Bab 36

7.7K 232 4
                                    

"Betulkan apa yang I cakap? You punca kita putus tunang!" Iskandar secara tidak sengaja meninggikan suarannya. Dia terlampau geram. Nafas dihembus kasar.

Diana hampir menintiskan air mata. Tidak dapat terima kata-kata lelaki itu. "You silap! I bukan punca semua ni tapi you." Hati bagai dihiris oleh pisau apabila mengingati kejadian yang berlaku dua tahun lepas. Sumpah dia tak kuat seperti disangka.

"Hahahaha! Why me?" Iskandar tergelak kecil mendengar tuduhan itu. Sekali gelengan ditunjukkan.

"You... You... hm tak akan faham," lirih Diana berkata. Pandangan sengaja dibuang ke arah lain.

"Apa yang I tak akan faham? Boleh tak kalau you straight to the point je?" Iskandar menatap wajah sayu gadis itu. Dia rasa bersalah selepas berkata begitu tapi egonya lebih tinggi untuk tidak memohon maaf.

"Kalau I cerita dekat you sekali pun, you tak akan pernah percaya!" Suara Diana sudah kedengaran kasar.

Iskandar senyum geram. Dia ketap gigi. "Kalau you tak cerita dekat I, macam mana I nak faham? Boleh tak kalau you cerita je!" Mereka kini menjadi perhatian beberapa pasang mata dalam kedai makan itu. Sudah berkali-kali mereka terpekik terlolong antara satu sama lain.

Diana menggeleng. "I tak akan cerita dekat you." Seperti sedar sesuatu, Diana berdiri tegak. Not 50 diambil dan diletak kasar di atas meja. Pantas dia berlari keluar dari kedai makan itu. Matanya sudah berkaca sedih.

Duit itu direnung geram oleh Iskandar. Dia tak boleh mengingati lagi kejadian dua tahun lalu. Tangan menghentak kuat di atas meja makan itu. Dia tidak kisah, jika dia kena bayar ganti rugi. Yang penting dia puas.

Wajah Nur Fasha ditenung dalam-dalam. Kelihatan riak wajah itu tidak seceria selalu. Mengapa? "Kenapa tak makan lagi ni? Tak selera ke?" tanya Kalida, sayu.

Nur Fasha laju mengangkat mukanya. "Hm... taklah," jawab Fasha seraya mengukir senyuman pahit. Kejadian yang berlaku semalam telah menggangu tumpuannya. Dia terseska!

"Pastu kenapa Fasha tak makan lagi?" Kalida tidak senang menantap wajah sendu perempuan itu. Cuba mentafsir dari riak wajah Fasha.

Nur Fasha menggeleng lalu menjamah makanan yang dimasak oleh gadis itu tadi. Setiap suapannya terasa begitu longlai sekali. Dirinya sahaja ada di meja makan itu tetapi jiwanya entah ke mana menghilang.

"Mak senah, Is nak tanya sikit ni. Boleh?" Iskandar berjalan menghampiri Mak Senah yang sedang ligat menyiram pokok-pokok bunga di belakang halaman rumah agam itu.

"Boleh aje. Kejap Mak Senah nak tutup air," jawab Mak Senah bingkas melangkah ke arah paip air. Selepas selesai menuntupnya, dia melangkah kembali ke arah Iskandar yang sudah duduk di atas kerusi batu.

"Benda apa yang Is nak tanya dekat Mak Senah?" Mak Senah berdiri di sebelah kerusi batu itu. Tanda hormat kepada anak majikannya.

Iskandar memberi isyarat kepada Mak Senah untuk duduk dihadapannya. "Tentang bekas tunang Is. Mak Senah kenal?"

Punggung dilabuhkan di atas kerusi batu apabila faham dengan isyarat itu. "Mak Senah kenal," jawab Mak Senah lembut. Dia memang sangat rapat dengan gadis itu.

"Mak Senah tahu tak apa yang berlaku dua tahun lepas?"

"Tahu. Kenapa Iskandar?"

"Boleh tak Mak Senah bagitahu siapa yang punca kami putus tunang?" Wajah Mak Senah ditatap dalam-dalam. Berharap supaya soalan yang selalu bermain dimindanya dapat dijawab dengan segera.

"Hmm. Mak Senah tak yakin. Tapi..."

"Tapi apa Mak Senah?"

"Tapi Mak Senah dengar mama kamu cakap yang kamu punca pertunangan itu putus." Perlahan Mak Senah berkata.

Iskandar sudah terdiam. Tidak sangka yang dialah punca semua perkara ini berlaku. Tapi apa yang telah dia lakukan? "Aa... apa yang saya buat sampai kitaorang putus tunang?"

"Hmm... Mak Senah rasa baik kamu sahaja tanya Diana. Mak Senah tak beranilah nak cakap," kata Mak Senah dalam nada risau. Dia tahu Iskandar kecewa dengan jawapan yang diberinya.

Iskandar mengganguk. Pandangan dibuang ke arah lain. Terkilan dirinya mendengar jawapan itu. Tapi dia faham kenapa Mak Senah berkata sebegitu.

"Tapi Mak Senah nak cakap yang Diana tu baik orangnya." Mak Sebah bersuara tiba-tina. Memang betul apa yang dikatakan olehnya. Dia juga turut terkejut dengan apa yang berlaku dua tahun lepas. Gadis itu mungkin benar-benar kecewa.

"Hmm."

Kalida menyusun langkah masuk ke dalam rumah agam milik orang tuanya. Mata meliar mencari kelibat orang-orang yang dia sayang.

"Maaaa!" Melihat saja kelibat yang dicari, Kalida terus menjerit. Teruja!

"Bila Ida sampai?" Datin Zarina menggeleng lantas menghampiri anak daranya.

"Baru je. Papa dan abang mana?" Mata memandang sekeliling seolah-olah sedang mencari kelibat papa dan abangnya.

"Ada dekat atas."

Tangan mamanya ditarik supaya mengikut langkahnya ke meja makan. "Ida nak cakap something dekat mama." Wajah serius dipaparkan.

"Cakaplah."

"Ida tak ready lagi nak tunang," ucap Kalida selepas duduk di atas kerusi. Hati ditenang sehabis baik. Berharap mamanya tidak kecewa dengan jawapan yang diberinya tadi.

Keluhan berat dihembus. "Why, Ida?"

"Entahlah mama. I don't know," jawab Kalida. Kepala ditundukkan, merenung jari-jemarinya.

"Ida, kan mama dah cakap fikir masak-masak dulu sebelum buat keputusan. Ida tak kesian ke dekat papa kalau papa tahu?"

Kepala dipanggungkan. Wajah mamanya ditatap sayu. "Ida... bukannya nak buat papa sedih, mama."

"Ke Ida ada orang lain dalam hati Ida?" usik Datin Zarina dengan senyuman lebar. Sesekali keningnya diangkat memintak kepastian.

"Eh, mana ada mama!" Tergelak Kalida mendengar soalan mamanya. Sengaja mahu menyakat latu! Suasana di situ kembali menjadi tenang. Tidak tegang seperti tadi.

"Ada!"

"Tak adalah mama!"

Datin Zarina hanya tergelak kecil. Lega hati melihat senyuman dari anaknya itu. Manis wajah Kalida apabila mengukir senyuman.

"Ma, actually Ida nak..."

Jemari anak daranya digengam erat." Nak apa, sayang?"

Nafas ditarik dalam-dalam. Sukar untuk dia meludahkan ayat yang sudah lama terpendam di dalam hati. Tahu perkara itu mustahil.

"Ida nak abang Is..."

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now