Bab 55

6.1K 216 30
                                    

"Saya nak pergi beli ayam. Mak Senah tunggu saya depan sana." Nur Fasha bersuara selepas melihat Mak Senah mendekati. Suara dikuatkan melawan bunyi bising di pasar pagi itu.

Mak Senah hanya mengangguk dan meneruskan langkah. Dia sudah membeli barang-barang yang dia inginkan.

Market itu dipenuhi dengan suara-suara penjual dan pembeli. Memang sudah lama Fasha tidak ke market dan berada dalam suasana bising seperti ini. Tak silap dia, kali terakhir dia pergi market pada tujuh bulan lepas. Itupun, sebelum dia diculik oleh Iskandar. Hurm...

Sesekali pandangannya jatuh ke arah orang ramai yang sedang berkumpul untuk membeli ikan. Masing-masing sedang sibuk memilih ikan atau lebih tepat sedang merebut ikan. Selamat tiada 'pertandingan' tarik tudung di situ. Yang ada hanyalah 'pertandingan' tolak antara satu sama lain.

"Fasha?"

Fasha berhenti berjalan. Namanya seperti diseru, laju dia berpaling. Pandangan disapa oleh seseorang yang asing baginya.

"Iya? Mak cik panggil saya ke?" Wanita itu dipandang kehairanan. Tak pernah mereka bersua muka sebelum ini. Fasha memandang ke kiri dan ke kanan kalau-kalau ada orang lain juga bernama Fasha.

"Ya... kamu." Wanita itu senyum kelat. "Mak cik nak cakap sikit."

Fasha berfikiran sejenak. Entah siapa wanita tua ini pun dia tidak tahu. "Err..."

"Boleh?"

Fasha mengangguk lambat-lambat dengan hati yang gusar. Mungkin ada sesuatu yang penting untuk disampaikan.

Tiba di belakang market, Fasha memulakan perbualan. "Mak cik... nak cakap apa dengan saya? Boleh saya tahu siapa mak cik?" Kalau boleh, dia mahu beredar dari sini secepat mungkin. Mak Senah sedang menunggu.

"Nama mak cik, Zulaikha. Panggil mak cik Ikha pun tak apa. Sebenarnya mak cik nak cakap tentang Iskandar..." Puan Zulaikha membuang pandangan tepat ke wajah Fasha. Cantik. Dia juga tak mahu buang masa.

Fasha tercengang. Mata langsung tidak berkelip-kelip. Terkejut mendengar nama suaminya keluar dari bibir wanita yang memperkenalkan diri sebagai Zulaikha itu. "Is... Iskandar?"

"Mak cik harap kamu boleh tolong mak cik." Puan Zulaikha bersuara dengan air jernih bertakung di kolam mata. Melihat wajah Fasha, membuatkan dia teringat akan anak perempuannya.

"To... tolong apa?" Suara menjadi perlahan ditenggelamkan perasaan. Ada sesuatu yang berlaku di antara Iskandar dengan Puan Zulaikha. Cuma dia tidak tahu.

"Mak cik harap kamu tak terkejut. Tapi... mak cik merayu sangat." Tangan Fasha disambar dan digengam erat. Mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Dia tahu perempuan itu tidak selesa.

Tindakan Puan Zulaikha membuatkan Fasha sedikit tersentak. "Apa maksud mak cik?"

"Mak cik ada seorang anak perempuan." Puan Zulaikha tidak teragak-agak meluahkan itu. "Dia tak nak balik ke rumah mak cik lagi. Jadi, mak cik nak mintak tolong kamu."

Fasha seperti tidak dapat mengagak. Berkerut dahinya memikirkan maksud Puan Zulaikha. "Mintak tolong saya? Maksud mak cik?"

"Dia cakap kalau dia tak kahwin dengan..." Puan Zulaikha tak mampu meneruskan kata-kata. Perasaan bersalah menebal di hati melihat wajah polos Fasha. Dia terpaksa.

DENDAM MR DEVILजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें