Bab 57

6.2K 229 23
                                    

Mendengar bunyi kereta di luar, Kalida berlari ke pintu utama. Mengalukan kedatangan pengantin baru. Malah, dia sengaja mengambil cuti pada hari ini, mahu-mahu membantu apa yang perlu.

"Kakak ipar!" Kalida terjerit kecil di hadapan pintu. Tangannya melambai-lambai ke atas. Tersengih-sengih Kalida, tidak ubah seperti kerang busuk.

Pintu kereta ditutup, wajah Kalida menyapa pandangannya. "Adik!" Fasha melayan karenah Kalida dengan membalas lambaian gadis itu. Bag bagasi mereka dikeluarkan dari bonet kereta.

"Biar saya bawak." Iskandar berkata selepas mengambil beg bagasi daripada genggaman Fasha. Takut-takut Fasha tidak mampu bawa. Maklumlah ketot!

Fasha membiarkan. Berat juga beg dia sebenarnya. Hehe, biar suami kesayangan angkatkan. Mereka berjalan ke arah Kalida. Masing-masing masuk ke dalam rumah.

"So, dah plan nak duduk bilik mana?" Selepas menjatuhkan diri di atas sofa, Kalida bertanya. Wajah Iskandar dan Fasha dipandang silih berganti. Menantikan jawapan.

"Bilik Fasha sebelum ni. Bilik tu besar jugak." Memang agak besar dan luas bilik yang dia tidur sebelum ini. Sangat sesuai untuk mereka berdua.

Pasangan-pasangan yang baru berkahwin di luar sana, mungkin sangat inginkan rumah idaman mereka sendiri. Memerlukan ruang privasi katakan. Bahkan, segala perbuatan sudah tidak terbatas lagi. Tapi tidak bagi Fasha, dia langsung tidak kisah jika ruang privasi dia dengan Iskandar hanya dalam sebuah bilik. Itu lebih selamat, bukan?

"Ikutlah." Iskandar hanya mengikutkan saja. Asalkan, dia tidur sekatil dengan Fasha. Itu sudah lebih dari cukup! Dalam hati, dia tersenyum. Tangan terus menarik beg bagasi naik ke tingkat atas.

Fasha dan Kalida hanya menghantar dengan ekor mata. Selepas hilang kelibat Iskandar, Kalida menghantar isyarat mata 'kenapa dengan abang' kepada kakak iparnya.

Selepas mengerti, Fasha mengangkat bahu sedikit lalu melepaskan tawa. Tidak tahan. Padahal, boleh saja Kalida bersuara terus. Bukannya ada penghuni lain pun di ruang tamu bersama mereka.

"Gelak pula dia." Melihat saja Fasha ketawa, Kalida turut mengikut sekali. "Pergilah masuk bilik sana. Abang mesti tengah tunggu akak atas katil. Rindu isteri kesayangan dia," ujar Kalida, sengaja mahu menyakat. Sisa tawa masih ada.

Mata Fasha membuntang. Ya Allah, mulut dia. "Hisy, Ida ni! Apa cakap macam tu?" Habis merah muka Fasha apabila mendengar perkataan 'katil' keluar dari mulut Kalida.

"Hahaha! Ida gurau ajelah."

"Yelah." Fasha senyum nipis. Macam tidak kenal perangai Kalida yang kuat menyakat ni. "Akak nak naik atas kejap. Nanti kita sembang lain," pamit Fasha apabila dia teringat sesuatu. Kalau boleh, dia mahu selesaikan itu secepat mungkin.

Kalida mengangguk. Dia memerhati Fasha yang tengah menaiki anak tangga. Teringat suami kesayangan atas katil latu!

Iskandar sedang duduk di atas katil. Menunggu seseorang yang masih belum muncul-muncul. Buat apa entah dekat bawah sana. Padahal, dalam bilik lagi seronok.

Seperti bunyi pintu bilik dihempas, Iskandar mengalihkan pandangan. "Sayang!" Terluncur perkataan itu dari mulut. Terlampau teruja, mungkin!

Fasha menyembunyikan senyuman. Entah apa yang Iskandar terujakan. Dari reaksi Iskandar saja, dia sudah dapat menjangka. Fasha mendekatkan diri.

DENDAM MR DEVILМесто, где живут истории. Откройте их для себя