Bab 75

5.1K 285 69
                                    

Kalida masih tidak dapat melelapkan mata malam itu. Telefon pintarnya direnung lama. Masih berharap agar Fasha akan menghubunginya. Sudah beratus kali agaknya dia cuba menghubungi perempuan itu, namun satu pun panggilannya tidak diangkat. Apatah lagi dijawab.

Hati Kalida resah. Fasha hilang tanpa khabar buat hatinya bertambah resah. Tidak tahu dimana perempuan itu berada sekarang. Fasha tidak ada saudara-mara. Setahunya, perempuan itu hanya sebatang kara selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia.

Iskandar, lelaki itu masih setia di hospital. Menemani bekas tunangnya itu. Hati Kalida kembali panas tatkala memikirkan apa yang telah berlaku. Abangnya sudah jauh berubah. Disebabkan dendam, abangnya sanggup menghancurkan masa depan seorang perempuan yang sudah sah bergelar isterinya.

Tak masuk dek akal!

Buat beberapa kali, Kalida cuba memejamkan mata. Namun, matanya masih segar tercelik. Fikirannya turut menerawang memikirkan keadaan Fasha sekarang. Dia buntu.

Akhirnya, Kalida memutuskan untuk menelefon seseorang walaupun hatinya berat untuk lakukan itu. Dia terpaksa! Ya, terpaksa.

"Hello..." Beberapa puluh saat panggilan itu diangkat. Berat mulut Kalida untuk memuntahkan kata-kata.

"Kenapa, Ida?" Suara Iskandar kedengaran seakan baru terjaga dari tidur.

"Fasha hilang."

"Hilang? Hmm... Dia pergi mana?" Iskandar seperti tidak berminat dengan apa yang disampaikan oleh Kalida. Seharian dia berada di hospital, dan sekarang masanya untuk dia berehat. Dia tidak mahu diganggu.

"Ida tak tahu. Yang Ida tahu, semua salah abang!" Kalida hilang sabar. Nafasnya berombak saat mengeluarkan kata. Dia sebaik mungkin mengawal emosi. Tidak mahu emosi yang menguasai fikirannya sekarang.

"Hello? Abang Is?" Kalida menyeru nama Iskandar selepas tiada balasan daripada Iskandar. Memastikan lelaki itu masih di talian.

"Sudahlah Ida. Abang penat ni. Esok Ida call lain." Iskandar lantas meletakkan panggilan itu. Sudah masuk beberapa kali lelaki itu menguap.

"Is... Iskandar!" Panggilan itu mati sekelip mata membuatkan Kalida merengus geram. "Eyy, geramnya aku! Sedap dia aje letak," bebel Kalida sendiri. Sempat dia menyumpah serapah lelaki itu.

Jarum jam yang sudah menunjukkan angka tiga, buat Kalida mula menguap. Lama-lama gadis itu memejamkan mata dengan hati yang penuh resah. Jauh di sudut hati, gadis itu menitip doa untuk Fasha. Berharap agar perempuan itu selamat.

Beberapa bulan kemudian...

Seorang lagi melangkah longlai meninggalkan perkarangan tanah perkuburan Islam itu. Malah, sekali-sekala dia menoleh ke belakang seolah-olah tidak rela meninggalkan kubur yang masih merah itu.

Air mata Iskandar mengalir lagi. Sejak Diana disahkan meninggal semalam, air matanya tidak henti-henti keluar. Penyakit gadis itu sudah merebak ke bahagian-bahagian organ yang penting dan menyebabkan gadis itu tidak dapat diselamatkan lagi. Sudah lama gadis itu menanggung derita akibat penyakit itu.

Akhirnya, gadis itu dijemput pulang juga. Meninggalkan dirinya dan janji-janji yang belum sempat dilunaskan. Hajat di hatinya nyata tidak kesampaian.

Maafkan I, Diana... Rintih Iskandar sebelum dia memasuki ke dalam perut kereta. Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya.

"Aku dah agak! Patutlah kita tak nampak encik Iskandar bawa wife dia ke sini," ujar Dini menyokong kata-kata Amiera tentang berita kehilangan Fasha, isteri kepada bos mereka.

"Maksudnya isteri encik Iskandar tak balik rumah selama berbulan-bulan ni?" Juwita cuba memahami. Terkerut-kerut juga dia mendengar khabar angin itu daripada rakan sepejabatnya.

Amiera laju mengangguk. "Haah! Aku pun tak tahu kenapa isteri encik Iskandar boleh hilangkan diri macam tu aje."

Dini diam. Memikirkan sesuatu. "Aku rasa..." Ayat lelaki itu tergantung seketika. Sekilas kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan. Memantau keadaan sekeliling sebelum menyambung kata. "...encik Iskandar halau dia."

Mendengar ayat itu, riak wajah Amiera dan Juwita spontan berubah. Masing-masing kelihatan agak terkejut. "Kau jangan reka cerita, Dini." Amiera mula menafikan hal itu. Mustahillah, desis hati kecilnya.

"Tapi boleh jadi beb." Suara Dini agak perlahan ketika ini. Dia tidak mahu ada orang lain yang turut mendengarnya. Cukup mereka berempat saja.

Nina masih menjadi pendengar setia. Tidak ada niat mahu masuk campur. Dia sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja yang tertunggak kerana cuti terpaksa yang diambilnya baru-baru ini. Dalam diam, dia mengeluh panjang.

"Kau tak rasa macam itu ke Nina?" Wajah gusar Nina diamati dalam. Gadis itu sungguh sibuk bekerja.

"Ya." Nina hanya mengiyakan dan buat-buat faham tentang topik yang mereka bicarakan. Otaknya lelah memikirkan kerja-kerja yang berselarak di atas meja. Tidak ketinggalan juga, 'masalah' yang dilandanya sekarang. Kedua-dua terbuku sepi di minda.

"Selamat pagi, cik Kalida."

Mendengar saja sepotong ayat itu, Dini, Amiera, Juwita dan Nina automatik berdiri tegak. Gadis yang sedang berjalan dipandang dengan senyuman dan penuh perasaan hormat.

"Selamat pagi, cik Kalida."

"Iya, selamat pagi." Kalida membalas senyuman pekerja-pekerja syarikat papanya itu. Dia terus melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

Dini yang menghantar kelibat Kalida dengan ekor mata hanya menghela nafas lega. "Fuhh, selamat kita tak cakap benda pelik-pelik tadi."

"Itulah. Kalau tak, memang makan maggie jelah kau lepas ni," sakat Amiera dengan gelakkan jahatnya. Wajah lelaki itu sudah berubah masam.

"Sudahlah. Aku nak sambung kerja aku balik. Tata!" pamit Juwita, beredar dari situ.

"Ya, tata!" Amiera turut kembali ke meja kerjanya. Tinggal Dini sahaja yang masih berdiri tegak di sebelah meja kerja Nina. Wajah gadis itu ditatap kasihan.

"Sampai bila kau nak sorok perkara ini dari pengetahuan semua orang, Nina?" tanya Dini dengan nada suara yang berubah serius.

Nina kunci mulut. Dia sendiri tidak pasti sampai bila dia ingin rahsiakan perkara ini dari semua orang. Mungkin sehingga tiba waktu yang sesuai. Atau mungkin selama-lamanya.

Happy 300K reads! Thankyou kepada semua yang baca cerita DMD ni. Hikhik.

I love you and stay safe!

Tata! ❤️

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now