Bab 50

7.3K 225 47
                                    

Paip air dibuka sebelum air jernih terpancut keluar. Pokok-pokok bunga yang sudah mengembang dijirus dengan air jernih itu. Senyuman nipis terukir. Entah apa yang mengembirakan.

"Cantiknya kau bunga," ujar Fasha. Mata tertacap ke arah bunga-bunga ros berwarna merah. Merah macam...

"... muka awak bila blushing, kan?" Sampuk Iskandar tiba-tiba dari arah belakang. Pantas Fasha berpaling. Macam mana dia tahu apa yang aku fikir ni?!

Fasha sambung kerjanya tadi. "Mana ada!" Bunga matahari yang sudah naik meninggi ditatap dengan mata bersinar.

Kuninganya! Cantik sangat.

"Eleh! tak mengaku pula dia." Iskandar hanya mengikut langkah kecil yang diatur oleh Fasha. Mereka berada di halaman belakang rumah.

Tangan masih memegang paip air. "Awak tak kerja ke?"

"Tak sebab saya nak teman awak," jawab Iskandar lancar. Tidak teragak-agak langsung dengan jawapannya.

Teman? Really? "Teman saya? Kenapa pula? Mak Senah kan ada nak teman saya. Mama pun ada." Badan dibongkokkan sedikit untuk menghidu bau bunga ros merah itu.

Hurm! Wanginya!

Iskandar memerhati sambil menggeleng. Ish! Duk tonggek-tonggek pula budak ni! "Takut rindu. Tak boleh ke? Kalau tak boleh, tak apalah. Saya nak pergi ofislah macam ni," ujar Iskandar dengan nada rajuk. Tangan gatal mencabut daun bunga.

"Pergilah," jawab Fasha sambil duduk mencangkuk di depan pasu bunga. Sejurus itu, dia mencabut rumput-rumput yang kian menumbuh.

Iskandar menjuih. Kes nak balas dendam balik ke? "Sampai hati hurm..." Iskandar berdiri tegak di sebelah gadis itu. Masih mengharapkan sesuatu. Daun-daun yang dia cabut tadi ditaburkan di atas tanah.

Fasha menahan tawa. Suka dapat mengena lelaki itu balik! Kuang kuang kuang, padan muka! Dia berdiri semula lantas tangan dicuci dengan air jernih. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk erat dari belakang. Dagu seseorang terasa di bahu kanannya.

"Lepaslah, awak." Fasha masih memegang paip air. Tangan seolah dikunci. Jujur, dia terkejut!

"Taknak! Pujuk dulu." Iskandar tetap dengan kehendaknya. Sikap manja sudah mari.

Bau wangi dari rambut Fasha menusuk masuk ke dalam rongga hidung walaupun ditutupi dengan tudung. Nafsu lelakinya bergelora. "Jangan bergerak, sayang."

"Ish! Awak ni!" Fasha masih bergerak-gerak supaya pelukan itu dilepaskan. Nak gatal pun tengah-tengah halaman belakang rumah ni jugak.

Idea jahat tiba-tiba menerjah masuk ke minda. Tepat pada masanya! Tersenyum sinis si Fasha. Kau cari pasal yer Iskandar.

Kepala paip laju dihalakan ke arah Iskandar. Habis basah hoodie lelaki itu kerana terkena air. Eh, bukan terkena tapi sengaja dikenakan! Pelukan terus terlerai. Mata Iskandar sudah merenung tajam ke arah Fasha.

Kau memang nak kena ni!

Fasha dengan pantas berlari meninggalkan Iskandar. Tidak mahu menjadi mangsa harimau kelaparan itu. Dia langsung tidak bersalah dalam hal ini!

"Fashaaaa!" Iskandar sudah semestinya tidak melihat saja. Dia mengejar perempuan itu.

Kalau dapat, memang nahas kau!

Mak Senah hanya memerhati dari dalam rumah agam. Suka, melihat gelagat pengantin baru! Dia tersenyum lantas mendekati tempat pasangan itu bermain tadi.

