Bab 12

13K 384 11
                                    

Suara kuat Iskandar menyentakkan Fasha dan Gina yang sedang 'bergusti' di ruang tamu. Mereka berpaling muka memandang wajah Iskandar. Tegang!

"Apa kau buat ni Fasha?!" Tertahan-tahan suara Iskandar. Mata mencerlung tajam ke wajah Fasha. Seketika dia memandang Gina yang sedang menahan sakit.

"Aku..." Fasha telan liur. Dalam hati, dia sedang berdoa. Kepala digeleng kecil sebelum ditundukkan, menatap lantai. Takut direnung sebegitu. Walhal itu bukan salahnya!

"Argh! Sakit!" Gina tiba-tiba mencelah. Dia mahu mencari simpati Iskandar. Matanya terpejam-pejam menahan sakit. Dalam masa sama, dia mempunyai muslihat tersendiri.

Iskandar menukar pandangan. Bingkas dia merapati perempuan itu. "Kau okey ke tak ni?" Melihat Gina tidak menjawap apa-apa, Iskandar terus mencempung perempuan itu naik ke tingkat atas. Dalam diam, perempuan itu senyum ejek.

"Kau jangan pergi mana-mana. Tunggu sini." Sempat Iskandar berpesan sebelum menaiki anak tangga.

Fasha kunci mulut. Situasi sekarang dia hanya mampu berdoa. Jari-jemari bertaut antara satu sama lain. Dia cuba membawa diri bertenang. Padahal dalam hati sudah tergigil-gigil memikirkan apa yang akan berlaku.

"Awak..."

Fasha berhenti bermain jari. Kening berkerut penuh tanda tanya. Suara siapa tadi? Pada pengetahuannya, mereka bertiga saja yang tinggal di rumah banglo ni.

"Are you okay, miss?"

Sekali lagi suara lembut itu menyapa. Tanpa teragak-agak Fasha mengalihkan badan. Mahu melihat gerangan suara lembut yang tidak henti-henti ingin mengetahui keadaannya sekarang. "Iya? Awak siapa?"

Gadis itu senyum. "Kalida, adik Iskandar. And awak siapa?" Kening Kalida terangkat menanti jawapan. Dia hairan melihat perempuan-perempuan yang ada di dalam rumah abangnya. Pelik.

Fasha mengangguk lambat. Adik Iskandar? Sejak bila Iskandar ada adik? "Fasha, kaa... kawan Iskandar."

Selepas bersuara, Fasha telan liur. Kawan? Hahahah! Iskandar langsung tidak anggap dia sebagai seorang kawan. Apatah lagi layan dia seperti seorang kawan. Ianya jauh sama sekali.

"Yang tadi tu siapa?" Kalida bertanya lagi.

"Gina." Dengan senyuman, Fasha menjawab. Di lubuk hati rasa panas saat menyebut nama Gina. Tahu-tahu ajelah sebab apa. Menyampah!

Kalida mengangguk mengerti. Tapi dia tidak tahu kenapa perempuan-perempuan ini tinggal di sini. "Saya naik dulu." Kalida membalas senyuman Fasha. Dia sudah buat keputusan untuk tanya hal itu kepada abangnya nanti. Kemudian anak tangga dirapati Kalida.

Fasha cuma menghantar kelibat Kalida dengan ekor mata. Selepas beberapa minit, Iskandar meneruni anak tangga dengan wajah bengis. Fasha terkelip takut.

Pang!

Tanpa kata, pipi Fasha ditampar kuat oleh Iskandar. Secara spontan kepala perempuan itu terteleng ke tepi. Fasha menahan air mata. Malah, cuba menafikan kehadiran air jernih itu.

Tangan Fasha terus ditarik mengikut langkah Iskandar menaiki anak tangga. Fasha cuba menarik tangannya, namun gagal. "Iskandar..." Seperti tidak berdaya Fasha merayu. Dia penat menghadap sikap lelaki itu.

Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam bilik, tubuh Fasha ditolak kasar menghempas ke katil. Badan Fasha tertahan-tahan rasa sakit. Tolakkan itu terlampau kuat baginya.

