Bab 64

5.6K 217 30
                                    

"Petang ni awak nak saya masak ke?" tanya Fasha sambil menuntup pintu bilik pakaian. Iskandar yang sibuk mengetatkan tali leher dipandang dengan segaris senyuman. Sibuk sangat dia ya.

"Tak payah masak. Saya balik lewat." Usai memakai tali leher, Iskandar berpaling ke belakang. "Tolong abang kejap."

"Tolong apa?"

"Betulkan kolar baju abang."

Teragak-agak Fasha berjalan. "Kejap bahasakan diri saya. Kejap abang. Hisy, yang mana satu ni awak?" Fasha bertanya dengan nada tak puas hati. Habis terkumat-kamit bibir kecil itu.

"Awak nak panggil saya apa? Abang? Hubby? Baby? Atau anje?" Iskandar kenyit mata di hujung kata. Terdongak sedikit kepalanya saat Fasha mula menyentuh kolar bajunya.

"Abang." Fasha membetulkan kolar baju kemeja milik Iskandar. Kakinya terjengket-jengket supaya menyamai paras tinggi lelaki itu.

Anje? Eyy, mengada!

"Kenapa tak panggil anje?" Wajah Iskandar bertukar simpati. Jarinya bermain-main dengan pinggang Fasha sebelum satu jarinya tercucuk di situ.

"Oh abang anje sayang." Kata-kata itu terkeluar tanpa sengaja. Lekas Fasha menekup mulutnya. Dia melatah? Se... sejak bila ni?

Huwaaa! Malunya!

"Apa awak cakap? Abang anje sayang? Ulang balik boleh? Abang tak dengar la." Iskandar mengusik lagi. Terkejut juga dia mendengar perempuan itu melatah. Selamat tak keluar perkataan yang pelik-pelik.

"Eyy! Saja nak sakat orang." Fasha tarik nafas geram. Sambil itu, dia mengguraikan rangkulan erat Iskandar di pinggangnya sebelum...

Buk!

Dada Iskandar ditumbuk kuat oleh Fasha. Perempuan itu terus berlari keluar saat wajah Iskandar bertukar kerut. Tahan sakit mungkin.

Aaaaa, padan muka!

"Fasha!" Iskandar kecilkan mata. Berlapis dahinya menahan tumbukan manja itu.

Makin berani!

"Drive elok-elok awak." Fasha berdiri di pintu utama. Masih takut mahu mendekati Iskandar. Maklumlah dia buat hal tadi. Hehe, kita tak sengaja la.

"Amboi, takut sangat sampai lupa nak salam kita ya." Iskandar bersuara lantang dari dalam kereta. Sekali hon ditekan bertalu-talu. Masih menunggu kehadiran isteri terchenta. Acewah.

"Bisinglah awak ni." Fasha masih tak bergerak. Dia kaku dan takut. Ya, dia takut dengan Iskandar.

"Cepat salam! Abang tengah tunggu ni." Iskandar terus memaksa. Dia menahan tawa yang sudah mahu terhembur keluar. Ha, tahu takut!

Tergeleng-geleng kepala Fasha tak mahu. Setengah tubuhnya sudah tersorok di belakang pintu utama. "Pergi ofis cepat. Nanti papa marah." Fasha masih berdegil. Fuh, tak sanggup.

"Yang tengah marah sekarang ni abang bukan papa." Iskandar turut tak mahu mengalah. Dia tergelak melihat kepala Fasha terjengul-jengul di muka pintu. Tadi berani sangat.

"Abang cepatlah pergi ofis. Nanti lewat."

Iskandar jeling jam tangannya. Dia merengus tak puas hati. Betul, dia sudah lewat. "Tunggu abang balik ya sayang." Iskandar bersuara dengan maksud tersirat. Kereta Audi itu mula meninggalkan perkarangan rumah.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now