Bab 54

5.8K 243 20
                                    

"Siapa?"

"Puan Muninah."

Terlopong Datin Zarina. Hatinya yang kian pulih, kembali terluka. Baru saja dia ingin lupakan perkara yang berlaku. "Suruh dia balik!"

Fasha menjadi pendengar setia. Tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Mak Senah. Puan Muninah? Siapa itu?

"Tapi dia nak jumpa dengan Datin jugak."

Datin Zarina menghela nafas, kasar. Terasa berat hati sekali untuk melayan tetamu yang tidak diundangnya itu. Kalau boleh, mahu saja dia lari dari sini. "Kejaplagi saya turun." Sudah kendur suaranya.

"Baik, Datin."

Datin Zarina masih berada di dalam bilik bersama Fasha. "Fasha, jom turun ke bawah."

Fasha masih ligat memasukkan baju. Laju dia menoleh memandang wajah Datin Zarina. "Mama turunlah dulu, Fasha nak pakai tudung kejap."

Tanpa menjawab, Datik Zarina berlalu keluar dari bilik itu. Sekarang dia akan menghadap wajah yang dia langsung tidak ingin melihat ketika ini.

"Ada apa datang jumpa aku ni?" Datin Zarina bertanya acuh tak acuh. Dia sengaja memandang ke arah lain. Itu saja cara mahu menyakitkan hati tetamu yanh tidak diundang.

Puan Muninah seperti mengerti keadaan Datin Zarina yang tidak senang akan kehadirannya. "Saya datang sini sebab nak minta maaf atas apa yang berlaku ketika hari pernikahan hari tu. Saya harap keluarga Datin dapat menerima pemohonan maaf kami."

Panggilan sudah bertukar menjadi lebih formal daripada selalu. Jujur dia berkata, keluarganya dengan keluarga Datin Zarina memang begitu akrab sekali. Ianya tidak ubah seperti isi dengan kuku. Hubungan persahabatan antara mereka sudah terjalin hampir berpuluh-puluh tahun. Tapi itu semua hancur sekelip mata disebabkan kenaifan anak perempuannya.

"Hmm, apa-apa jelah. Yang aku nak tahu sekarang, kenapa Diana tidak datang hari penikahan dia hari itu?" Hati Datin Zarina seperti terkuis rasa hiba mendengar permohonan maaf itu. Tapi rasa marah masih menggunung.

"Saya tak tahu Datin. Sampai sekarang dia tak balik rumah. Entah ke mana dia pergi." Puan Muninah berasa sebak menceritakan apa yang berlaku. Jelas, keluhan dilepaskan.

"Ha? Diana pergi mana?" Terkejut dia mendengar kenyataan itu. Mata jatuh memandang Puan Muninah.

"Saya tak tahu! Dari hari pernikahaan lagi, dia tak balik ke rumah. Sudah merata tempat kami cari tapi tetap tak jumpa, Datin."

Datin Zarina sudah tidak senang duduk. "Ya Allah, kenapa tak inform dekat kami... Mana tahu kami boleh tolong." Tipu kalau kata, dia tidak rasa bimbang akan keadaan Diana. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku terhadap gadis itu.

"Hmm. Kami malu nak jumpa keluarga Datin sebenarnya." Hari ini dia terpaksa tebalkan mukanya untuk bertemu dengan Datin Zarina. Harap kawannya itu faham.

Nur Fasha mendengar segalanya. Dia berhenti berjalan dan berdiri tegak di anak tangga. Tidak mahu tergesa-gesa ke arah Datin Zarina. Masih samar-samar Fasha mendengar perbualan mereka itu.

Diana?

Seperti dia pernah mendengar nama itu sebelum ini. Terangkat-angkat keningnya memikirkan nama misteri itu. Diana...

Ting! Dia ingat! Wajah gadis itu turut melayari birai mata. Wajah sama dalam kepingan gambar yang ditemui kelmarin. Mereka pernah berjumpa di rumah Kalida sebelum ini.

