Bab 21

10.6K 326 8
                                    

Saat mendengar pertanyaan itu, Aunie menelan air liurnya, kesat. " I Aunie, bukan Gina." Sekali senyuman kelat dipamerkan.

Perempuan tersebut mengangkat kening. Dia salah orang ke? "Tak silap I memang you Gina. Kita satu class dulu. Takkan you lupa?" Melihat saja raut wajah Gina, dia sudah dapat mengagak.

"You... you silap orang." Tersekat-sekat suara Aunie. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju.

"I don't think so..."

"Ikut suka hati youlah. I nak pergi bayar dulu." Laju Aunie meninggalkan perempuan tersebut. Malas mahu melayan lagi. Troli ditolak ke arah kaunter bayaran.

"Aku silap orang ke? Pelanduk dua serupa kot." Bahu dijungket sedikit. Mungkin, dia yang salah orang. Mungkin!

Selepas membayar, Aunie membawa barang-barang yang dibeli ke dalam kereta. Pintu belakang dibuka lantas meletakkan bungkusan-bungkusan itu. Sekali-sekala matanya melilau sekeliling, cari kalau ada orang-orang yang dia kenali.

Dengan perasaan geram, badan dihempas ke atas seat pemandu. Dia masih memikirkan kejadian tadi. Kejadian yang bakal menghantui hidupnya.

"Argh!" Stereng kereta digengam kuat, cukup mengambarkan perasaanya tika ini. Terpukul-pukul tangan kecilnya di situ. Segala geram yang berbuka dilepaskan di situ.

"Dekat sini juga aku jumpa kau perempuan. Semak la kau ni!" kata Aunie sendiri atau lebih tepat namanya ialah Gina. Dia seakan-akan menjangkakan bahawa rahsianya akan terbongkar juga satu hari nanti.

No! Rahsianya tidak boleh terbongkar.

Dia dah cukup bahagia hidup bersama Iskandar. Dia harus cari jalan agar semuanya tak berlaku. Iskandar tidak perlu ingat semuanya! Cukup dia saja yang tahu.

Danish Hakimi bergegas ke office Kalida selepas mendapat panggilan daripada gadis itu. Laju dia ke situ, tidak mahu kena menyinga lagi oleh Kalida. Bukan dia tidak kenal sikap gadis itu. Serius bila masuk bab-bab kerja.

"Kerja apa yang banyak sangat tu?" Seperti menyindir, Danish bertanya. Kerusi berhadapan meja kerja Kalida ditarik lantas melabuhkan diri.

Kalida sudah membuat muka menyampah. Dalam lubuk hati, dia sudah menyumpah sikap biadap Danish. Masuk pejabat orang sesuka-suki hati dia aje!

"Kerja apa kau tanya? Hei, projek kita di JB ada masalah tau!" Tangan Kalida masih ligat membelek fail-fail. Mahu tengok apa yang kurang.

"Seriously?" tanya Danish untuk kepastiaan. Wajah Kalida direnung dalam-dalam. Ada betul ke gadis ni cakap?

"Yela! Kau ingat aku tipu ke?" Terkecil-kecil mata Kalida memandang Danish. Sepupu pemalas!

Danish tersenyum sinis. "Kau bukan boleh percaya. Suka main-main!" Tangan terus disilangkan ke dada. Sekali kening terangkat.

"Hei! Aku serius ni!" Separa menjerit, Kalida bersuara. Pen yang ada di tangan kirinya, dicampakkan ke arah Danish. Geram!

"Woi! Apa ni baling-baling?" Pen itu betul-betul terkena pada dada bidangnya sebelum terjatuh ke lantai. Reaksi wajah sudah bertukar kosong.

Kalida tersengih. Dia bukan sengaja. Eh, sengaja sengaja hehe! "Sorry. Okey, kau pergi call Datuk Zaquan." Wajah Kalida kembali serius.

"Buat apa?" Suara Danish sudah bertukar malas.

"Pergi buat appointment dengan dia. Cakap nak bincang tentang projek JB." Laptop di atas meja, dihadap Kalida pula. Jari-jemarinya menaip sesuatu di papan kekunci.

"Yelah sayang." Danish bangun kemudian menuju ke arah pintu pejabat. Sengaja mahu sakitkan hati si sepupu.

Mendengar saja kata-kata Danish tadi, Kalida terus buat muka mahu termuntah. Loya tekak oi! "Banyaklah kau punya sayang! Baling penyapu kang!" Dia masih menghadap skrin laptop.

"Sejak bila pejabat kau ada penyapu?"

"Lantaklah!"

"Cik, pihak atasan FS Holdings call tadi. Mereka kata mereka hantar seorang wakil nak jumpa cik dekat bawah." Rin merangkap setiausaha Kalida bersuara. Tangannya sedang erat memegang tab.

"Sekarang ke?" Selepas selesai menaip di papan kekunci, Kalida melemparkan pandangan ke arah Rin.

"Ya, cik."

"Kejap lagi saya turun."

Kereta Gina mula memasuki perkarangan rumah banglo bertingkat itu. Dengan malas, dia keluar dari perut kereta. Fikirannya berterbangan memikirkan kejadian tadi.

"Sayang..."

Mendengar suara seseorang, Gina mengalihkan pandangan. Dia mencari tuan empunya suara. Terpahat juga senyuman nipis di bibir.

"You nak pergi mana tu?" tanya 'Zafnie' yang ralit merenung tingkah laku si isteri. Rancangan yang disiarkan di televisyen langsung tidak dilihat.

"Na... naik atas la." Gina bersuara gagap. Melihat saja wajah Zafnie atau nama sebenarnya Iskandar, hatinya kembali rasa sesak. Segala yang berlaku akan menyerang kotak ingatannya. Dia memang terseksa!

'Zafnie' menggeleng kecil. "Kenapa nak bawak barang-barang tu?"

Gina seperti tersedar dari mimpi, matanya sedikit membulat. "I nak letaklah ni." Hala tujunya berubah sekarang. Dia berlalu pergi ke dapur. Setiap langkah begitu laju sekali.

"Macam manalah aku boleh lupa?" Terasa geram di hati, Gina meletak barang-barang itu atas meja makan dengan kasar. Malas mahu ambil kisah, dia menuju ke anak tangga. Iskandar yang sedang memerhati, langsung tidak dihiraukan.

Pintu bilik dihempas perlahan dan dikunci dari dalam. Katil yang bersaiz king dijadikan tempatnya untuk berehat seketika. Matanya terpejam dengan minda yang bercelaru memikirkan perkara yang telah berlaku.

"Sampai hati kau buat aku macam ni!" Marah Iskandar dengan air mata yang hampir jatuh.

"I'm so sorry. I terpaksa buat semua ni." Gina menangis dengan esakan sambil duduk melutut di hadapan Iskandar.

"Kau kata yang kau terpaksa? Kau tahu tak yang kau tengah main-mainkan nyawa aku!" Tengking Iskandar kuat. Lutut Gina sudah menjadi lembik, selembik-lembiknya mendengar suara kuat Iskandar. Dia takut!

"I mintak maaf. I tak ada niat nak buat you macam itu, Iskandar."

"Kau tak ada niat ke kau ada niat ke. Aku tetap nak bunuh kau sebab kau dah tipu aku hidup-hidup!" Iskandar mengeluarkan pistol miliknya dari poket seluar jeans yang dipakainya.

"I'm so sorry. I merayu jangan buat I macam ni."

Pistol tersebut di hala tepat ke arah kepala Gina. Pemicu ditarik dengan berani. Tangannya tidak teragak-agak untuk membuatkan peluru pistol itu keluar dari badannya.

Bang!

Perhatian!

Saya buat macam ni 'Zafnie' sebab nama tu kan tak wujud. Iskandar saja yang wujud. Takut pening.

Harap tak pening.

Terima kasih!

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now