Bab 45

7.4K 246 23
                                    

Baju-baju dikutip satu per satu sebelum diletakkan di dalam mesin basuh. Dia berjalan ke dapur sebelum kembali dengan segelas air sejuk. Sofa di ruang tamu menjadi tempat untuk merehatkan badan. Seketika dia meneguk air sejuk itu.

Dia berdiri tegak saat mengingati sesuatu.  Kembali terngiang-ngiang bicara Kalida di telinga. Selepas berfikir, dia berlari menaiki tangga. Laju menyusul masuk ke dalam bilik. Handphone di atas meja dicapai pantas.

"Ida, Fasha nak cakap sesuatu ni." Fasha senyum selepas panggilannya diangkat dalam beberapa saat.

"Okey, Fasha pergi sana." Panggilan dimatikan. Dengan hati yang berdebar-debar, Fasha menapak ke bilik air. Mahu membersihkan diri.

"Macam mana ni, bang?" Datin Zarina sudah tidak tentu arah. Dia seperti berkawad seorang diri di hadapan pintu masjid. "Kita nak buat apa ni?"

Datuk Moktah diam dengan tenang. Jauh di sudut hati, dia sama saja seperti Datin Zarina. Tak senang duduk! "Kita buat tak tahu."

Kepala Datin Zarina tergeleng tak setuju. "Abang, kita serius ni." Datin Zarina menarik muka masa. Kecewa mendengar jawapan daripada si suami.

"Abang serius juga." Datuk Moktah senyum nipis. Jelas kedutan di wajah si isteri tapi dibiarkan. Merajuk latu. Biarkan.

"Mama. Papa." Iskandar tiba-tiba menyapa.

Serentak Datuk Moktah dan Datin Zarina berpaling muka ke arah anaknya yang segak berbaju melayu putih.

"Keluarga Diana tak sampai-sampai lagi ke?" Iskandar membuka mulut menanyakan soalan itu. Sudah hampir sejam mereka duduk di sini. Entah bila nak mulakan akad nikah, dia sendiri tak tahu. Sudahlah bakal pengatin lelaki dah nervous lain maciam ni.

Datin Zarina mengeluh. "Entahlah, Is. Tadi diaorang kata dalam perjalanan. Tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung."

"Itulah." Datuk Moktah turut mengeluh penat. "Iskandar, papa rasa batalkan jelah majlis akad nikah ni." Mata Datuk Moktah sudah terarah kepada Iskandar. Cuba mencari jawapan.

"Mana boleh bang! Muka kita nak letak mana nanti?" Cepat-cepat Datin Zarina mencelah. Tergeleng-geleng kepalanya lagi.

Iskandar senyum nipis. Dia diam tak menjawab.

"Maaf bertanya. Bila kita nak mulakan akad nikah ni, puan? Saya tak boleh lama di sini," tanya seorang lelaki berumur dalam lingkungan 60-an merangkap tok kadi secara tiba-tiba.

Mereka bertiga semestinya tersentak sebelum berpaling. "Maafkan kami, tok. Bakal pengantin perempuan belum tiba. Mungkin dia akan sampai dalam lima atau enam minit lagi," ujar Iskandar, lembut. Tok kadi itu hanya mengangguk kemudian melangkah masuk kembali ke dalam masjid.

"Macam mana ni bang? Tok kadi tu pun dah nak balik tadi." Datin Zarina mula bermundar-mandir tak tentu arah. Tangannya sudah naik tercekak di pinggang.

"Assalamualaikum..."

Datuk Moktah, Datin Zarina dan Iskandar menoleh ke arah pemilik suara lembut itu. Masing-masing memandang dengan pandangan hairan.

"Iss... Iskandar, saya nak cakap sesuatu dengan awak." Fasha bersuara sambil menundukan kepalanya memandang lantai. Dia sedar kehadirannya mengejutkan keluarga itu.

Sudah hampir sepuluh minit Fasha tiba di masjid tetapi dia terus pergi ke Kalida untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

Iskandar terkelip mata berulang kali. Tak percaya. "Naa... nak cakap sesuatu? Nak cakap dekat mana?"

"Pondok depan tu."

Iskandar dan Fasha berjalan ke arah pondok itu dalam keadaan yang janggal. Datuk Moktah dan Datin Zarina hanya memerhati dari jauh. Pelik.

"Bang, sapa tu?" tanya Datin Zarina kepada si suami. Macam-macam persoalan yang timbul tapi satu pun belum terjawab.

"Entahlah, tapi rasanya macam pernah nampak sebelum ni." Datuk Moktah menjawab. "Nampak macam sopan aje. Sesuai." Satu senyum terloker tanpa sedar.

Datin Zarina mempamerkan muka hairan. "Apa abang cakap? Sesuai?"

"Ya. Sesuai dengan Iskandar."

Datin Zarina pantas mengelengkan kepala tak setuju. Beribu-ribu perempuan baik yang hadir dalam hidup Iskandar sekali pun, Diana tetap menjadi pilihannya.

Faham?

"Iskandar, sebenarnya saya nak minta maaf dekat awak." Fasha memulakan perbualan di antara mereka. Keadaan kekok harus diketepikan.

"Mintak maaf? For what?" Iskandar pandang tak faham. Dia turut berasa janggal dengan keadaan berdua-duaan seperti sekarang.

Fasha senyum nipis. "Saya nak mintak maaf sebab tuduh awak nak rogol saya. Saya tahu saya tak sepatutnya tuduh awak macam tu," ujar Fasha kesal. Dalam hati, dia cuba membawa diri bertenang. Tindakannya ini seperti tak masuk akal.

"Saya tak kisah pun." Iskandar membalas lembut kata-kata Fasha. Jam di pegelangan tangan dijeling sekilas.

Anggukan diberi Fasha. Dia bersyukur lelaki itu sudah memaafkannya. Cuma dia tertanya-tanya, bila lelaki ini akan berujar maaf dengan perbuatannya dulu?

Mustahil. Tak akan berlaku.

"Kenapa bakal pengantin perempuan tak sampai-sampai lagi?" Diam beberapa saat, Fasha membuka mulut.

Iskandar mengeluh panjang. Bahunya diangkat tak tahu. Mungkin betul apa yang diperkatakan oleh Datuk Moktah. Majlis pernikahaan ini perlu dibatalkan.

Sebaik faham, Fasha angguk kecil. Jelas kelihatan Iskandar kecewa dengan apa yang berlaku. Lelaki itu cintakan Diana. Ya, Iskandar cintakan Diana. Teka hati kecil Fasha tiba-tiba.

Ting! Satu massage masuk ke dalam iPhone milik Iskandar. Home button iPhone ditekan. Massage di notifications dibaca dalam hati yang semakin gusar.

"Fasha..."

"Iya?" Fasha menoleh.

"Saya nak ajak awak kahwin. Boleh?"

Rasa-rasa Fasha terima tak, lamaran tiba-tiba Iskandar ni?

Hik... Hik... Hik...

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now