Bab 77

5.2K 270 61
                                    

"Harga semua barang termasuk ais krim yang Nana pegang tu, semuanya RM 20, mak cik." Fasha memberitahu harga semua barang yang dibeli oleh mak cik itu dengan segaris senyuman. Dua keping duit 10 ringgit bertukar tangan.

"Terima kasih, mak cik. Nanti datang lagi ya." Fasha memaniskan wajah saat menghantar kelibat mak cik itu keluar dari kedai runcit itu. Nana, cucu kepada mak cik itu buat dia lagi tersenyum lebar. Comel!

"Nanti datang lagi tau Nana."

Nana mengangguk suka. "Okey kak cantik!" Nana melambai-lambaikan tangannya sambil mengikuti langkah neneknya yang semakin menjauh.

"Tata!"

Fasha menyambung kerjanya semula. Barang-barang keperluan seharian yang masih di dalam kotak dikeluarkan satu per satu dan disusun kemas di rak yang kosong. Sesekali dia menyeka air peluh yang merintik di dahi. Cuaca pada hari ini sangat panas berbanding dengan hari kelmarin.

"Assalamualaikum..."

Fasha tersentak mendengar salam itu. Dia lantas berpaling sebelum pandangannya disapa oleh seseorang yang agak janggal baginya. "Waa... waalaikummusalam." Fasha membalas senyuman lelaki itu dengan senyuman kekok. Dia berasa sedikit tidak selesa.

"Fasha sihat?" Idham memulakan perbualan. Tanpa perlu meminta kebenaran perempuan itu, dia turut menyusun barang-barang itu ke rak.

"Alhamdulillah, saya sihat aje. Awak tak payah susah-susah tolong saya. Saya boleh je buat semua ni. Sikit je lagi ni." Fasha cuba menghalang lelaki itu. Dia tidak senang hati membiarkan lelaki itu membantu melakukan kerjanya.

Idham masih berkeras untuk menolong. "Tak susahkan saya pun. Saya ikhlas tolong awak."

Fasha hanya mengeluh dalam diam. Lagi orang halang, lagi degil dia nak tolong.

"Awak seronok duduk sini?" Selepas beberapa minit diam, Idham menyoal lagi. Entah kenapa dia suka mendengar suara perempuan itu.

Lambat-lambat Fasha anggukan kepala sebagai jawapan. Tangannya masih sibuk menyusun barang. Di jauh sudut hati, dia mahu saja mengusir lelaki itu dari sini.

"Hari itu, saya ada janji nak bawa awak pusing-pusing satu kampung, kan?" Sekilas Idham menjeling wajah manis perempuan itu. Dalam diam, dia sembunyikan senyuman.

Fasha agak terkaku mendengar bicara Idham. Sejujurnya, dia langsung tidak ingat tentang janji yang entah bila lelaki itu lafazkan.

"Awak tak ingat?" Melihat Fasha terdiam, Idham dapat mengagak.

Fasha menggeleng perlahan. Dia rasa bersalah apabila melihat wajah Idham yang kelihatan sedikit berubah selepas mendapatkan jawapan daripadanya.

"Tak apa kalau awak tak ingat sebelum ni. Yang penting sekarang ni awak dah ingat janji tu." Idham tersengih sendiri.

Fasha turut buat-buat ketawa. "Ya... ya..." Hakikatnya, dia terang-terang nampak seperti tidak berminat dengan janji itu.

"Awak habis kerja pukul berapa?"

"Pukul 4." Selepas selesai menyusun barang, Fasha bangun dan kembali ke kaunter pembayaran di dalam kedai itu. Idham turut mengikut dari belakang.

Idham anggukan kepala perlahan sebelum dia mengajukan soalan lagi. "Selepas habis kerja, awak ada waktu lapang tak?"

Fasha berkira-kira sendiri. Dalam hati, dia berdoa supaya lelaki ini berhenti untuk mengajaknya. Dia tak tahu ke aku ni bini orang. Desis Fasha tidak senang.

