Bab 20

12.1K 324 10
                                    

Pagi ini, Kalida sedang sibuk bersiap-siap untuk ke pejabat. Argh, mesti banyak kerja yang tergendala. Ikatan rambutnya diketatkan. Dia mengerling sekilas ke arah jam di dinding.

"Fasha?" Selepas keluar dari bilik, Kalida mencari kelibat Fasha yang entah pergi mana. Kemudian, dia menuruni anak tangga. Mahu cari kelibat Fasha di tingkat bawah.

"Ibu mengandung oo ibu mengandung!" Terpekik-pekik Kalida seorang diri di ruang tamu. Tangan naik mencekak pinggang. Dia memang gemar memanggil Fasha dengan panggilan 'ibu mengandung,' comel!

Seperti terdengar suara seseorang, Fasha berhenti dari melakukan kerja. Dia sibuk membancuh air. "Yes, I'm here!"

Kalida berjalan ke dapur. Fasha yang sedang membelakangi menyapa pandangannya. "Buat apa tu?" Terkelip-kelip mata apabila hidung terbau sesuatu.

"Buat air. Ida duduk dulu. Fasha ada masak nasi goreng." Beberapa sudu gula dimasukkan ke dalam jug air. Kemudian, dikacau.

Kalida duduk di atas kerusi. Mata bagaikan bersinar melihat nasi goreng yang sudah terhidang di atas meja. Bahkan, berasap-asap lagi.

"Ida, nak pergi ofis dah ke?" Fasha merapati Kalida. Jug air dibawa bersama ke meja makan.

"Haah!" Sudu dicapai. Kemudian, dia membaca doa makan sebelum memulakan suapan. Fasha yang sedang merenung, langsung tidak dihiraukan.

"Urm... sedapnya!" Terkembang-kempis Kalida memuji masakan Fasha. Memang dia tidak nafikan masakan Fasha yang boleh tahan sedapnya. Dia masih mengunyah nasi goreng itu.

Fasha tergelak kecil. Dalam hati, dia sudah bangga tahap gaban. "Makan dulu. Baru puji." Air yang dibancuhnya tadi, dituang ke dalam gelas kaca. Takut, gadis itu tercekik pula sebab makan sambil cakap.

"Hahahah! Sedap sangat!"

Zafnie mengeliat selepas terjaga dari alam mimpinya yang indah. Kedua-dua mata digosokkan dengan tangan. Pandangannya laju dialihkan ke arah si isteri yang sedang nyenyak tidur.

Wajahnya didekatkan memandang muka jelita isterinya yang tertutup sedikit dengan helaian rambut. Lantas ditolakkan ke belakang telinga. Melihat rengekkan si isteri, Zafnie tersenyum kecil.

"Baby, wake up. Open your eyes." Lembut suara Zafnie, cuba tidak mengejutkan si isteri. Jarinya mengulas lembut pipi Aunie.

Dalam keadaan mamai, Aunie merengek. "Hmm?" Tangannya perlahan-lahan naik mengesat mata. Pandangannya kembali jelas.

"Morning, baby." Zafnie mengusap lembut rambut si isteri. Tanpa sebarang kata, pipi Auni dikucup lembut.

Aunie mengulum senyuman lebar. "Morning, sayang." Dalam keadaan tidur, dia memeluk tubuh Zafnie. Kepala diletakkan di atas dada bidang milik lelaki itu.

Zafnie membalas pelukan itu. "Jom mandi, sayang." Bahu Aunie diusap lembut.

Aunie mengangkat wajah, merenung muka Zafnie yang kelihatan agak tampan pada pagi ini. "Jom..."

Selepas beberapa saat, tangan Aunie ditarik oleh Zafnie supaya bangun. Walaupun terasa malas, tapi digagahkan juga bangun. Zafnie mengambil tuala sebelum mereka melangkah masuk ke bilik mandi.

Kalida berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya dengan mata membulat. Terlopong mulut melihat fail-fail yang banyak di atas meja kerja. Serentak itu, dia merebahkan diri di atas kerusi kerja.

"Rin, masuk bilik saya kejap," arah Kalida kepada setiausahanya selepas button interkom ditekan sebentar tadi. Belakang badan disandarkan di kerusi.

"Ya, cik?" Tergopoh-gopoh Rin memasuki pejabat bossnya. Memang tercungap-cungap dia mencari nafas.

Wajah diangkat, memandang wajah setiausahanya. "Bila last encik Danish masuk office?" Seketika, tangannya ligat menyusun fail-fail. Melihat saja satu gambar yang berada di dalam frame, buatkan Kalida tersenyum nipis.

Rin mengangguk. Laju dia mencari segala maklumat yang berlaku dalam tempoh seminggu ini dalam tab yang dipegang. "Last week."

"What?!" Sedikit terbangun Kalida. Oh! Patut kerja banyak atas meja aku! Keluhan dilepaskan geram. Dia sudah dapat agak apa yang akan berlaku jika dia ambil cuti untuk beberapa hari.

"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu boss." Rin bersuara teragak-agak. Melihat saja wajah bossnya, terus dia berdebar-debar. Masih dia ingat apa berlaku dalam office ni bila cik Kalida mengamuk dulu.

Fuh! Dia dah tak sanggup tengok buat kali kedua.

"Hurm." Kalida merenung fail-fail. Sejurus dengan itu, dia mengambil handbag jenama Polo miliknya. iPhone dikeluarkan. Lantas dia mencari nama Danish Hakimi di contact. Dengan perasaan geram, dia menekan-nekan jarinya di skrin phone.

Beberapa saat, panggilannya diangkat. "Hello?" Suara seseorang menyapa dari hujung talian.

"Kenapa tak masuk office?" Suara Kalida keluar dari celah gigi-giginya yang diketap. Geram.

"Aku..."

"Masuk office. Now!" Kalida meninggikan suara. Dia malas mahu menunggu apa alasan Danish kali ini. Muak sudah dengan sikap Danish Hakimi ni!

"Hurm." Tidak mahu bertekak dalam phone, Danish mengalah akhirnya. Macam dia tidak kenal perangai singa Kalida ni.

Kalida tersenyum sinis. "Cepat sikit. Kerja banyak ni."

"Yelah."

Panggilan terus dimatikan. Kalida sudah tersenyum-senyum sambil tangan dilibaskan ke muka. "Padan muka!" iPhone diletakkan di atas meja kerja. Kemudian, dia menghadap fail-fail.

Terus bahagia hati adinda!

Selepas bersiap-siap, Aunie melangkah turun ke bawah. Sehelai kertas dimasukkan ke dalam poket jeans. Tangannya mencapai kunci kereta di atas meja.

"Nak pergi mana? Nak I temankan?" Zafnie bersuara dengan mata terpaku ke arah si isteri.

"I nak beli barang dapur yang you buat list tu. I boleh pergi sendiri." Sempat dia perbetulkan rambutnya di hadapan cermin. Kasut yang ingin dipakainya dicari di dalam rak kasut.

"Serius tak nak I temakan?"

"Yes!"

"Okay, take care."

"Alright boss!"

Aunie melangkah keluar dari rumah banglo yang diduduki mereka. Kereta Mini Cooper hitam yang dipandu olehnya bergerak laju di jalan meninggalkan rumah banglo itu.

Troli supermarket itu ditolaknya perlahan. Dia memeriksa troli untuk memastikan barang-barang yang diperlunya ada di dalam troli. List yang dibuat oleh suaminya tadi dilihat buat kali keenam.

"Dekat mana keropok plastik biru teddy bear ni?" Aunie bertanya sendiri. Dia masih menolak troli itu ke hadapan. Sekejap mata memandang ke tepi, sekejap mata merenung pada kertas di tangannya.

Dengan tiba- tiba, trolinya berlaga dengan troli orang lain. Masing-masing terkejut dengan pelanggaran itu. Cepat-cepat kedudukan troli diubah.

"I'm so sorry! I tak sengaja."

"It's okay." Perempuan tersebut mengukir senyuman di bibir. Tiada langsung rasa ingin marah di hatinya. Dia menggangkat wajah. Namun, senyumannya mati secara tiba-tiba.

"Gina?"

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now