Bab 22

9.9K 304 16
                                    

Seperti terdengar sesuatu, Kalida membuka mata. Tangannya meraba-raba di atas meja lampu. iPhonenya dicapai lantas menggangkat panggilan yang masuk. "Hello ma..."

"Baru bangun tidur ke tu?" Suara Datin Zarina menyapa ke dalam telinga Kalida. Mendengar saja suara anaknya, dia sudah dapat mengagak.

"Ya... maa." Kalida sedang mengeliat di atas katil. Mata dipisat-pisatkan dengan tangan. Memberat mata untuk dicelik luas, mungkin sebab dia tidur agak lewat semalam.

"Pergi mandi cepat. Mama on the way ni."

"Ha?! On the way!" Kalida terjaga sepenuhnya. Dia terbangun dari pembaringan dengan mata yang membulat. Perlahan-lahan senyuman terukir. Gembira!

"Ye sayang."

"Okey kejap ma. Ida nak mandi!" jerit Kalida lalu mematikan panggilan tersebut. Memang dia teruja mahu menjemput kepulangan mama dengan papanya. Terlenggok-lenggok tubuh berjalan ke arah bilik mandi.

Datin Zarina memandang ke arah handphonenya. Patutlah senyap, dah letak rupanya. Dia menggeleng kecil sambil meletakkan handphone ke dalam beg tangannya.

Bahu si isteri digoncang lembut. 'Zafnie' menjadi agak gelabah saat mendengar isterinya bersuara ketika tidur. "Sayang..."

Terasa seperti disentuh seseorang, Gina terus bangun. Dia tercungap-cungap mencari nafas. Mengingati mimpi tadi, dia meraup muka.

"Kenapa you jerit-jerit ni, sayang?" Rambut si isteri ditolak ke belakang. Dia duduk di tepi katil, berdekatan dengan perempuan itu.

Gina menarik nafas, menghilangkan rasa gugup di hati. "I mimpi benda pelik." Dalam teragak-agak Gina menjawab. Dia tahu Iskandar mahu mengetahui lebih.

"Benda pelik? Apa yang pelik?" Wajah si isteri ditenung dalam-dalam. Memang mampu buat hatinya tenang. Perasaan cinta makin mendalam, itulah yang dia rasa.

"I tak tahu." Gina menggeleng penuh resah. Dia mahu mengakhiri perbualan mereka ini. Takut, dia tersilap cakap.

"Are you sure? Kalau ada apa-apa, you share dengan I. Mana tahu I boleh tolong you?" Dengan penuh perihatin, 'Zafnie' berucap. Dia tahu perempuan itu dalam keadaan yang gelisah.

"Ta... tak apa..." Gina menundukkan kepala, merenung selimut menuntupi tubuh. Entah sejak bila selimut ada di tubuhnya. Mungkin angkara Iskandar.

'Zafnie' mengulas satu senyuman manis. Cukup menggodakan. Memang banyak soalan yang ingin dilontarkan kepada si isteri. Cuma, belum tiba masa yang sesuai lagi.

"You pergi mandi dulu. Lepastu, turun makan." Satu usapan jatuh di kepala Gina, lembut. 'Zafnie' berlalu keluar dari bilik. Dia sudah menyediakan sarapan di bawah untuk dijamah bersama.

Hilang kelibat Iskandar, Gina melepaskan nafas lega. Dia tahu rahsianya ini mungkin akan terbongkar satu hari nanti. Biarlah, dia menikmati hidup bahagia bersama Iskandar buat sementara waktu.

Mata Kalida membulat saat melihat mama dengan papanya. Tangannya naik ke atas melambai-lambai. "Mama! Papa!" Habis tinggi suaranya.

Kalida laju mendakap tubuh Datin Zarina. Rasa makin berisi mamanya. Adik baru? Hehe.

Beberapa minit, pelukan terlerai. "Macam mana honeymoon? Ada seronok?" Kalida bertanya selepas melihat wajah mama dengan papanya silih berganti. Berseri habis.

"Banyaklah kamu punya honeymoon." Datin Zarina sudah tergeleng. Kata-kata anaknya memang buat dia hampir tertawa. Honeymoon apa tua-tua bangka macam ni?

Datuk Moktah turut menjungkit senyuman. Tanpa suara, Datuk Moktah mengangguk kecil. Dapat buatkan anak daranya faham.

"Boleh dapat adik barulah macam ni!" Tergedik-gedik Kalida di situ. Nanak adik lelaki!

Mata Datin Zarina sudah membulat. Apa anak dia merepek ni? "Ya Allah, apa fikir sampai situ?" Cepat-cepat Datin Zarina mengubah kedudukan beg bagasi.

"Salah ke apa yang Ida cakap? Takkan papa?" Wajah papanya direnung pula. Menantikan jawapan walaupun sudah tahu.

"Langsung tak."

Lengan Datuk Moktah ditepuk perlahan. Tua-tua bangka mahu anak lagi. "Apa abang jangan macam tu. Dahlah, makin lama duduk sini, makin menjadi dua beranak ni." Datin Zarina menyusun langkah untuk berjalan. Malas mahu melayan lagi.

"Alaaa! Ida gurau ajelah." Separa kuat, Kalida berujar. Terkebil-kebil dia memandang langkah Datin Zarina.

Nanak adik!

"Abang, Gina dengan Iskandar dah balik Malaysia ke?" Puan Zulaikha menuang air kopi panas ke dalam cawan kaca untuk suaminya.

"Ya. Diaorang balik dah nak dekat seminggu. Takkan Ikha tak tahu?" Air kopi panas yang dituangkan oleh isterinya diletakan di atas meja. Dia tidak meniupnya malah hanya menunggu sehingga ianya sejuk sedikit.

"Tak tahu pula. Gina tak bagitahu pun dekat Ikha," kata Puan Zulaikha dengan senyuman kelat. Dia terkilan.

"Hmm... apa nak jadi la budak ni. Kesian abang tengok si Zafnie tu." Sayu suara Encik Musa, cukup menggambarkan perasaannya kini.

"Kan abang. Mesti Zafnie akan sedih jika dia tahu siapa Gina sebenarnya." Puan Zulaikha turut berasa kesal dengan sikap anaknya. Yang sudah tidak tahu bezakan yang mana haram dan halal. Mereka gagal menjadi ibubapa yang baik.

"Yang itu tak apa lagi Ikha. Yang sedihnya mereka bukannya mahram. Hukumnya haram duduk berdua-duaan." Keluhan dilepaskan perlahan. Encik Musa hanya mampu berdoa sahaja untuk anak bongsunya itu agar diberi hidayah oleh Allah SWT. Semoga sempat untuk bertaubat.

Bukannya mereka tidak pernah menegur malah sudah berbuih mulut mereka menegur anaknya itu.Tapi teguran itu hanyalah masuk telinga kanan lalu keluar telinga kiri. Sia-sia saja teguran mereka.

"Ikha rasa kita kena buat something la bang, " cadang Puan Zulaikha dengan tangan yang diletakkan di dagu ala ala detective.

"Buat apa?" Encik Musa mengalihkan pandangannya ke arah isterinya. Muka si isteri ditatap lama dengan penuh keterujaan menantikan jawapan.

"Kita buat..."

DENDAM MR DEVILHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin