Bab 7

14.6K 433 7
                                    

Nur Fasha memeluk tubuhnya. Air mata yang jatuh terjurai langsung tidak dihiraukan. Sesekali bahunya terhinjut-hinjut kerana menahan esakan. Selimut yang hampir terluruh ke bawah digengam erat dengan tangan.

Gigi diketap kuat sejurus selepas mata tertancap ke arah sekujur tubuh tegap yang sedang terbuai mimpi indah. Memang indah sekali. Tapi tidak seperti mimpinya!

Iskandar yang tadinya tidur kini terjaga apabila terasa basah di wajahnya akibat terkena air yang entah datang dari mana. Tangan mengempal penumbuk.

"Air liur kau terkena dekat muka akulah, sayang. Aku nak tidur pun tak senang," ujar Iskandar lembut yang masih memejamkan mata. Sehabis baik menahan rasa marah.

"Ka... kau buat apa dekat aku ha?!" Suara Fasha mula naik dua oktaf. Dirinya memang benar-benar tidak tahan dengan perangai lelaki itu. Kawan baiknya memang sudah tidak waras. Eh, bekas kawan baik!

Iskandar terus tergelak sinis. "Aku tak buat apa pun. Just rasa sikit aje. Tak boleh ke?"

"Kau gila! Kau tak guna!"

"Kalau aku berguna sekali pun, aku still tak akan lepaskan kaulah, perempuan!" Suara terus kedengaran dingin. Baginya, perempuan itu sudah melampau.

Fasha pantas turun dari katil dengan selimut menutupi seluruh badannya. Cepat-cepat dia merebahkan punggung di sudut bilik tidur itu. Dia rasa begitu jijik apabila duduk bersama Iskandar di atas katil.

Bunyi seakan tapak kaki seorang sedang berjalan, Iskandar terus bangun diiringi dengan celikkan. "Apahal kau duduk situ? Murung ke?"

"Jaa... jangan cakap dengan aku..."

Lelaki itu turun dari katil lalu menuju ke bilik mandi. Sempat dia menggambil tuala di ampaian. Fasha langsung tidak diambil peduli.

Fasha automatik menoleh ke arah lain apabila Iskandar dengan selamba badak lalu di hadapannya tanpa seurat benang pun di badan lelaki itu. Dasar tak tahu malu!

"Kau memang lelaki tak guna Iskandar. Kau memang lelaki tak guna. Aku benci kau Iskandar. Aku benci kau!"

Dinding bilik yang dicat berwarna emas ditumbuk-tumbuk dengan tangan kecilnya. Cecair merah mula keluar dari celah jari-jemari. Tagisannya mula memenuhi ruang bilik itu apabila teringat yang dirinya sudah menjadi mangsa rogol kawan baik sendiri.

Pintu bilik diketuk kuat dari luar. Fasha hanya membekukan diri saja di atas katil selepas dia selesai membersihkan dirinya tadi. Kaku seperti patung.

"Fasha tolong bukakan pintu ni." Gina bertalu-talu mengetuk pintu bilik Fasha. Dia risau akan gadis itu. Hati juga merasakan bahawa Iskandar melakukan benda yang tidak baik terhadap Fasha.

Fasha membisu. Tiada sikit pun rasa di lubuk hatinya ingin membukakan pintu bilik itu malah di hatinya hanyalah rasa benci yang teramat akan Iskandar.

"Saya merayu sangat dekat awak, tolong bukakan pintu ni," pujuk Gina lagi. Ketukan dikuatkan lagi.

Akhirnya Fasha membuat keputusan untuk membuka pintu bilik itu. Dengan malas, dia bangun dari pembaringan dan menuju ke arah pintu bilik itu.

Krak...

Sebaik sahaja pintu di buka, Gina terus memeluk Fasha. Perempuan itu sedikit terkejut. Mahu tak terkejutnya baru kenal sehari dah peluk-peluk bagai.

