Bab 104 - Tamat

3.3K 109 3
                                    

"Cantiknya mummy!" Berkelip-kelip mata Sofea melihat mummynya yang sudah bersiap berdandan itu. Dari atas sampai ke bawah dia memandang Kalida. Macam princess!

"Sofea, please... Mummy dah tahu semua tu." Kalida tersenyum bangga sambil melihat wajah comel sofea melalui pantulan cermin. Lipstick jenama Maybelline dicalit sedikit di bibir mungilnya.

Sofea mengecilkan mata tak puas hati. "Eyy, mummy ni! Sofea puji sikit je tau." Sofea duduk di birai katil. Betul-betul belakang kerusi yang diduduki oleh Kalida. "Mummy kenapa mummy suka kesayangan mummy tu?"

Mendengar soalan Sofea, Kalida berpaling ke belakang sekali dengan kerusinya. Dia memandang Sofea. Budak kecil itu cantik dengan baju kurungnya. "Kesayangan mummy? Syafiq Adam?"

Sofea mengangguk.

"Sebab mummy suka dia lah."

"Eyy, Sofea tahu la mummy suka dia. Tapi sebab apa? Sebab dia comel ke mummy?"

Satu senyuman lebar terbit di bibir Kalida. Amboi, soalan budak ni kemain aih. "Sebab dia baik. Handsome. Comel. Kacak. Tampan. Apa lagi eh. Hmm... Mungkin sebab dia Syafiq Adam. Sebab tu mummy suka dia."

Sofea yang mendengar tu hanya mengangguk malas. Wajah Sofea kelihatan seperti langsung tidak gembira. "Mummy... Nanti mummy dah kahwin, mesti mummy tinggalkan Sofea kan?" Suara Sofea sudah perlahan pada hujung ayat. Suara itu sedang tertahan-tahan.

"Sofea, hey... Mummy takkan tinggalkan Sofea lah." Kalida bangun dan mendekati Sofea yang sedang menunduk. Budak kecil itu memandang lantai.

"Mummy sayang Sofea. Takkan mummy nak tinggalkan Sofea pula." Kalida dalam nada memujuk. Dia duduk di sebelah Sofea. Bahu anak kecil itu dipauk lembut.

"Sofea pun sayang mummy." Air mata Sofea sudah tidak dapat ditahan lagi. Laju air mata itu jatuh ke pipi. Habis basah baju kurungnya.

"Jangan nangis, Sofea sayang. Kan dah basah baju cantik Sofea." Kalida bangun dan duduk mencangkung di hadapan Sofea walaupun sukar. Air mata anak kecil itu diseka dengan ibu jari.

Satu senyuman nipis terbit di bibir Kalida. Sayang betul dekat mummy dia yang cantik dan bergaya ni. Rambut Sofea yang menutupi mata ditolak ke tepi telinga. "Tengok, kan dah tak comel Sofea kesayangan mummy ni."

"Semua salah mummy. Kan Sofea dah tak comel sekarang." Sofea tetap mahu bersuara walaupun air matanya masih lebat.

"Amboi, mummy juga kena eh. Dah sayang. Jangan nangis." Kalida memeluk Sofea. Belakang Sofea ditepuk-tepuk lembut. Orang lain yang nak tunang, orang lain pula yang nangis.

Kalida masih tersenyum nipis sebelum nafas ditarik dalam-dalam. Dia memandang jari runcingnya yang bakal disarungkan dengan cincin. Senyumannya semakin lebar.

"Ida..." Fasha masuk ke dalam bilik. Dia cantik berbaju kurung modern. Hari ini, meraka sekeluarga memakai baju sendondon berwarna pink rose. "Rombongan dah sampai. Ida siap sedia tau."

Kalida hanya mengangguk. Jantungnya sudah berdegup kencang. Sekali lagi, nafasnya ditarik lama. Semoga Allah permudahkan uruskan kita.

Pada hari istimewa ini, pihak keluarga lelaki membawa lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak keluarga perempuan berserta dua cincin pertunangan untuk dipakai sesama mereka.

Di tingkat bawah, kedua-dua pihak sedang sibuk bertukar-tukar pantun. Jurucakap turut membantu melancarkan perbincangan antara kedua-dua pihak.

Perahu kolek ke hilir tanjung,
Sarat bermuat tali temali.
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai ke mari?

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now