Bab 87

5.5K 246 48
                                    

"Assalamualaikum." Salam diberi bersama ketukan di pintu. Iskandar berdiri di luar rumah kayu itu sambil menunggu sahutan dari dalam. Niatnya ke mari hanya satu, ingin memujuk sekeping hati milik Fasha.

Pintu dibuka. "Boss?"

"Nina?" Iskandar kerut kening melihat Nina selepas pintu itu dibuka dari dalam. Wajah Nina kelihatan agak terkejut dengan kehadirannya. "Macam mana awak boleh ada dekat sini Nina?"

"Err... Ni rumah mak saya, boss..." Suara Nina bergetar menahan rasa. Dia sedikit gementar saat bertentang mata dengan Iskandar. Sudah beberapa kali dia mengelak berpandangan dengan lelaki itu.

"Ni rumah mak awak?" Dahi Iskandar berkerut. "So, selama ni memang awak tahulah isteri saya dekat mana?"

"Isteri boss?" Nina menggeleng. Beriak seperti tidak tahu apa-apa. "Saya tak tahu apa-apa tentang isteri boss."

Iskandar kehairanan. Kalau tidak silapnya, kelmarin dia berjumpa dengan Fasha di hadapan rumah ini. "Awak tak kenal isteri saya ke, Nina?"

"Kenal. Isteri boss nama Fasha, kan?" Nina kawal nada suara seperti biasa. Tidak mahu Iskandar berasa sangsi terhadapnya.

"Yes."

"Saya cuma tinggal dengan mak saya je dalam rumah ni, boss." Beritahu Nina. Dia mahu menyakinkan Iskandar.

Iskandar kerut kening. Sedikit tidak percaya. Entah kenapa hatinya berat untuk mempercayai kata-kata Nina. Tapi melihat saja wajah Nina yang agak serius membuatkan dia terpaksa menerima kata-kata itu. Mungkin betul.

"Jadi memang awak tak jumpa isteri saya langsung sebelum ni?"

Nina geleng kecil.

"Tak apalah. Kalau macam tu, saya pergi dulu. Next week jangan lupa masuk ofis. Ada meeting dengan client dari luar."

"Saya tak lupa, boss." Nina ukir senyuman sambil menghantar kelibat Iskandar. Dalam beberapa minit, Iskandar hilang dari pandangan. Kereta lelaki itu keluar dari halaman rumahnya.

"Selamat dia tak syak apa-apa. Kalau tak, memang mampus aku. Sial betul." Nina tarik nafas lega. Langsung tidak menyangkakan kehadiran Iskandar yang tiba-tiba.

Nina menutup pintu. Selepas itu, dia terus masuk ke dalam satu bilik. Fasha yang masih terbaring tidak sedarkan diri dipandang dengan sinis.

"Ish. Ish. Ish. Kerja pengsan je kau ni. Bila nak mati pula? Hahahahaha!" Nina melepas tawa kuat. Melihat saja keadaan Fasha buat hatinya jadi geli.

Nina merendahkan tubuh. Rambut Fasha yang menutupi separuh wajah diseka ke tepi. Jelas kelihatan kesan lebam dihujung bibir Fasha. Wajah perempuan itu sudah bertukar pucat.

"Tak sampai masa lagi. Kena tengok kau terseksa dulu. Selepas tu, melutut depan kakak aku, minta maaf. Baru aku lepaskan kau." Pisau tajam yang ada di atas lantai diambil oleh Nina.

Perlahan-lahan pisau tajam itu didekatkan ke muka Fasha. Lembut saja pisau tajam itu bermain pada kulit wajah Fasha. Seolah-olah sedang melakar sesuatu di atas kertas.

Sekejap mata pisau tajam itu naik ke dahi, sekejap turun ke puncak hidung. Beberapa minit, mata pisau tajam itu berhenti di atas kelopak mata kiri Fasha yang sedang tertutup rapat. Tak menekan, dia cuma mendekatkan mata pisau itu.

Nina tahan ketawa sebelum pisau itu dilempar jauh. "No. No. Tak boleh guna pisau." Nina tersenyum lebar. Dia berdiri. Kemudian, melangkah ke arah meja lampu.  Sudu yang ada di atas meja itu dicapai. Tak sempat menghampiri Fasha semula, telefon pintarnya berbunyi kuat.

"Arghh! Kacau line betul!" Telefon pintar di atas meja diambil kasar. Lantas dia mengangkat panggilan dari seseorang. "Hello?"

"Saya ke sana sekarang," ujar Nina sebelum mematikan panggilan itu. Nina merengus geram. Masa ini juga pihak hospital mahu menelefonnya. Terpaksa juga dia bergegas ke sana sekarang.

Kereta Iskandar berhenti di hadapan kedai runcit. Tempat di mana Fasha berkerja sekarang. Seorang pak cik yang berada di kaunter bayaran ditegurnya. "Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam..."

"Boleh saya tumpang tanya, Fasha ada datang sini tak hari ini, pak cik?" tanya Iskandar.

Pak cik itu laju menjawab, "Hari ni dia cuti."

Iskandar mengangguk. "Oh, jadi hari ni memang dia langsung tak datang kedai?"

"Tak ada pula dia datang sini hari ni. Sebelum tu, boleh pak cik tanya kamu siapa?" Pak cik itu menyoal pula. Mata dikecilkan memandang jejaka yang seakan pernah dia lihat sebelum ini. Tapi tidak tahu di mana.

"Saya Iskandar, pak cik. Anak Datuk Moktah." Hujung bibir Iskandar ternaik, mengukir satu senyuman.

"Oh, anak Datuk Moktah. Pak cik ingat! pak cik ingat! Kamu yang pak cik lihat dekat warung makan hujung jalan tu, kan?" Pak cik itu turut melorek senyuman.

Iskandar tergelak halus. "Ya, sayalah tu."

"Kamu memang kenal Fasha? Kamu kawan dia?"

Iskandar mengangguk kecil. "Sebenarnya dia..."

"Assalamualaikum, pak cik..." Idham tiba-tiba mencelah. Lelaki itu manis dengan senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya. Memang tidak dinafikan, lelaki itu kelihatan agak tampan walaupun berkulit sawo matang.

"Waalaikummusalam, Idham. Ada apa datang kedai pak cik ni? Mak kamu ada kirim suruh beli apa-apa ke?"

"Haah, pak cik. Mak suruh beli ubat nyamuk." Idham berdiri di sebelah Iskandar.

Iskandar mengerling sekilas Idham yang seakan memerhati ke arahnya. Masih ingat tentang perbualan mereka tempoh hari. Kata Idham, Fasha ialah bakal isterinya. Dalam hati, memang Iskandar sudah bantai gelak. Tapi hari itu dia hanya mengangguk dan membenarkan kata-kata itu.

Amboi, dalam banyak-banyak perempuan, bini aku juga yang dia nak kebas jadikan bakal bini dia. Memang pala otak dia sungguh.

"Kamu ada nampak Fasha tak hari ni, Idham?"

Dahi Idham berlapis. "Tak nampak pula, pak cik. Mungkin dia ada dekat hospital kut."

"Hospital?" Kali ini, Iskandar bersuara. Sejak dari tadi dia hanya jadi pendengar.

"Yes. Mak cik Kinah masuk hospital semalam," ujar Idham sambil menundukkan kepala.

"Mak cik Kinah kamu masuk hospital? Ya Allah, kenapa pak cik tak tahu apa-apa? Jom, pak cik nak pergi sana sekarang. Jom..." Pak cik itu kalut. Puan Sakinah sudah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri. Walaupun mereka tidak mempunyai sebarang hubungan, Puan Sakinah pasti akan menjadi orang pertama yang akan menghulurkan bantuan ketika keluarganya dilanda kesusahan.

Iskandar kaku sebelum mengucap sesuatu. Siapakah mak cik Kinah yang dimaksudkan oleh Idham itu? "Jom pak cik. Naik kereta saya."

"Boleh ke, nak? Kalau kamu tak kisah, pak cik on saja."

Iskandar ketawa. Memang steady pak cik ni. "Boleh, pak cik. Boleh."

"Jom ikut sekali, Idham."

"Tak apa, pak cik Sulaiman. Pak cik pergilah. Saya tolong jaga kedai runcit pak cik ni. Kalau saya ikut sekali, sapa pula yang nak tolong tengok-tengokkan kedai runcit pak cik pula, kan?"

Encik Sulaiman tersengih. Beria-ria sangat nak pergi sampai lupa kedai runcit sendiri. "Iya tak iya juga kan. Tak apalah kalau macam tu."

"Jom, pak cik. Kita ke sana sekarang."

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now