Bab 99

3.5K 186 20
                                    

Mereka berdua tiba di rumah banglo Iskandar. Kalida sudah membawa diri masuk ke dalam bilik. Letih katanya.

Fasha mengambil tempat di ruang tamu. Dia duduk di atas sofa. Kemudian, Fasha baring di atas sofa panjang itu. Lambat-lambat dia terlelap sendiri. Tudungnya masih terletak elok di kepala.

Selang beberapa minit, Iskandar juga tiba di rumah. Hari ini, dia balik awal. Kalau tidak, mungkin malam baru dia balik ke rumah.

Iskandar mendekati sofa selepas perasan ada seseorang di situ. Dia berjalan sambil melonggarkan tali lehernya. Fasha sedang nyenyak tidur.

"Fasha..." Iskandar cuba menyedarkan Fasha. Namun, perempuan itu masih memejamkan mata.

Iskandar tidak duduk di atas sofa, tapi dia duduk mencangkung pada tepi sofa. Tepat pada kepala Fasha. Tangannya naik mengusap kepala Fasha yang tertutup dengan tudung. Memang cantik perempuan itu bertudung.

"Aku minta maaf sebab banyak sakitkan hati kau, Fasha." Iskandar bersuara sendiri. Wajah tenang Fasha ditatap dengan penuh minat. Perempuan itu langsung tak bersalah.

Iskandar menarik nafas panjang. Kejadian yang berlaku dahulu mula berlegar-legar di fikiran. Betapa bodohnya dia ketika itu. Hidup penuh dengan dendam. Dendam yang pada akhirnya memakan diri sendiri.

Dia kejam. Sangat kejam.

"Aku benarkan kau pergi Perth, Fasha."

Hari ini hari Ahad. Esok hari Isnin, hari di mana mereka berdua akan berangkat ke luar negara. Fasha sudah membuat keputusan. Dia akan ikut Kalida ke Perth.

"Barang semua dah cukup ke akak?" tanya Kalida yang tiba-tiba muncul di dalam bilik Fasha.

Fasha yang bersila di lantai mengangkat wajah. Dia sedang memeriksa barang-barangnya di dalam beg. "Cukup."

"Good. Ida nak pergi dapur kejap." Kalida beredar dan tutup pintu bilik selepas melihat Iskandar keluar dari bilik air. Dia mahu beri peluang kepada Fasha untuk bercakap dengan lelaki itu.

Iskandar duduk di hujung katil. Dia mencapai telefon di atas meja lampu. Pandangan lelaki itu tertancap pada skrin telefon.

Sejak beberapa hari lepas, Iskandar kurang bercakap atau lebih tepat dia langsung tidak bersuara. Lelaki itu lebih suka mendiamkan diri.

Hal ini membuatkan hati Fasha kurang senang. Bersarang perasaan bersalah di dalam hatinya. Usai selesai memeriksa barang, Fasha bangun dan mendekati Iskandar.

"Awak..." Meleret suara Fasha. Cuba meraih perhatian Iskandar.

"Hmm?" Suara Iskandar juga meleret. Namun, matanya masih pada skrin telefon.

"Awak okay ke?" Fasha masih berdiri. Tangannya menggenggam erat hujung baju.

Iskandar angkat kepala. "Abang okay ja. Kenapa?"

Fasha menggeleng, tanda tiada apa-apa. Dia tarik nafas lega. Lelaki itu membahasakan dirinya 'abang', jadi lelaki itu mungkin tidak apa-apa. "Awak tak pergi ofis ke hari ni?"

"Cuti."

Fasha mengangguk. Ya, dia lupa. Hari ni hari ahad. Hari cuti. Lambat-lambat Fasha melangkah ke birai katil. Dia juga duduk di hujung katil, bersebelahan dengan Iskandar. "Awak betul ke benarkan saya ikut Kalida?"

Iskandar letakkan telefonnya ke atas katil. Pandangannya berubah ke wajah polos Fasha. Lelaki itu tidak menjawab. Angguk tidak, geleng pun tidak.

Fasha membalas pandangan Iskandar. Makin bertambah rasa tidak senang di hatinya. Hari itu cakap lain, sekarang tidak bercakap pula.

"Kalau abang tak benarkan, Fasha still akan pergi juga kan?"

Kali ini, Fasha pula tidak membalas. Dia tiada jawapan.

Iskandar hanya tersenyum hambar. Dia tahu, perempuan itu tetap akan pergi. Dia tiada hak untuk menghalang. Kalau sebelum ini dia layan Fasha dengan baik, mungkin perempuan itu tidak akan pergi. Salah dia.

Ya, dia salah.

Kalida terus turun ke dapur selepas keluar dari bilik Fasha dan Iskandar. Dia lapar. Hampir setengah hari terperuk dalam bilik. "Arghh! Laparnya."

Peti ais dibuka. Kalida mencari sesuatu sebelum dia ke meja makan. Dia membawa sebotol air mineral bersama. Tak ada air manis dalam peti ais.

Ting. Tong.

Belum sempat Kalida meneguk air, telinganya menangkap bunyi loceng yang berkali-kali. Itu menandakan ada seseorang di luar. Tak membuang masa, Kalida melangkah ke pintu utama.

Pintu utama dibuka. Kalida terkaku. Hampir luruh jantung hatinya apabila melihat seseorang yang sedang berdiri di luar pintu pagar. Lambat-lambat hujung bibirnya terangkat.

Abe Adam. Eh, ustaz Adam!

"Assalamualaikum..."

"Waalaikummusalam, ustaz Adam..." Kalida berjalan mendekati Syafiq Adam di luar pagar. Jantungnya berdegup kencang. Fuh, bawa bertenang Ida. Pintu pagar dibuka. "Kenapa ustaz datang sini? Ustaz nak jumpa saya ke?"

"Maaf, encik Iskandar ada?" Syafiq Adam tersenyum nipis sambil tertunduk saat mendengar pertanyaan gadis itu. Dia cuba menjaga pandangannya. Gadis itu tidak bertudung.

Kalida sudah merah muka. Yakin sangat kau ni, Ida. Tapi apa salahnya. "Abang Is ada. Kejap saya panggilkan. Ustaz masuk la dulu," pelawa Kalida lembut.

"Tak apa, cik. Saya cuma nak beri sesuatu dekat encik Iskandar." Syafiq Adam menghulurkan satu dokumen kepada Kalida. Dia datang hanya untuk sampaikan amanah sahaja.

Kalida cuma mengangguk. Dokumen itu bertukar tangan.

"Saya minta diri dulu. Ass..."

"Eh, sekejap ustaz..." Belum sempat Syafiq Adam menghabiskan kata-katanya, Kalida sudah mencelah. Ada sesuatu yang bermain di fikirkannya. Kena tanya untuk kepastian! Yes, kena tanya.

"Ya?"

"Ustaz memang belum kahwin kan?"

Syafiq Adam kerut kening, pelik dengan soalan gadis itu. "Ya, saya belum kahwin..."

"Good."

"Hah?" Syafiq Adam terpinga-pinga. Suara gadis itu perlahan tiba-tiba.

"Tak ada apa, ustaz." Kalida tersenyum lebar, menampakkan giginya. Dia bahagia.

"Tak apalah kalau macam tu. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Syafiq Adam mula mengatur langkah ke keretanya. Belum sempat dia membuka pintu kereta, seseorang menyeru namanya.

"Ustaz! Ustaz!"

Kalida berlari mendapatkan Syafiq Adam. Tercungap-cungap nafasnya, walhal kereta lelaki itu berada dekat sahaja dengan rumah Iskandar.

"Ya, cik?"

"Nak nombor telefon ustaz."

"Nombor telefon?"

"Yes, nombor telefon."

Syafiq Adam terpaku seketika.

"Saya... Saya nak simpan nombor telefon ustaz. Ya, saya nak simpan." Kalida dengan beraninya meminta nombor telefon lelaki itu.

Ini step pertama tau!

Syafiq Adam hanya tersenyum nipis. Kurang selesa. Tapi dia faham. "Cik boleh minta dekat encik Iskandar. Dia ada nombor saya. Kalau boleh cik jangan panggil saya ustaz Adam. Tapi panggil saya Adam je."

Kalida laju mengangguk. "Ustaz jangan panggil saya cik. Panggil Ida. Baru nampak macam mesra sikit. Hehe."

Syafiq Adam tak membalas. Dia hanya membalas dengan senyuman. "Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Lelaki itu masuk dalam kereta sebelum keretanya bergerak laju di atas jalan raya.

"Waalaikummusalam, Adam..."

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now