Bab 91

6.7K 329 82
                                    

Puan Sakinah tidak dapat menahan sebak apabila berjalan meninggalkan tanah perkuburan. Iskandar yang sedang berjalan di hadapannya dipandang sayu. Berat kakinya untuk menapak pergi.

"Sabar, mak cik..." Idham yang turut mengikuti mereka hanya mampu menenangkan Puan Sakinah. Manakala, Iskandar dan Kalida diam tanpa suara.

Kalida menyapu pipinya yang dibanjiri dengan air mata. Melihat saja Puan Sakinah, air matanya kembali jatuh. Tangannya memaut bahu wanita tua itu dan diusap lembut.

Akhirnya, perempuan itu menghembuskan nafas terakhirnya semalam. Mereka turut terkesan dengan cara pemergian arwah.

"Kami minta maaf, puan. Memang kami sendiri tak duga dia akan bertindak sampai macam tu sekali. Belum sampai sehari dia dalam tahanan kami. Kami memang cuai puan," kata seorang anggota polis itu. Dari nada suaranya juga, dia turut sama terkesan dengan perkara yang berlaku semalam. Dia dan sahabatnya terus bergegas ke hospital pada awal pagi tadi.

Puan Sakinah tidak memberi sebarang respon. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Wanita tua itu masih dalam keadaan tak percaya. Sungguh berat ujian yang menimpanya sekarang. Satu per satu masalah yang dihadapinya. Sama seperti pepatah sudah jatuh di timpa tangga.

"Sabar mak cik. Ini semua ujian untuk mak cik..." Kalida cuba menyabarkan hati Puan Sakinah. Mereka pun tidak menduga yang Nina mengambil keputusan untuk membunuh diri ketika berada dalam tahanan polis. Perempuan itu mengambil pistol milik polis lalu menembak dirinya sendiri.

"Mereka yang membunuh diri tidak akan sama sekali masuk ke dalam syurga Allah. Dalam Islam hukum membunuh diri merupakan salah satu perbuatan dosa besar yang boleh menyebabkan pelaku dicampakkan ke dalam api neraka." Seorang lagi anggota polis membawa diri ke dalam perbualan mereka.

"Ini berdasarkan dalam sebuah hadis Baginda Rasulullah: Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, pada hari kiamat kelak dia akan disiksa dengan cara seperti itu pula. Riwayat al-Bukhari (6047) dan Muslim (110)." Anggota polis yang bernama Syafiq itu menyambung kata-katanya tadi.

Mendengar saja itu, air mata Puan Sakinah semakin galak untuk mengalir. Kalida hanya mampu mengusap bahu wanita tua itu.

"Abang Is..." Kalida masuk ke dalam bilik rawatan Fasha. Perempuan itu masih tidak sedarkan diri. "Abang nak makan apa-apa tak? Kalau nak, Ida boleh tolong belikan dekat kantin."

Iskandar menggeleng. "Abang tak lapar." Pandangan Iskandar masih tak berubah. Sudah masuk dua hari dia berada di hospital. Kelmarin, dia diberitahu oleh doktor bahawa Fasha kekurangan oksigen. Syukur tidak berlaku apa-apa yang buruk.

Kalida mengangguk sebagai balasan. Kemudian, dia membawa diri beredar dari situ. Dia mahu ke kantin.

"Hello, ma..." Dalam perjalanan ke kantin, dia sempat menelefon Datin Zarina yang berada di Penang bersama Datuk Moktah.

"Ida... Macam mana dengan keadaan Fasha sekarang?"

Terdengar suara Datin Zarina dari hujung talian membuatkan Kalida kalut mendekatkan telefon pintarnya di telinga. "Fasha tak sedarkan diri lagi, ma."

"Is ada dengan Ida ke sekarang?"

"Tak ada. Ida nak pergi kantin sekarang ni. Abang Is... Aaaaaa..." Belum sempat Kalida menghabiskan kata, bahunya terlanggar dengan seseorang. Hampir terjatuh telefon pintarnya ke bawah, mujur dia sempat menyambutnya.

"Saya minta maaf." Lelaki itu berujar dengan nada suara yang rendah.

"No. No. Saya yang patutnya minta maaf. Saya jalan tak tengok depan. Eh, ustaz Adam?" Kalida pandang wajah lelaki itu. Anggota polis yang bersama mereka tadi.

DENDAM MR DEVILTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon