Bab 78

6.5K 294 120
                                    

Selepas habis waktu kerja, Fasha terus pulang ke rumah Puan Sakinah. Hari ini dia hanya berkerja setengah hari, lalu disambung pula oleh pekerja yang lain.

Puan Sakinah yang sibuk menyapu sampah di halaman rumah dipandang senang. "Assalamualaikum, mak cik." Fasha memberi salam.

Puan Sakinah yang mendengar salam itu lantas menjawab. "Waalaikummusalam. Eh, balik awal hari ni." Puan Sakinah menegur. Kebiasannya pukul 6 petang, Fasha baru dalam perjalanan pulang ke rumah. Tapi hari ini belum pukul 2 petang lagi, perempuan itu sudah terpacak di hadapan rumah.

"Haah, mak cik. Saya dapat cuti setengah hari." Fasha langkah lambat-lambat. Dia membuntuti langkah Puan Sakinah yang mula menaiki anak tangga kayu itu.

"Kiranya petang ni kamu jadilah pergi makan cendol dengan anak si tok penghulu kampung tu, apa entah nama dia tu," tanya Puan Sakinah sambil menapak terus ke dapur. Fasha hanya mengikut.

"Idham nama dia, mak cik. Saya dah cuba tolak, tapi dia degil. Dia tetap nak ajak saya makan cendol dengan dia. Saya malas nak fikir, jadi saya pun setuju je," terang Fasha dengan tangan mengambil seuncang teh Lipton lantas dimasukkan ke dalam teko.

Puan Sakinah ke sinki, tangannya dibasuh sebelum membawa diri ke meja makan. "Tak apalah. Kamu ikut je dia. Tapi lepas ni, kamu jangan layankan sangat. Mungkin dia tak tahu yang kamu isteri orang."

Selepas siap membancuh, teko air itu dibawa bersama ke meja makan, tempat Puan Sakinah berada. Dituang air teh itu perlahan-lahan ke dalam dua cawan kaca.

"Kamu mengandung, Fasha?"

Fasha tersedak. Baru saja dia mahu menghirup air teh panas itu. "Maa... Mak cik tanya apa tadi?" Fasha menanya semula soalan itu. Kalau-kalau dia yang tersalah dengar.

"Fasha mengandung?"

Mata Fasha sedikit membuntang. Dia sendiri terkejut mendengar soalan yang tiba-tiba itu. Tak tahu macam mana Puan Sakinah boleh mengetahuinya. Sejujurnya, dia menyimpan rahsia ini sudah hampir berminggu-minggu.

"Maa... macam mana mak cik tahu?"

"Mak cik tengok badan kamu pun mak cik dah tahu, sayang." Puan Sakinah mengaris satu senyuman. Sudah lama dia perasaan perempuan itu. Melihat saja dari tingkah laku Fasha pun dia sudah dapat menghidu.

Fasha sedikit kesal dengan tindakannya untuk merahsiakan hal ini daripada pengetahuan Puan Sakinah. Dia tak ada niat mahu mengecilkan hati wanita tua itu. "Saya minta maaf. Saya tak ada niat nak rahsiakan. Tapi saya belum bersedia, mak cik."

Sekali lagi, Puan Sakinah membalas permohonan maaf itu dengan senyuman. Dia faham. "Tak apalah, Fasha. Mak cik faham. Mak cik tahu kamu mesti ada sebab kenapa kamu rahsiakan hal ni. Lepas ni kamu jaga makan ya. Jaga kandungan kamu elok-elok. Awal lagi kandungan tu, macam-macam boleh jadi nanti," pesan Puan Sakinah, lebar.

Fasha senyum panjang. "Terima kasih mak cik sebab ambil berat tentang saya dan kandungan saya ni."

"Sama-sama, nak. Mak cik dah anggap Fasha macam anak mak cik sendiri." Puan Sakinah capai tangan Fasha lalu digenggamnya. Senang dia melihat perempuan itu.

Fasha cuba menahan air mata. Dia mula mengecapi bahagia yang dia impikan selama ni. Tapi sampai bila?

Hari ini, Iskandar ke klinik Megat seperti diarahkan oleh Datin Zarina yang mengesanya semalam untuk ke sini. Jauh di hati, dia malas mahu ke mana-mana hari ini. Dia mahu rehat saja di rumah.

"Melalui pemeriksaan aku tadi, aku dapati memang kau sedang mengalami Sindrom Couvade," terang doktor lelaki itu, yang juga merupakan kawan kepada Iskandar.

"Sindrom Couvade?"

"Yes, Sindrom Couvade. Sindrom Couvade ni khusus hanya untuk lelaki sahaja. Kebiasannya, perempuan hamil selalu mengalami Morning Sickness kan. Tapi sekarang lelaki yang alaminya dan lelaki itu ialah kau, bro. Jadi tahniah! Isteri kau sedang mengandung sekarang."

Iskandar terbukam sendiri. Dia tak faham apa yang disampaikan oleh Megat. "Maksud kau, wife aku pregnant?"

"Yes, wife kau berkemungkinan besar sedang hamil sekarang." Lelaki itu hanya tersenyum panjang. Dia pasti kawannya itu mesti senang mendengar khabar ini. Lelaki mana yang tak gembira apabila dikhabarkan dirinya bakal menjadi seorang ayah.

Iskandar kaku. Mungkin Megat salah memeriksanya tadi. "Megat, kau pasti ke yang aku memang terkena Sindrom Couvade ni?"

"Aku pasti kau memang terkena gejala kehamilan sekarang. Kau susah tidur malam. Kau loya. Kau mual. Mood kau swing kadang-kadang. And yang paling penting kau dah kahwin, itu bukti kukuh yang kau terkena Sindrom Couvade sekarang!"

Iskandar mengeluh panjang. Leceh sungguh! "Tapi kalau betul wife aku pregnant, macam mana alahan semua tu terkena dekat aku? Shit."

"Itu tandanya kau sayang dekat bini kau, bro. Selalunya, suami yang dapat alahan ni  sebab terlampau risau dengan keadaan si isteri. Tapi tak semestinya sebab itu. Ada macam faktor-faktor lagi yang mendorong si suami terkena Sindrom Couvade ni."

Iskandar hanya mendengar. Otaknya sekarang cuma memikirkan tentang perempuan itu sekarang. Jika benar Fasha mengandung, anak dalam kandungan perempuan itu semestinya anaknya. Malah, dia juga layak membesarkan anak itu dan dijadikan waris tunggal untuk syarikatnya nanti.

"Aku rasa lebih baik kau balik, jumpa isteri kau dan tanya tentang ni. Suruh dia datang sini buat pemeriksaan lebih lajut. Apa-apa pun, aku nak cakap congrats! Subur rupanya kau ni."

Iskandar mengangguk sebagai jawapan. "Aku balik dulu." Iskandar bangun dan beredar dari situ.

"Jangan lupa bayar pula dekat kaunter!" Terjerit Megat seorang diri.

"Free! Free!"

Megat hanya menggeleng kepala. Dia turut tergelak kecil. "Banyaklah kau punya free! Lingkup klinik aku kalau macam ni!"

Setiba Iskandar di rumah agam itu, dia terus menceritakan hal itu kepada Datin Zarina.

"Jadi betullah tekaan mama. Alhamdulillah, akhirnya mama dapat juga rasa jadi seorang nenek." Datin Zarina tahan sebak. Entah kenapa dia sedikit teremosi mendengar khabar itu.

Memang tidak sabar rasanya untuk menimang cucu sulungnya itu. Melihat kawan-kawannya yang lain yang sudah lama menimang cucu, buat dia sedikit iri hati.

Iskandar diam dan mendengar. Dia buntu. Kalau boleh, sekarang juga dia mahu bertemu dengan perempuan itu dan memastikan sama ada perempuan itu mengandung ataupun tidak. Memang dia tidak dapat membohongi perasaan terujanya, tapi betul ke perempuan itu mengandung?

"Kak Fasha me... mengandung?" Kalida membawa diri dalam perbualan Datin Zarina dan Iskandar. Sampai ke hari ini, dia tidak menerima satu pun panggilan mahupun mesej daripada kak iparnya itu. Mungkin perempuan itu benar-benar mahu menghilangkan diri buat seketika.

"Ya, Ida. Fasha pregnant," jawab Datin Zarina selepas dia melihat Iskandar hanya membisukan diri.

"Tapi macam mana semua orang tahu yang kak Fasha pregnant? Abang Is ada jumpa dia ke?" Kalida makin teruja untuk mengetahui lebih dalam.

"Tak. Abang Is terkena gejala kehamilan."

Kali ini, Kalida terdiam. Dia cuba menapis maksud itu. Dia faham cuma kebiasannya lelaki yang terkena gejala ini, hanya lelaki yang terlampau sayang dan teruja tentang kandungan si isteri. Tak mungkinlah!

"Mama rasa lebih baik Is cari Fasha. Tanya dia tentang ni." Datin Zarina memberi cadangan. Kalida turut mengangguk setuju walaupun dia sendiri tidak pasti.

"Esok Is cari dia."

Jalan cerita tak seperti yang dirancang!

Huwaaaaaa!

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now