Tapi, kenapa dia sanggup lari dari majlis pernikahaanya sendiri?

Nur Fasha sibuk membuntangkan baju kemeja yang dipakai oleh Iskandar. Mereka sudah membuat keputusan untuk tinggal di rumah agam ini untuk beberapa hari lagi.

Kemudian, tali leher berwarna kelabu dipakaikan di leher Iskandar yang sedang sibuk merenungnya. Kalau tidak disuruh oleh lelaki itu, tidaknya dia buat.

Iskandar cuma beriak kosong. Tanganya sedang sibuk melingkari pinggang Fasha seiring dengan senyuman. Jari-jarinya bermain di situ. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Faham?

Usai membetulkan tali leher Iskandar, Fasha cuba menjarakkan kedudukan mereka sekarang. Namun, lain pula jadinya apabila lelaki itu mengetatkan lagi lingkaran. Hampir tersembam wajahnya di dada Iskandar.

Iskandar tetap Iskandar yang hanya mempamerkan wajah tanpa perasaan. Sesekali dia menyimpul senyuman kacak. Cukup menggodakan bagi orang yang melihat.

"Lepaslah." Perkataan 'lepaslah' seperti sudah sebati di bibirnya sejak akhir-akhir ini. Sekarang, dia cuba menguraikan jari-jari Iskandar di pinggangnya. Untuk sedia maklum, ianya tidak mudah seperti disangka. Sekian.

"Bagitahu dulu." Anak matanya menusuk masuk ke dalam anak mata Fasha. Mahu melihat apa yang terkandung di situ walaupun tahu mustahil.

"Bagitahu apa?" Selepas tahu semua usahanya sia-sia, Fasha berhenti dari menolak tubuh tegap Iskandar. Tangannya menjadi pemisah antara dadanya dengan dada Iskandar.

"Sayang nak pergi mana lawa-lawa ni?" Iskandar melonggarkan lingkaran. Sesekali dia akan memerhati tubuh kecik si isteri. Ketot!

Fasha mengerutkan kening apabila terperasan dengan pandangan lain dari Iskandar. "Naa... nak pergi market dengan Mak Senah." Terkembang kempis hati Fasha mendengar pujian si suami. Lawa-lawa tu maksudnya cantik-cantik, kan? Hikhik...

"Ada duit ke?"

Soalan itu membuatkan Fasha terkedu tanpa suara. Duit? Dia mana ada duit! Tidak silap dia, tinggal beberapa ringgit saja di dalam dompetnya. Itupun, duit gaji terakhirnya yang dia simpan.

Iskandar sudah dapat menjangkau. Dia melepaskan Fasha kemudian tangan dimasukkan ke dalam kocek slack hitamnya seolah mencari sesuatu. "Nah." Beberapa keping duit 50 dihulurkan ke arah Fasha.

Fasha tidak bergerak. Malah, tidak mengambil.

"You can take this, dear."

Duit-duit itu bertukar tangan. Fasha terpinga-pinga dengan tindakan Iskandar yang memaksanya supaya mengambil duit tersebut.

Iskandar berjalan ke meja solek. Sikat diambil kemudian rambut disikat seperti biasa. "Jangan lupa, sayang."

Mendengar suara serak Iskandar, Fasha terus memandang ke arah lelaki itu. Dia masih kaku di tempat yang sama. "Jangan lupa apa?"

"Habuan malam ni." Iskandar terus melangkah ke luar dari bilik pakaian diiringi dengan seulas senyuman. Sempat mata dikenyitkan. Kedengaran pintu bilik dihempas.

"Habuan?" Otak langsung tidak mahu beri kerjasama. Fasha berfikiran sejanak. Matanya terus membulat dan tidak ubah seperti bola ping pong selepas faham maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh lelaki itu. Mulut laju ditekup.

Baik ada makna rupanya!

Iskandar gatal bethol huhu

Vote and comment!

❤️❤️❤️

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now