Iskandar pergi ke arah meja sebelum kembali mendekati Fasha. Tangan lelaki itu memegang sesuatu. Fasha cuba bangun dari terbaring terus, tapi dia tidak mampu bangun saat Iskandar mula mengikat pegelangan tangannya di tiang katil.

"Iskandar... apa yang kau nak buat ni?" Fasha menarik tangannya. Namun ikatan itu terlampau kuat. Kesan-kesan merah sudah menjalar di situ. Fasha sudah kering dengan air mata.

Selepas selesai, Iskandar senyum sinis. iPhonenya pantas dikeluarkan dari kocek seluar. Dia membuat satu panggilan. "Now..."

Fasha kebil-kebil memandang Iskandar. Dia sudah naik penat untuk memeronta. Kepala Fasha diangkat sedikit saat pintu bilik dikuak dari luar.

"Siapkan kerja korang." Iskandar mengerling sekilas ke arah Fasha. Dalam hati, dia rasa sesuatu. Tapi dia tidak peduli. Selepas memberi isyarat kepada ketiga-tiga anak buahnya, Iskandar berlalu keluar. Pintu ditutup rapat.

Ketiga-tiga anak buah Iskandar tersenyum miang. Masing-masing merapati Fasha yang terkulat-kulat memahami keadaan sekarang. "Aaa... apa korang nak?"

"Abang nak temankan adiklah." Salah seorang menjawab soalan Fasha. Mereka bertiga sudah membuka baju, tapi tidak disedari Fasha.

Fasha menggeleng berkali-kali. Sebabkan ikatan di pegelangan tangannya, dia tidak mampu untuk melarikan diri dari sini. "Jangan apa-apakan aku!" Fasha memberi amaran dengan suara kuatnya.

"Jangan marah-marah adik manis. Abang cuma buat kerja saja." Seorang dari anak buah Iskandar mula naik menindih tubuh Fasha. Dengan berani pipi Fasha dielus lembut. Perempuan itu kelihatan sungguh cantik di mata mereka. Tidak sia-sia!

"Lepaskan aku!" Fasha meronta-ronta. Minta untuk dilepaskan. Cuba ditolak dada lelaki itu supaya menjauh.

"Kau ni sial!" Lelaki itu mula begang. Tindakan Fasha telah mencabar kesabaran lelaki itu. Rambut Fasha dicengkamnya kuat. Dia lepas kemudian pipi Fasha ditampar.

Fasha sudah tidak berdaya. Kepalanya terteleng ke tepi. Terpejam-pejam matanya menahan rasa sakit. Dia tidak mampu lagi untuk berlawan. Darah perlahan-lahan keluar di hujung bibirnya. Sakit...

"Woi! Korang buat apa dalam bilik ni?" Seseorang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam bilik itu. Dengan beraninya, dia mendekati tiga orang lelaki yang tidak dikenalinya. Lain tak bukan ini mesti kerja gila Iskandar.

Fasha cuba melihat pemilik suara sebelum matanya terpejam rapat. Gadis itu ialah adik Iskandar.

Kalida begang. Dia terus menghalau tiga orang lelaki itu. "Keluar! Aku cakap keluar! Jangan sampai aku report polis." Walaupun hatinya sedikit getar, tapi dia tetap memberanikan diri. Kalida tahu mereka tidak akan berani untuk menyakitinya.

"Jomlah cau," ujar salah seorang dari mereka. Mereka kalut-kalut mengambil baju yang berselerak di atas lantai dan keluar dari dalam bilik.

Selimut dicengkam kuat sebelum ditarik menutupi tubuh yang masih bergigil. Kepala tersandar lemah di kepala katil. Air mata kering di pipi, langsung tiada niat untuk dibasuh.

Bersyukur gadis itu telah menyelamatkannya. Selepas Fasha terjaga tadi, Kalida sudah tiada dalam bilik. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaannya tika ini. Kali ini, maruahnya terselamat.

DENDAM MR DEVILNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