Bab 63

5.3K 258 12
                                    

Fasha cucuk lengan Iskandar. Dia cuba menyedarkan Iskandar dari terus mengelamun. "Awak?" Sejak Danish ditangkap polis, Iskandar lebih banyak mendiamkan diri. Lelaki itu kurang bercakap dan kerap termenung.

"Awak okey tak ni?" Iskandar di sebelahnya dipandang dalam-dalam. Dia mahu mencari jawapan yang ada.

"Hurm?" Iskandar tersedar. Wajah Fasha dipandang sekilas sebelum dia tersenyum nipis. "Kenapa, sayang?"

"Awak okey tak? Asyik diam je sejak kebelakangan ni." Kening Fasha terbentuk risau. Iskandar seperti sedang sembunyikan sesuatu daripadanya.

"Kenapa sayang tanya? Saya nampak macam tak okey ke?" Iskandar turut kerutkan kening. Melihat wajah Fasha, dia kembali rasa bersalah. Tapi cepat-cepat diusir perasaan tak diundang itu.

"Ya, awak nampak tak okey." Belakang tangan Fasha naik menyentuh dahi Iskandar. "Tak panas pun." Fasha turunkan tangan. Dia terjuih ingin tahu.

"Saya tak demam." Iskandar menjawab. Sementara, tangannya memegang rapat tangan Fasha. "Cuma..."

"Cuma apa?" Fasha terkebil melihat tangan Iskandar sedang merangkul pinggangnya. Lama merenung, dia menatap anak mata Iskandar pula.

"Cuma sakit."

"Sakit?"

Iskandar rapatkan wajahnya dengan wajah Fasha. Renungannya sudah bertukar menjadi lain. Seram. "Sakit hati." Cuping telinga Fasha digigit lembut seraya menjarakkan kedudukan mereka.

Mata Fasha membulat tanpa berkelip. "Saa... sakit hati?" Masih jelas rasa gigitan itu. Secara spontan bahunya terangkat dan bergesel dengan cuping telinga, mahu menghilangkan rasa itu.

Iskandar hembur tawa halus. "Tak, gurau-gurau."

"Hisy, awak ni!" Kaki Fasha sudah naik bersilang di atas sofa. Dia mencebik sedikit dengan tangan turut tersilang di dada. Orang serius, dia main-main!

"Eleh, kita gurau jelah." Iskandar cubit pipi tembam isterinya. Geram kita tengok. Rasa macam nak gigit.

"Eyy, tangan tu menyempat je selalu." Fasha turunkan tangan ke bawah. Bibirnya turut terangkat. Agak terhibur dengan kata-kata sendiri  "Awak tak pergi ofis hari ini?" Melihat Iskandar turut terhibur, Fasha lekas ubah topik.

Iskandar geleng. "Tak." Sekali lagi Iskandar menarik tubuh Fasha supaya mendekatinya. Dengan wajah tak bersalah, dia pamerkan senyuman nakal.

"Awak..."

Wajahnya betul-betul menghadap wajah Fasha sekarang. "Kiss?" Dengan mata berkelip-kelip, mulutnya dimuncungkan sedikit.

"No." Fasha terus bangun berdiri. Duduk di atas sofa bersama Iskandar bukan satu tindakan yang bijak. "Saa... saya na... nak masak. Ha, saya nak masak." Laju Fasha menapak keluar dari bilik tidur mereka. Tak sanggup nak tunggu lama-lama.

Iskandar tergelak kecil. Isterinya malu seperti selalu. Maklumlah isterinya seorang perempuan. Namun, senyuman Iskandar mati dalam beberapa saat. Lelaki itu tarik nafas dalam-dalam. Wajah Aunie kembali bermain di birai mata. Aunie mengandung? Anak dia? Tak mungkin!

Dia tak percaya.

Kalida masuk ke dapur dengan satu senyuman, satu idea dan satu rancangan. Fasha dipandang dalam-dalam. "Akak!"

"Allahuakbar..." Tangan Fasha mengusap dada. Dia terkejut mendengar suara Kalida yang kuat. Hampir nak luruh jantungnya tadi. Selamat dia bukan jenis cepat melatah. Kalau tak, memang kena!

