Bab 6

14.9K 447 2
                                    

Perut Fasha sudah mengeluarkan bunyi. Mintak untuk diisi, mungkin! Air matanya sudah kering di pipi kerana tidak mampu untuk mengesat. Masih dalam keadaan trauma.

Sesekali mata Fasha meliar memandang sekeliling. Kelihatan kotak-kotak sahaja yang memenuhi ruang bilik itu. Fasha berada di tengah-tengah.

Beberapa jam kemudian, pintu bilik itu dikuak dari luar. Fasha memerhati. Seorang perempuan melangkah masuk sambil membawa bungkusan makanan.

"Nah makan," arah perempuan itu sambil menghulurkan makanan ke arah Fasha. Fasha mengulas satu senyuman.

"Boleh tolong saya tak?" Fasha memandang wajah perempuan tersebut yang langsung tidak dikenalinya sebelum ini. Dia cuma mengharapkan pertolongan dari perempuan ini.

Perempuan tersebut tersentak. "Tolong apa?" Perempuan itu hanya berdiri tegak seperti tiang lampu isyarat.

"Tolong bukakan tali ni." Fasha menunjukan tangannya yang diikat kemas dengan tali. Bungkusan makanan masih berada di tangan perempuan itu.

Perempuan itu hanya menurut. Dia meletakkan bungkusan makanan di tepi lalu membuka tali yang terikat kemas pada tangan Fasha.

"Awak siapa?" tanya Fasha. Selepas selesai membuka ikatan, dia terus mengambil bungkusan makanan.

"Gina," jawab perempuan itu sepatah macam acuh tak acuh sahaja. Fasha mengangguk tanda faham lalu meneruskan suapannya. Baginya semua itu tidak penting sekarang.

"Gina!"

Nama perempuan itu diseru dari luar bilik itu secara tiba-tiba membuatkan mereka berdua tersentak. Gina tidak menunggu lama, laju dia keluar dari bilik itu.

Fasha berhenti suapan lalu melihat ke arah pintu bilik itu yang terbuka luas. Peluang keemasankah? Fasha membuka ikatan pada kakinya dan terus melangkah keluar dari bilik itu. Dia tersenyum bahagia.

Akhirnya Fasha bebas daripada duduk di dalam bilik itu atau lebih dikenali sebagai stor. Fasha memandang sekeliling rumah banglo itu. Takut-takut ada orang, melepas pula peluang dia nak larikan diri.

Fasha mempercepatkan langkahnya menuju ke arah pintu utama yang berada berdekatan di situ. Dia seakan-akan tidak percaya yang akhirnya dia akan keluar dari tempat ini. Tinggal beberapa langkah lagi dia akan meninggalkan tempat ini.

"Kau nak pergi mana, perempuan?"

Harapan Fasha untuk melarikan diri musnah hancur berkecai sekelip mata apabila mendengar pertanyaan dari Iskandar.

"Aku tanya kau ni. Kau nak pergi mana tuh sayang?"

Fasha menoleh ke belakang lalu melihat muka Iskandar yang bengis lalu dia menundukkan kepalanya memandang lantai. Mata mula bergenang dengan air mata. Dia cuma mahu pulang ke rumah.

Iskandar terlalu kejam...

"Aa...aku..." Terketar-ketar suara gadis itu. Dia tidak dapat menahan air matanya yang kini menitis jatuh ke lantai.

"Kau apa?!" Iskandar sudah bengang melihat wajah gadis itu yang sedang terhinjut-hinjut menahan tangisan. Dia geram! Gigi diketap dengan suara yang ditenggelamkan.

"Aku nak balik rumah aku," ujar Fasha lancar apabila dirinya ditengking oleh Iskandar. Iskandar tidak ubah seperti singa ketika ini.

"Bodoh!" Iskandar mempamerkan muka ketat lalu menghampiri Fasha yang berada di hadapan pintu utama. Kemudian menarik tangan gadis itu supaya mengikut langkahnya naik ke tingkat atas.

"Apa tarik-tarik tangan orang ni?" marah Fasha apabila tangannya ditarik kasar. Kesan merah mula menjalar. Pedih. "Lepaslah!"

Sampai saja di tingkat atas Iskandar terus masuk ke bilik tidurnya dan mencampak tubuh kecil Fasha di atas katil yang bersaiz king. Dia terus naik menindih gadis yang kelihatan sungguh takut itu.

"Aa... apa kau nak buat ni?" tanya Fasha dalam nada ketakutan. Bekas kawan baiknya ini seakan sudah dirasuk. Perasaan takut mula bertapak di hati.

"Aku nak bagi pengajaran sikit aje dekat kau. Can I?" Sinis kata-katanya seakan mengejek. Iskandar tersenyuman apabila menyudahkan bicaranya yang terselit dengan maksud akan memberi kesan kepada kehidupan gadis itu.

Fasha menggelengkan kepala, laju. Tanda dia tidak suka diperlakukan sebegini. Dia takut! Dia mahu pulang ke rumah! Tahu apa yang bakal berlaku.

Ini bukan Iskandar! Bukan pujaan hatinya dulu! Ini singa! Ini hantu! Ini... argh!

"To... tolong lepaskan aa... aku," rayu Fasha lemah. Air matanya laju mengalir tanpa henti. Dia cuba menolak badan sasa Iskandar namun gagal. Memori indah yang terlakar bersama Iskandar dulu turut bertemu fikirannya.

"Alaaa, sayang. Jangan macam ini, aku dah tak tahan ni." Bibir merah Fasha disentuh lembut. Pandangannya sudah bertukar menjadi lain.

"Jaa... jangan buat aku macam ni. Kita... kita kawan, kan?" Fasha mula memancing lelaki itu. Itu saja yang dia mampu lakukan ketika ini. Dia mahu lelaki itu ingat kembali apa yang berlaku enam tahun lepas.

Segala perbuatannya terhenti serta-merta. Wajah Fasha ditatap dengan penuh kebencian. "Kau kata apa perempuan?!"

Fasha menelan air liur. Terasa begitu sakit sekali. Lebih baik dia berdiamkan diri saja. Dia bergerak-gerak ke kepala katil supaya dapat menjauhkan diri daripada Iskandar.

Seakan tersedar dari mimpi, Iskandar pantas memegang tangan gadis itu supaya berkedudukan seperti tadi.

Tanpa menunggu isyarat mahupun kerelaan gadis itu, Iskandar terus memangut bibir merah Fasha dengan kasar. Dada Iskandar cuba ditolaknya supaya menjauh.

Fasha memerontak, dia tidak rela dan tak akan pernah rela! Setiap tindakan lelaki itu terasa begitu sakit sekali. Tidak pernah menyangkakan perkara ini akan berlaku!

Bibirnya dilepaskan kasar. "Iskandar... please!" Rayuannya bagaikan angin yang berlalu sahaja. Tercungap-cungap gadis itu mencari nafas.

Walaupun dia pernah ada perasaan terhadap Iskandar tapi ianya bukan alasan untuk dia berikan mahkotanya kepada lelaki itu. Dia masih waras!

"Iskandar, tolong jangan buat aku macam ni..."

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now