"Kalau awak tak sibuk, saya nak ajak awak makan cendol dekat hujung kampung tu. Sepupu saya cakap cendol tu sedap. Bolehlah kita cuba makan petang ni."

Fasha masih tidak bersuara. Membiar lama lelaki itu menantikan jawapan, akhirnya dia bersuara terpaksa. "Saya sibuklah petang ni. Awak ajak orang lain jelah."

Idham terdiam sendiri. Dia tahu yang perempuan itu sengaja menolak ajakannya itu. Tadi dia ada singgah di rumah Puan Sakinah dan membicarakan hasratnya untuk membawa Fasha pusing-pusing satu kampung. Puan Sakinah hanya bersetuju dan menyuruhnya bertanya terus kepada tuan badan. "Hurm... Tak apalah kalau macam tu."

Fasha diserbu dengan perasaan bersalah. Tiada niat dia mahu menyakitkan hati lelaki itu. "Saa... saya rasa esok petang saya tak sibuk. Jadi, esok petang jelah kita pergi kedai cendol tu." Fasha beri cadangan walaupun hatinya berat untuk keluar berdua-duaan dengan lelaki itu.

Idham yang tadi hanya menunduk terus mengangkat wajah. Satu senyum tergaris di bibir. "Betul ke ni, awak? Esok petang?"

Lambat-lambat Fasha angguk kepala. "Iya... Esok petang."

"Okey!"

Iskandar menjejak kaki ke dapur untuk menghilangkan haus sebelum bahunya ditepuk lembut oleh seseorang. Dia lantas berpaling dengan segelas air sejuk di tangan.

"Kenapa tak tidur lagi, Is?" Datin Zarina menyoal. Dia juga ke dapur dengan niat yang sama.

Iskandar meneguk air sejuk itu sekilas sebelum menjawab soalan itu. "Is tak boleh tidurlah ma." Iskandar melepaskan keluhan panjang. Otaknya serabut tika ini.

"Kenapa?" Datin Zarina jatuhkan punggung ke atas kerusi. Duduk berhadapan dengan anak lelakinya itu. Wajah lelaki itu kelihatan agak gusar.

"Entahlah ma. Macam-macam yang Is fikir sekarang ni." Iskandar cuba mengusir jauh-jauh masalah yang membelenggu fikirannya sejak akhir-akhir ini. Namun, tidak mudah seperti disangka. Masalah itu tetap melekat di kotak fikiran.

"Is fikir tentang apa? Arwah Diana?"

Iskandar mengeluh berat sambil pelipisnya dipicit lagi.

"Atau Is teringatkan isteri Is?" Datin Zarina cuba meneka lagi. Melihat saja keadaan Iskandar, dia seperti dapat mengagak walaupun tidak pasti.

Lama Iskandar diam, akhirnya dia menggeleng. "Is tak fikir tentang dia pun, ma."

Datin Zarina turut menggeleng kecil. Dia tidak tahu mengapa Iskandar sanggup menghalau isterinya sendiri. Memang dia mahu saja menyoal Iskandar tapi ditahankan saja niatnya itu. Biar mereka selesaikan sendiri. Kalau boleh, dia tidak mahu masuk campur masalah rumah tangga mereka.

"Buwerk..." Iskandar lantas menutup mulut. Menahan diri daripada termuntah. Secara tiba-tiba, dia terasa loya di tekak.

"Is... Is kenapa? Are you okay, Is?" Datin Zarina sedikit gelisah. Terkejut dia melihat lelaki itu yang tiba-tiba mahu termuntah di meja makan.

"Is..." Tak sempat menghabiskan kata, Iskandar terus bangun dan menapak ke singki. Tertahan-tahan nafasnya sekarang.

Datin Zarina turut menghampiri. Sekarang baru dia faham mengapa Iskandar berasa tertekan. Mengikut pengetahuannya, lelaki itu seperti mengalami Sindrom Couvade.

Ya, Sindrom Couvade!

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now