"Hahahaha! Sorry!" Kalida panjangkan kaki merapati Fasha. Kakak iparnya sedang sibuk membasuh sesuatu di sinki. "Akak buat apa tu? Nak Ida tolong?"

"Serius nak tolong?" Terkecil mata Fasha melihat gadis itu.

"Iya, mestilah serius."

"Potong bawang atas meja tu." Fasha jeling sekilas ke arah bawang-bawang yang sudah dibuang kulitnya tadi. Dia senyum saat melihat anggukan semangat daripada Kalida.

"Akak..." Lama diam, Kalida bersuara memanggil.

"Kenapa Ida? Bawang tu tak terpotong ke?"

"Eyy, mana ada tak terpotong akak!" Kalida tarik wajah masam. Mata yang mula berair dilap menggunakan tisu. Macam menangis pun ada.

"Hahahaha! Lepastu kenapa?" Selepas membasuh, Fasha berjalan ke arah Kalida. Dia mengambil tempat bertentangan dengan gadis itu. Sempat dia lapkan tangan pada kain yang ada di atas meja.

"Ida nak cakap sesuatu dengan akak ni."

"Cakap apa?" Fasha ambil sebijik bawang merah dan memotongnya di atas papan pemotong. Mendengar Kalida menarik air hidung, Fasha tergelak tanpa kata. Teruk sangat ni.

Kalida meliarkan mata ke kawasan sekeliling. Takut-takut Iskandar muncul tanpa mereka sedar. "Tentang perempuan yang nak kahwin dengan abang Is."

Fasha tersentak hebat mendengar kata-kata itu. Lambat-lambat dia angkat wajah. "Maa... macam mana Ida tahu tentang tu?" Pergerakkan Fasha turut berhenti kaku. Jelas kelihatan dia terkejut.

"Masa akak dekat hospital, ada seorang mak cik ni datang rumah. Dia nak jumpa akak tapi akak tak ada." Sekali lagi Kalida melihat sekeliling. Kalau boleh, dia tak mahu Iskandar tahu tentang hal ini.

"Pastu, mak cik tu terus balik ke?"

"Tak. Mak cik tu nak cakap dengan Ida. Ida ajak dia masuk rumah. Then, dia cerita tentang anak perempuan dia." Suara Kalida berubah di hujung kata. Kedengaran nada tak puas hati.

"Eyy, geram betul Ida dengan anak perempuan mak cik tu. Sedap hati dia je nakkan laki orang. Dahlah, yang dia nak tu laki akak!" Suara Kalida sudah tertahan-tahan. Bawang di atas papan pemotong sudah hancur sebab dicincangnya tadi.

Geram punya pasal!

"Hmm, mak cik tu tak cakap apa-apa lagi?" Fasha telan liur berkali-kali.

"Tak. Dia cuma cakap anak dia nak kahwin dengan abang Is." Suara Kalida kembali kendur. "Tapi dia ada suruh Ida tanya akak."

"Tanya apa?" Fasha kerut dahi.

"Tanya yang akak betul-betul setuju nak abang Is kahwin dengan anak dia." Kalida angkat wajah, tepat memandang Fasha. "Ida cakap dekat mak cik tu, yang orang gila ja setuju nak suami dia kahwin lain."

Fasha kawal nafas. Kata-kata Kalida tepat menikam hatinya. Dia seperti disindir tanpa sedar.

"Ida tahu yang akak takkan setuju dengan cadangan gila mak cik tu, kan?" Kalida kembali tersenyum. Kakak iparnya belum gila nak terima cadangan bodoh itu.

Lambat Fasha angguk kepala. Walhal, dia sudah lama setuju akan cadangan itu. Tapi itu dulu, sekarang dia sudah ubah fikiran. Dia sayang Iskandar.

Ya, dia sayang.

Sorry sebab update lambat. Fon saya rosak and tak dapat nak update macam biasa. Sorry sangat-sangat. Tapi sekarang dah boleh update macam biasa! Hehehe...

Tekan bentuk bintang tu please...

👉🏻👈🏻

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now