Bab 46

7.6K 330 32
                                    

Dengan sekali lafaz, Nur Fasha binti Azmi sah menjadi isteri kepada Nabhan Iskandar bin Nabhan Mustafar. Sudah masuk 15 kali rasanya Iskandar menghafal nama perempuan itu. Hampir tersasul dia menyebut nama Fasha ketika akad nikah tadi.

Fasha tahan air mata yang sudah bertakung di tubir mata. Tertunduk-tunduk kepala melihat cincin yang cantik tersarung di jari. Jeles kelihatan dia tidak percaya dengan pernikahan ini.

"Congratulations, Fasha. Welcome to our family!" Kalida terjerit-jerit riang. Tubuh Fasha didakapnya gembira.

Fasha mengangguk teragak-agak. Tangannya naik mengusap pipi yang tiba-tiba berasa gatal. Sempat dia tunduk mengerling baju yang dia pakai tika ini. Entah mengapa dia sorang saja kahwin pakai baju kurung kain cotton macam ni? Ko rasa?

Kalida mendekatkan mulutnya di cuping telinga milik Fasha seakan mahu berbisik sesuatu. "Jodoh tak kemana."

Mata Fasha sedikit membesar. Mulut yang mahu terlopong cepat-cepat ditutup dengan tangan. Bahu Kalida terus ditepuk lembut. "Tak ada maknanya."

Iskandar senyum nipis. Seketika, dia berpaling melihat seseorang. Perempuan itu kelihatan sungguh cantik pada pandangannya.

"Saya akan jaga awak, Fasha."

Malam sudah tiba. Nur Fasha hanya membisukan diri di atas sofa. Sempat dia memandang sekeliling rumah agam yang tersergam indah. Berkelip mata melihat chandelier yang terang bercahaya. Cantik! Ini kali pertama dia menjejak kaki ke rumah agam ini.

Iskandar sedang duduk di sebelah Fasha. Bila berpeluang, dia pasti akan curi-curi pandang perempuan itu melalui ekor mata.

Datuk Moktah dan Datin Zarina mendekati sebelum melabuhkan punggung di atas sofa. Kalida sudah pulang ke rumah sejak petang tadi lagi. Ada kerja katanya.

"So, malam ni Iskandar tidur mana?" Datin Zarina memulakan perbualan. Mata mencerlung ke arah lelaki itu. Senyuman terpaksa menghiasi wajah.

Iskandar mengerling sekilas ke arah Fasha. Perempuan itu masih tunduk. "Tidur sini rasanya."

Datin Zarina mengangguk. Dalam beberapa saat, dia memandang menantu barunya. Dalam diam, dia mengeluh tak rela. Sepatutnya Diana yang ada di sebelah Iskandar sekarang.

"Kalau duduk sini terus pun tak apa, papa tak kisah pun." Datuk Moktah senyum tanda tidak kesah.

Datin Zarina memandang tajam ke arah si suami seperti sedang memberi isyarat. Bukan dia tidak suka, cuma hati tidak mahu. "Suka hati korang la." Datin Zarina terus bangun kemudian berlalu pergi dari situ. Malas mahu masuk campur.

Fasha tundukkan kepala lagi. Dia sedar kehadirannya tidak diterima baik oleh Datin Zarina. Kalau dia ada di tempat wanita itu, mungkin dia akan lakukan perkara yang sama.

"Kalau boleh, Fasha janganlah ambil hati dengan mama. Mungkin mama tak berapa nak sihat sebab tu angin dia tak berapa nak baik." Datuk Moktah berujar tiba-tiba. Dia terperasan riak wajah Fasha yang berubah serta-merta.

"Hurm... Tak apa, pa. Fasha faham." Fasha senyum kelat. Terangguk-angguk kepalanya.

Iskandar senyap. Tanpa dijangka, jari-jarinya disatukan dengan jari-jari Fasha. Dia beriak kosong seperti tiada apa berlaku. Dah halal kan?

DENDAM MR DEVILМесто, где живут истории. Откройте их для себя