Bab 101

2.9K 134 1
                                    

Sejak awal pagi, Iskandar sudah terpacak di dapur. Lelaki itu sibuk menyediakan sarapan. Sudah masuk seminggu dia tidak ke office dan lebih memilih untuk menemani Fasha di rumah.

Tangannya mula menyenduk nasi goreng ke dalam mangkuk kaca sebelum dibawa ke meja makan. Dua pinggan kaca turut dibawa bersama. Dia dan Fasha hanya tinggal berdua di dalam rumah ini.

Fasha sudah selesai mandi dan lantas mengemas katil dengan rapi. Perempuan itu masih seperti selalu. Kurang ceria. Seminggu Fasha terperuk di dalam bilik dan seminggu juga dia tidak keluar dari rumah.

Fasha keluar dari bilik saat tersedar Iskandar tiada di dalam bilik. Lelaki itu ke mana dia sendiri tidak tahu. Mungkin ke office.

Fasha memijak anak tangga dengan perlahan. Perut dia berbunyi. Ya, dia lapar. Dengan lembut, perutnya diusap. Sewaktu memijak anak tangga terakhir, langkahnya terhenti. Dia perasan ada seseorang di dapur.

Fasha meneruskan langkahnya ke dapur sebelum terpana melihat Iskandar yang menyiapkan sarapan. Lelaki itu sedang sibuk membancuh air.

Dari jarak yang tidak jauh, Fasha memerhati Iskandar. Sejak Kalida pergi ke luar negara, Fasha langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Isteri. Dia terlalu karam dengan perasaannya sendiri.

Tanpa sedar, Fasha juga selalu mengabaikan Iskandar. Apabila Iskandar menyoal sesuatu, dia lebih memilih untuk membisukan diri. Kalau ada mood, baru dia menjawab. Itu pun hanya sepatah dua patah sahaja jawapannya.

Entah kenapa dia berasa kurang selesa apabila berada berdekatan dengan Iskandar. Dia tidak tahu.

Iskandar masuk ke dalam bilik tidur. Matanya mencari kelibat Fasha. Kedengaran kuat bunyi air dari bilik air, tanda ada seseorang di dalam. Lelaki itu baringkan badan ke atas. Penat seharian buat kerja rumah.

Selesai membuang air kecil, Fasha keluar dari bilik air. Sebaik mengangkat wajah, kelibat Iskandar memenuhi pandangannya. Fasha senyum nipis walaupun hatinya berasa tidak selesa.

Fasha tutup lampu bilik dan terus mendekatkan diri dengan katil sebelum dia juga membaringkan diri di situ. Tak sampai beberapa saat, suara Iskandar kedengaran.

"Kenapa tadi abang panggil sayang, sayang buat don't know dekat abang?" Iskandar menyoal tidak puas hati. Dia perasan, sejak Kalida pergi Fasha sedikit berubah. Bukan sedikit tapi banyak. Perempuan itu lebih suka mendiamkan diri.

Fasha toleh ke arah Iskandar sekilas sebelum dia menjawab, "Saya tak perasan." Tanpa rasa bersalah, Fasha membalas. Bukannya dia tak perasan, tapi dia sengaja. Entah kenapa dia betul-betul rasa malas untuk berbual dengan Iskandar pada saat ini.

"Tipu. Sayang tipu."

"Saya mengantuk, saya nak tidur. Esok kita sembang lain." Fasha membantutkan niat Iskandar untuk berbual dengan lebih lama.

Iskandar hanya akur dengan permintaan Fasha. Walaupun dia agak terkilan. Ini bukannya kali pertama. Hampir berkali-kali juga Fasha tolak untuk bercakap dengannya. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin perempuan itu masih tidak boleh memaafkannya.

Ya, tak apa. Dia faham dan sangat faham.

Pada esok pagi, Fasha masih seperti semalam. Langsung tidak mahu bersuara.  Cakap pun acuh tidak acuh sahaja.

Iskandar masih setia seperti selalu. Melayan Fasha dengan baik. Siapkan kerja rumah. Sediakan sarapan, makan siang dan makan malam. Kadang-kadang dia order grabfood. Kadang-kadang dia suruh mak Senah masakan.

Itulah rutin harian Iskandar sejak Kalida tiada. Kalau nasibnya baik, Fasha akan melayannya dengan baik.

"Fasha..." Suara Iskandar mengejutkan Fasha yang sedang mengelamun. Lelaki itu memandangnya.

"Morning, sayang..." Iskandar tersenyum manis. Jarang isterinya itu mahu turun makan di bawah. Selalunya kena paksa dulu, baru mahu turun makan. Hatinya bahagia melihat Fasha.

"Awal awak bangun." Fasha bersuara sebelum dia menghampiri Iskandar dan duduk di atas kerusi. Hatinya berdebar-debar saat Iskandar mendekati meja makan dan duduk berhadapan dengannya.

"Sayang bangun lewat sangat." Iskandar menghulurkan nasi goreng kepada Fasha yang masih kaku tak bergerak. Lambat-lambat nasi goreng itu bertukar tangan.

Fasha menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Iskandar masih setia memerhatikan gerak-geri Fasha. Lelaki itu memandangnya dengan penuh minat. "Kenapa awak tak makan?" soal Fasha. Dia kurang selesa apabila diperhatikan sebegitu rupa oleh Iskandar.

Tengok macam nak telan kita hidup-hidup.

Selamat dah pagi.

"Saja. Sedap ke abang masak? Mestilah sedapkan. Okay, thanks." Belum sempat Fasha bersuara, Iskandar sudah menjawab terlebih dahulu. Bahagia tambah semangat.

Lantas Iskandar mengambil sudu dan menyuap nasi gorengnya ke dalam mulut. Kepalanya terangguk-angguk kecil seperti setuju dengan kata-kata sendiri.

Not bad.

Fasha yang melihat itu hanya mengecilkan matanya. Masuk bakul angkat sendiri!

Mereka berdua tidak bersuara malah lebih memilih untuk menikmati sarapan yang dibuat oleh Iskandar. Hanya bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan kaca sahaja yang kedengaran jelas.

Selepas selesai makan, Fasha mengutip semua pinggan kaca di atas meja. Iskandar juga sudah selesai makan dan lebih memilih untuk memerhatikan Fasha. Dia masih keras di kerusi makan. Dia tahu, hari ini mood Fasha baik. Sangat-sangat baik.

"Kenapa awak tengok saya macam tu?" tegur Fasha apabila sudah tidak tahan dengan pandangan liar Iskandar. Mata tak reti jaga! Dia sudah selesai membasuh pinggan.

"Mana ada abang tengok Fasha. Abang tengok anak kita," jawab Iskandar sambil menunjukkan jarinya ke arah perut Fasha.

Fasha yang mendengar jawapan itu terus menutup perutnya dengan kedua-dua tangannya. Apa tengok tengok perut orang pula ni. "Ish, awak ni!"

"Can you stop calling me, 'awak'? I'm your husband, Fasha." Kali ini, suara Iskandar sedikit tegas dan dalam. Agak menjengkelkan apabila dia mendengar perkataan itu setiap hari.

Fasha telan air liur. Dia sedar salahnya. "Saa... Saya minta maaf awak... Aaa... Abang. Saya minta maaf."

Iskandar menarik nafas panjang. Dia bangun dan mendekati Fasha sebelum perempuan itu dipeluk. "You should call me 'abang'. Not 'awak', sayang."

Fasha kaku di dalam pelukan Iskandar. Lambat-lambat dia membalas pelukan suaminya. Air jernih mula bertakung di kolam mata. Tak lama kemudian, Fasha menangis.

Dada Iskandar sudah basah dengan air mata Fasha. "Hey, kenapa nangis pula ni? Abang tak marah sayang lah. Abang cuma cakap. Bukan marah." Iskandar dalam nada memujuk. Sejak kebelakangan ini, Isterinya memang suka menangis. Kalah baby tau.

"Hey sayang..."

Lengan Fasha digenggam lembut. Iskandar menjarakkan sedikit kedudukannya dengan Fasha. Dia cuba melihat wajah Fasha yang sudah basah dengan air mata. Wajah isterinya sembam.

"Stop nangis, sayang..." Ibu jari Iskandar naik menyeka air mata Fasha. Lagi dipujuk, lagi kuat dia nangis! "Habislah abang. Nanti baby keluar mesti dia tak nak kawan dengan abang sebab banyak kali buat sayang nangis."

Kata-kata Iskandar membuatkan Fasha terfikir sejenak. Tapi air mata Fasha masih laju menitis.

Rambut Fasha diusap sekilas dengan keluhan panjang. "Nangis jelah sayang, abang tak tahu nak buat apa lagi." Sekali lagi, Iskandar menarik Fasha ke dalam dakapannya. Sudah putus asa mahu memujuk.

Tak apa, nangis je puas-puas.

"Saya minta maaf sebab layan abang macam abang tak wujud." Fasha bersuara perlahan-lahan. Suaminya itu masih dipeluk erat. Perasaan bersalahnya masih bersarang di hati.

Iskandar tersenyum nipis. "It's okay, sayang. Abang tak kisah pun. Bukan senangkan sayang nak maafkan abang."

"Saya minta maaf..."

DENDAM MR DEVILDove le storie prendono vita. Scoprilo ora