

"Kau tak takut ke?" Iskandar menukar ton suaranya. "Aku tengah culik kau ni..." Lantas dia mengukir senyuman sinis.

"Ta... takut..." Tersekat-sekat Fasha menjawab. Baik Fasha berkata apa saja, asalkan dia tidak dijerkah oleh lelaki itu.

"Kau tak nak tahu kenapa aku culik kau?" Iskandar masih seperti tadi, berdiri tegak di hadapan 'kawan baiknya.' Sesekali dia melangkah kecil.

Fasha mengangguk perlahan. Hatinya ingin sangat tahu. Tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Malah, dia sangat berharap ini hanyalah gurauan daripada Iskandar.

"Aku rindu kau, sayang..."

Mata Fasha bersinar tak percaya. Hatinya seolah terkuis rasa bahagia. "Betul ke apa yang kau cakap ni?" Berkelip-kelip mata Fasha meminta kepastian yang dia sendiri tidak tahu.

"Hahahaha! Aku culik kau sebab aku nak buat kau meranalah, sial!" Tajam matanya menikam anak mata Fasha. Tiada langsung secubit simpati di hatinya kini. Hanya tinggal kesan sakit, perit, pilu yang kian mendalam. Tunggu masa untuk diubati saja.

Laju Fasha menggeleng. Baginya, ini semua mimpi ngeri yang dia patut lalui sekarang. Sudah sewel ke Iskandar? "Aaa.. apa yang kau mengarut ni?"

Iskandar mencangkung di hadapan Fasha. Kemudian rambut panjang milik Fasha ditariknya sampai gadis itu terdongak ke atas. Perit.

"Argh! Saa... sakit Iskandar." Fasha menumpahkan air matanya. Terkejut dengan tindakan berani Iskandar. Di sudut hati, dia masih berharap agar ini semua hanya mimpi. "Is... Iskandar..."

"Mana ada sakit, sayang..." Bagaikan dirasuk, Iskandar memuntahkan ayat. Suaranya masih lembut. Sangat lembut tapi sangat menyakitkan hati. Itu yang dia mahu.

Terketar-ketar tubuh Fasha. Menahan rasa sakit pada kulit kepalanya. Tidak sangka begini kesudahan hubungan persahabatan mereka. "Le... lepas..." Fasha tercungap mencari nafas.

"Bodoh! Ingat aku senang-senang nak lepaskan kau!" Buat kali kedua, Iskandar menengking tanpa perasaan.

"Kenapa kaa... kau nak aku merana? Aa... apa yang aku buat?" Saat Iskandar melepaskan genggaman, wajah Fasha terkerut-kerut menahan rasa sakit. Gadis itu mengemam bibir.

"Kau tak salah cuma..." Iskandar mengusap lembut rambut Fasha membuatkan gadis itu tidak senang duduk. "...ayah ibu kau yang salah."

Ternganga mulut Fasha ketika itu lalu dengan cepat reaksi wajahnya dikawal. "Tapi aa... apa ibu ayah aku bu... buat dekat kau?"

"Orang tua kau tu dah buat hidup aku dengan mak aku derita," dengan cepat Iskandar menjawab pertanyaan Fasha yang sedang menahan esakan.

"Aa... apa kau caa... cakap?" soal Fasha lagi selepas mendengar jawapan Iskandar. Matanya membulat lagi tanpa disedari. Dia tak percaya!

"Orang tua kau yang tak guna tu dah langgar bapak aku sampai mati. Sampai mati!" Iskandar tarik nafas berat. "Sebabkan bapak aku dah mati, aku dengan mak aku hidup merempat, kau tahu?" Iskandar cuba membawa diri bertenang.

Fasha benar-benar tidak percaya dengan bicara Iskandar. Tak mungkin ibu dan ayahnya sanggup berbuat demikian. Kalau betul, kenapa ibu dan ayahnya tidak ditangkap oleh pihak polis?

"Aku ta... tak percaya, kau re... reka ceritakan?" Dengan perasaan takut, Fasha bersuara. Berharap agar semua ini rekaan serta-merta.

"Kalau kau tak percaya, kau pergi la tanya orang tua kau yang dah mati tu." Iskandar tersenyum sinis. "Kau nak tahu tak sebab apa orang tua kau yang tak guna tu mati?"

Fasha mengerutkan kening diiringi air mata yang rancak meneruni pipi. "Macam mana kau..."

"... aku yang rancang kemalangan tu." Buat kali ke berapa entah, Iskandar mengulas senyuman sinis. Memang teramat sinis. "Dan paling penting, aku yang rosakkan brek kereta orang tua kau." Sudah terang lagi bersuluh, kemenangan memihak kepada Iskandar tika ini.

"Ka... kau..." Fasha tidak mampu meneruskan kata. Malah, tangisannya semakin kuat memenuhi ruang dalam bilik itu. Sempat dia melirik ke arah Iskandar yang langsung tidak berasa bersalah. Inikah kawan baiknya satu ketika dulu?

"Jangan sedih sangat, sayang."

"Kau memang lelaki tak guna la Iskandar! Setan pun tak perangai macam kau la. Dasar iblis!" Fasha memaki hamun Iskandar. Entah dari mana dia perolehi keberanian pun dia tidak tahu. Tiada kesabaran lagi di dalam dirinya.

Fasha cuba menampar muka Iskandar namun dia lupa tangannya diikat kemas oleh tali membuatkan niatnya itu terbantut. Semakin perit pegelangan tangannya.

Tanpa membalas, Iskandar berdiri tegak. Hoodie hitam yang tersarung di tubuh dibetulkan. Ada banyak kerja lagi yang dia harus lakukan. Sejurus itu, dia berjalan keluar dari bilik itu.

Nur Fasha menagis teresak-esak. Dia tidak menyangkakan bahawa lelaki itu sanggup buat sebegitu terhadap ibu dan ayahnya. Kejam! Sangat kejam! Banyak kejutan yang dia perolehi pada hari ini.

Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Iskandar. Adakah ini lipatan takdir buat dirinya?

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now