Namun dia hanya membiarkan sahaja Gina memeluknya. Mungkin dia dengan Gina akan menjadi kawan dan perempuan itu boleh bantu dia untuk keluar dari sini. Tapi macam mustahil.

"Awak okey?" tanya Gina dengan nada yang risau. Dia melepaskan pelukan lalu memandang muka Fasha yang sedikit pucat.

Fasha mengangguk-angukkan kepala. Padahal, dia langsung tidak OK seperti yang disangka.

"Nampak macam tak okey aje." Tangan Fasha bertaut dengan tangannya. Dalam diam, dia mengukir senyuman pelik.

"Saya okey aje. Awak janganlah risau." Wajah Gina ditatap penuh senyuman. Dia tidak mahu perempuan itu risau akan kehendaknya.

Dan kalau boleh, dia tidak mahu Gina tahu tentang perkara yang berlaku semalam. Sejujurnya dia malu nak menceritakan kejadian semalam. Biarlah dia dengan Iskandar sahaja yang tahu.

"Okeylah kalau macam itu. Kalau ada apa-apa bagi tahu saya." Genggaman tersebut dilepaskan. "Saya ada kerja dekat bawah nanti kalau ada masa kita borak," tambah Gina lagi.

Fasha hanya mengangguk lalu menutup pintu sebaik sahaja Gina sudah tiada di situ. Dia pun tidak tahu apa yang dia perlu lakukan di sini. Bukan senang nak larikan diri. Dia kembali berbaring di atas katil.

Beberapa minit saja dia baring, dia mendengar pintu bilik dikuak kembali. Nampaknya dia terlupa kunci pintu. Malang nasib kau, Fasha. Kelihatan Iskandar yang menghampiri.

"Kau buat apa dekat Gina?!"

Fasha baru saja ingin buat-buat tidur namun niatnya terbantut saat mendengar suara Iskandar yang kuat secara tiba-tiba.

Fasha duduk dengan wajah tidak faham. "Aku buat apa?"

"Kau tak payah tipu la perempuan, kau tampar dia kan?" Iskandar ibarat orang gila yang sedang mengamuk di tepi jalan. Di dalam mata, dapat melihat api kemarahan yang meluap-luap.

"Tampar?" Fasha sedikit terkejut. Dia langsung tidak tahu tentang hal itu. Entah apa yang dingarotkan Iskandar pun dia tidak tahu. Demam kot.

"Kau tak payah buat-buat terkejut boleh tak? Aku menyampah kau tahu tak! Menyampah!" Dengan perasaan geram, Iskandar merapati Fasha. Tangan Fasha dicapai sebelum ditarik memaksa gadis itu berdiri tegak.

"Lepaslah. Aku penat. Aku nak balik kau faham tak! Aku nak balik!" Tersembur habis apa yang terlintas di fikiran Fasha. Mulutnya memang sudah tidak tertahan-tahan lagi.

Iskandar melepaskan tangan Fasha. Dia memandang perempuan itu dengan senyuman sinis di bibir. Tangan dia mula merangkul erat pinggang Fasha.

"Serious kau nak balik?"

Fasha mengangguk laju tanda dia memang mahu pulang ke rumahnya. Siapa yang tidak mahu pulang ke rumah sendiri?

"Okey. Now, aku nak kau bersiap sekarang. Aku hantar kau balik," arah Iskandar, lembut. Suaranya yang lembut membuatkan Fasha tergamam.

Iskandar melepaskan rangkulan itu di pinggang Fasha lalu melangkah keluar dari bilik itu.

Terlopong mulut Fasha mendengar kata-kata itu. Dia seakan tidak percaya. Malah, semuanya terasa seperti mimpi. Tetapi jika ini benar, dialah yang akan menjadi manusia paling bersyukur di muka bumi ini.

Perempuan itu mengeluh panjang. Gina reka cerita? Mungkin. Buntu melihat orang di sekelilingnya. Semuanya talam dua muka. Sadis. Bila agaknya dia akan temui kawan yang benar-benar kawan? Dalam mimpi!

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now