Bab 37

7.3K 230 6
                                    

"Ida nak abang Is..."

"Apa Ida cakap? Ida nak kahwin dengan abang Is? Abang Ida sendiri? Ida ni biar betik!" celah Datin Zarina tiba-tiba. Terkejut mendengar permintaan itu. Hampir tercabut jantung.

Kalida turut terkejut dengan kata-kata itu. "Eh! Mana ada, mama. Ida tak habis cakap lagilah!" Kalida tergelak kecil. Gila, mana mungkin dia akan berkahwin dengan abang sendiri.

"Oh." Datin Zarina tersengih. "Sambung-sambung." Wajah serius secara automatik dipamerkan. Lega hati kecilnya.

"Sebenarnya Ida nak abang Is kahwin dengan seorang perempuan ni."

Datin Zarina kembali tersentak. "What?Kahwin dengan perempuan mana, Ida?" Dia pelik dengan permintaan anak daranya itu. Tiba-tiba sahaja.

"Kawan Ida. Dia baik, ma."

"Ida serious ke ni? Mama tak rasa yang Ida serious dengan apa yang Ida cakap." Jujur Datin Zarina bercakap.

Keluhan kecil kedengaran. "I don't know, ma. But... Ida harap abang Is boleh kahwin dengan perempuan itu," tutur Kalida dengan hati yang sayu. Berharap cadangannya boleh dilunaskan dengan cara baik. Biar semua yang berlaku dulu, boleh dibaiki semula.

Dia takut mama dan papanya tidak terima dengan keputusan yang dia lakukan. Walhal ini adalah keputusan yang terbaik.

"Ida dengar sini. Mama dah jumpa calon yang terbaik untuk abang Is."

Mata Kalida membuntang sedikit. "Saa... sapa?" Dia tidak dapat terima kenyataan itu.

"Bekas tunang abang Is, Diana."

"Dia... Diana?" Kalida kembali terkejut. Berkali-kali dia terkejut hari ini. Sungguh tidak diduga kawan baiknya itu sudah pulang ke tanah air.

Argh, my bestprend!

Diana melangkah turun ke tingkat bawah dengan langkah yang malas. Kehidupan sehariannya bagaikan tiada lagi perkara yang menarik. Dia bosan tapi dia tetap terima dengan hati yang terbuka.

"Sayang, come here." Melihat saja kelibat Diana, Puan Muninah memanggil ke mari. Terkembang kempis hati.

Mummynya dihampiri. "Ya. Ada apa mummy?" Diana bertanya sambil tangan ligat mengikat rambut panjangnya.

"Jom breakfast sekali."

"Hurm..." Langkah terhenti secara tiba-tiba. Diana menjadi kaku sekelip mata. Tidak percaya dengan apa yang baru dilihat.

"Kenapa berdiri dekat situ? Mari duduk sini." Sudah dapat mengagak, Puan Muninah bersuara. Biarlah anaknya itu terkejut sekali-sekala.

Diana berjalan mendekati lalu melabuhkan punggungnya. Dia masih tergamam. Tidak percaya, itu semestinya. Seolah-olah semua ini mimpi.

"Kenapa Diana diam aje ni? Hm? What's wrong with you, sayang?" Tangan ditongkatkan di dagu. Anak daranya ditenung dalam-dalam, mengesan apa yang tersirat di hati si anak. Gembira? Bahagia?

"Taa... tak ada apa la, mummy," jawab Diana senada. Sarapan yang sudah terhidang di atas meja makan hanya dijadikan tumpuannya untuk ditatap. Sanggup mata tertancap di situ daripada...

Puan Muninah tersenyum. Faham mengapa anak daranya bersikap begitu dalam sekelip mata. "So, Iskandar nak cakap apa-apa ke dekat Diana?" Pandangan dibuang ke arah Iskandar. Lelaki itu sudah sejam berada di rumah mereka.

Air kopi panas yang dibuat oleh Puan Muninah diteguknya sekilas. "Haah. Iskandar nak cakap sesuatu dengan Diana," ujar Iskandar lalu memandang wajah manis gadis yang sedang tunduk itu.

"Kalau macam itu, mummy naik atas dulu," pamit Puan Muninah lantas menghilangkan diri di balik dinding. Tersenyum-senyum dia melihat pasangan itu. Sesuai!

Kini tinggalah Diana dengan Iskandar sahaja di dapur itu. Suasana di situ menjadi sunyi sepi. Kekok dengan keadaan sekeliling.

"Diana, I nak cakap something ni dekat you. Can I?" Iskandar memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.

Diana tidak menjawab malah hanya mengangguk. Hatinya sudah hancur. Dia kecewa dan turut terkesan dengan kejadian yang berlaku kelmarin. Dia membuka mulut, mengunyah makanan.

"I nak mintak maaf dekat you. I tahu yang semua berlaku tu salah I. I'm so sorry," luah Iskandar ikhlas. Dia tahu dia salah. Lebih baik merendahkan ego, memohon maaf. Tidak mahu ada lagi hati yang terluka seperti sekarang.

Diana terpana dengan kata-kata Iskandar. Jujur, hatinya terkuis dengan kata-kata maaf itu. Tidak tahu apa yang berlaku dia lakukan. Mulutnya seakan sedang terkunci saat ini.

"I dah maafkan you." Dapat saja kekuatan hati, Diana memuntahkan ayat. Dia senyum pudar.

"Thanks sebab maafkan I. I nak kita berbaik seperti dulu. But I nak..." Katanya terhenti di tengah ayat.

"You nak apa, Iskandar?"

"I nak you cerita dekat I. Kenapa you kata yang I punca kita putus tunang? Apa yang I buat dulu?" Wajah Iskandar penuh harap. Terangguk-angguk kepalanya, menantikan jawapan gadis itu.

"Okey! I akan cerita dekat you. Tapi ada satu syarat." Wajah lelaki itu dipandang lama. Wajah itu tetap setampan dulu. Dia rindu!

"Syarat apa?"

"You kena percaya apa yang akan cerita nanti, boleh?"

"Of course. I akan percaya!"

Diana menarik nafas lalu menghembusnya. Sudah tiba masanya dia bercerita tentang apa yang berlaku dua tahun lepas. Kekecewaan mungkin akan kembali dirasai.

DENDAM MR DEVILDär berättelser lever. Upptäck nu