Bab 23

9.4K 292 17
                                    

Makanan yang sudah terhidang di atas meja makan ditatap penuh selera. Terkembang-kempis hidung gadis itu menghidu bau makanan itu. Sedap!

"Ma, bila kita nak makan ni?" Kalida bertanya dengan perut yang lapar. Dia duduk di atas kerusi dengan tangan ditongkatkan ke dagu. Sudah lama tidak makan masakan mamanya.

Kepala Datin Zarina tergeleng dengan senyuman nipis. "Kita kena tunggu family pak long dulu. Baru boleh makan," jawab Datin Zarina dengan tangan ligat memotong buah oren.

"Hurm... kenapa kena tunggu mereka pula?" Mulut Kalida cebik. Rambut yang terjuntai ditolak ke belakang telinga.

"Ada la. Ida tunggu ja." Datin Zarina tergelak sendiri. Kemudian, dia berlalu ke sinki. Tidak sabar-sabar si anak.

Kalida cuma mengangguk kecil. Di lubuk hati, dia menangis bagai nak rak. Mata yang bersinar tadi sudah bertukar menjadi redup. Sedih! Lapar! Nak makan!

Ting. Tong.

Mendengar bunyi loceng, Kalida mengangkat wajah. Tersenyum-senyum dia bangun dan mengikuti jejak mamanya. Mereka berjalan ke pintu utama.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikummusalam."

Datin Zarina terus memeluk kakak iparnya, Puan Malina. Manakala, Kalida cuma berdiri di belakang. Dia juga terjengul melihat sepupunya di belakang mak long. Siapa lagi kalau bukan sepupunya yang pemalas lagi single itu. Danish Hakimi!

Kalida memberi jelingan maut kepada Danish tanpa teragak-agak. Danish hanya buat endah tidak endah saja apabila sedar tentang hal itu. Sempat dia juling mata ke atas.

Selepas selesai sesi salam-menyalam dan jeling-menjeling, mereka semua masuk ke dalam rumah agam itu lalu terus ke ruang makan. Mak Senah sudah mengambil apa yang patut dan diletakkan di atas meja makan.

Kalida duduk disebelah mamanya. Mata memandang makanan yang sudah terhidang. Kali ke berapa dia lihat, dia tidak tahu. Kemudian mata naik memandang figura yang ada di hadapannya. "Aduh, macam mana aku boleh duduk depan dia?"

Danish tersedar dengan pandangan Kalida. Dia membalas pandangan gadis itu dengan senyuman sinis. "Padan muka."

"Ida, Nish, kenapa tak makan lagi ni?" Datin Zarina menegur. Dia memandang Kalida dan Danish, silih berganti. Masih tidak terguis makanan itu.

"Na... nak makanlah ni ma." Dengan senyuman janggal, Kalida menjawab. Cuba menyembunyikan apa yang berlaku.

Enjin kereta dimatikan saat tiba di perkarangan rumah. Kunci kereta dikeluarkan. Matanya dihalakan ke arah si isteri yang sedang nyenyak tidur di kerusi penumpang. Sebaris senyuman terukir.

"Sayang..." Bahu si isteri digoyang lembut, seperti suaranya yang lembut menyapa. Dia tidak mahu mengejutkan perempuan itu dengan cara yang tidak menyenangkan.

Gina merengek dengan gosokkan di mata. Cuba mentafsir apa yang berlaku. Dia telan air liur saat melihat wajah kacak Iskandar. Tanpa berkata apa-apa, Gina membuang pandangan ke luar tingkap.

"Kita dah sampai, sayang." Kepala si isteri diusap. 'Zafnie' merenung wajah isterinya. Dalam hati, dia bersyukur kerana perempuan itu masih bernafas.

Gina mengangguk kecil. Dia cuba tidak berasa gelisah. Sejak akhir-akhir ini, dia rasa tidak senang duduk bila bersama Iskandar. Entah kenapa pun dia tidak tahu. Mungkin sebabkan apa yang berlaku. "Hurm, jom masuk."

Mereka berdua keluar dari perut kereta dan disambut baik oleh Puan Zulaikha dan Encik Musa di hadapan pintu utama. Masing-masing berjalan masuk ke ruang tamu.

"Nanti ada meeting dengan Datuk Zaquan. So, papa nak Zafnie yang pergi." Encik Musa berujar selepas duduk di atas sofa.

'Zafnie' cuma mengangguk dan turut melabuhkan diri di atas sofa bersebelahan dengan isterinya. Terasa lengguh, dia terus meregangkan otot.

"Pergilah naik dulu. Kesian mama tengok. Penat sangat." Puan Zulaikha senyum kelat. Dalan hati, dia beristighfar. Perkara ini perlu diselesaikan secepat mungkin.

Gina terus berdiri. Memang dia tidak mahu berada lama-lama di ruang tamu. Takut mama dan papanya terlepas cakap hal yang sebenar. Tangan Iskandar ditarik.

'Zafnie' mengikut, dia bangun. Kemudian berjalan mengikuti jejak langkah isterinya. Tangannya bersatu rapat dengan tangan si isteri.

Selepas hilang kelibat pasangan itu, pandangan Puan Zulaikha dialihkan ke arah Encik Musa. "Abang...."

"Kenapa, Ikha?"

"Ikha tak boleh tahan lagi tengok anak kita, bang..." Air mata sudah terkandung di tubir mata. Terkebil-kebil Puan Zulaikha menahan tangis. Menafikan air mata itu.

"Abang pun. Insya-Allah, semua ini akan berakhir..."

"Alhamdulillah. Makin sedap masakan kau, Ina." Puan Malina memuji dengan penuh ikhlas. Dia juga sudah lama tidak rasa masakan adik iparnya ini.

"Biasa-biasa aje, kak." Habis merah wajah Datin Zarina. Terasa paha disentuh, Datin Zarina terus menoleh tepi. Kelihatan Kalida sedang tersenyum-senyum memandangnya. Dia terus menggeleng kecil.

"Kalida, Danish, Papa nak cakap something ni." Ketika suasana kembali sunyi, Datuk Moktah mula bersuara.

"Apa pa?" Mendengar saja suara serius papanya, Kalida terus mengangkat wajah. Kening diangkat penuh tanda tanya.

"Papa, mama, pak long, dan mak long sudah buat keputusan yang kami akan satukan kamu berdua."

"Haa?!"

DENDAM MR DEVILМесто, где живут истории. Откройте их для себя