"Aisy! Syoknya jadi pengantin baru." Puan Senah hanya bercakap seorang diri. Tetapi senyuman serta-merta hilang apabila melihat air jernih laju keluar dari paip air.

"Ya Allah! Budak-budak ni! Kalut sangat nak masuk bilik sampaikan air paip tak tutup!"

"Eleh, nak temanlah sangat. Tengok-tengok kena pergi ofis juga," lirih Fasha sambil duduk di birai katil.

Iskandar tergelak kecil. Tadi suruh sangat orang pergi kerja. Ha tengok! Kan dah kena pergi betul-betul. "Sorry, sayang. Manalah saya tahu nak ada urgent meeting macam ni."

Iskandar memperbetulakan kedudukan tie. Hari ini dia hanya mengenakan tie hitam dengan kemeja berwarna putih.

"Urm... Yela!" Fasha hanya menerima. Tangan ditongkatkan di bawah dagu. Tidak tahu apa yang perlu dia buat selepas ini.

Iskandar menghampiri Fasha yang sedang duduk bersila. "Salam?" Tangan dihulur ke arah perempuan itu. Beberapa saat selepas itu, Fasha mencium tangannya.

Iskandar merendahkan tubuhnya supaya separas dengan kedudukan Fasha. Kedua-dua tangan diletakkan di sisi perempuan itu. "Kiss?" Mulut dimuncungkan dengan mata menikam ke arah anak mata Fasha.

Otak Fasha seperti tidak berfungsi sekarang dek kerana tindakan Iskandar. Dia hanya kaku seperti patung cendana. Halang tak, balas pun tak.

Fasha masih tak menjawab malah hanya memejamkan mata supaya perasaan gugup itu hilang. Rela dengan apa yang akan berlaku sebentar lagi. Kejadian hitam yang berlaku lima bulan lepas turut melayari birai mata.

Sakit. Hatinya kembali sakit.

"Sayang?" kata Iskandar tiba-tiba membuatkan mata Fasha mencelik luas. Iskandar sudah berdiri tegak sambil menyintingkan lengan baju kemejanya. Dia sedang sembunyikan senyuman.

Fasha seakan tersedar dari alam ciptaanya sendiri. Tubuh masih kaku seperti tadi.

Apa yang berlaku tadi? Aku berangan ke?

Mana adalah!

Iskandar sudah menghilangkan diri di sebalik pintu. Tidak dapat menahan tawa apabila melihat wajah Fasha. Dia sengaja mahu mengusik perempuan itu. Mahu membalas dendam tentang kes 'mandi' kan dia tadi.

Hahahahahahah! Padan muka!

Selepas selesai membersihkan diri, Encik Musa mengambil tempat di birai katil. Dia membelakangi si isteri. "Termenung apa lagi, Ikha?"

Puan Zulaikha tersentak lantas menjawab," Ikha sedih lagi, bang." Kepala disandarkan ke kepala katil.

"Hmm... Dah dia tak mahu balik sini lagi, nak buat macam mana, Ikha? Kita terima ajelah." Sudah hampir dua bulan, anak perempuan mereka tidak pulang ke rumah. Entah bagaimana keadaan perempuan itu sekarang.

"Dulu kalau kita halang dia, mungkin tak akan jadi macam ni." Air mata berguguran jatuh lantas dikesat. Tidak dapat menahan rasa pilu di hati. Dia kesal! Mahu putarkan balik masa!

Encik Musa berpaling. "Benda dah nak jadi, Ikha." Tegas Encik Musa berkata.

"Ikha rasa..." Puan Zulaikha duduk tegak sebelum menyambungkan ayatnya. "...abang kena jumpa Iskandar." Ada sesuatu yang bermain di minda Puan Zulaikha. Perkara yang dia fikirkan itu pastikan akan kembalikan anak perempuan mereka ke rumah ini.

"Jumpa Iskandar? Untuk apa?"

"Paksa Iskandar suruh kahwin dengan Gina."

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now