Bab 53

5.6K 191 7
                                    

Puan Zulaikha hanya melayan perasaan sendiri di atas kerusi batu. Fikiran melayang-layang entah ke mana pergi. Dia dimaklumkan yang Iskandar sudah menikahi perempuan lain. Mustahil jika lelaki itu mahu menikahi anaknya kelak.

"Mama..."

Puan Zulaikha berpaling ke arah empunya suara. Suara yang sangat dia rindui. Mata terkebil-kebil tidak percaya. Ini bukan mimpi, kan? Mestilah, bukan!

Lantas perempuan itu dipeluk, erat. Walaupun pelukannya langsung tidak dibalas tapi diendahkan saja. "Sayang..."

Gina membatukan diri. Langsung tiada niat untuk membalas pelukan hangat itu. Tubuh wanita itu ditolak kasar. "Gina ada benda nak cakap dengan mama."

Puan Zulaikha terkilan dengan tindakan anaknya. Hatinya terguris. Namun, cuba dibawa dirinya bertenang dan mengingati bahawa perempuan itu ialah anaknya yang amat dia rindui tika ini. Dia menyimpul senyuman manis.

"Jom kita masuk dalam sayang." Puan Zulaikha membawa diri ke dalam rumah diiringi dengan Gina. Tidak terucap betapa bahagianya melihat wajah anaknya.

Masing-masing duduk di atas sofa. Puan Zulaikha tetap seperti tadi. Senyuman gembira memang tidak lentur dari bibirnya.

"Gina apa khabar? Sihat tak? Kenapa Gina lama sangat tak balik sini? Gina pergi mana? Mama dengan papa rindu sangat dengan Gina. Gina tak rindu mama ke?"

Bertalu-talu soalan dilemparkan pada perempuan itu. Risau melihat keadaan anaknya yang tidak banyak bercakap seperti selalu.

"Gina tak pergi mana. Gina ada dekat area-area sini aje. Gina nak cakap sikit dengan mama ni."

"Cakap apa, sayang?" Wajah serius yang dipamerkan oleh anaknya mula membimbangkan hati. Berdebar-debar pula rasanya.

Gina menyilangkan kakinya. "Mama nak Gina tinggal dengan mama, kan?"

Puan Zulaikha mengangguk laju. Itulah yang dia inginkan. "Mestilah, sayang. Kenapa Gina tanya?"

"Kalau mama nak Gina tinggal dengan mama, mama kena paksa Iskandar kahwin dengan Gina dulu."

Gina menggulum senyuman sinis. Yang teramat sinis. Pasti rancangannya ini akan berjalan lancar. Angan-angan yang terkubu di hati sejak setahun lalu mesti menjadi kenyataan. Tiada siapa boleh menghalang. Kemenangan sudah tentu akan memihak kepadanya.

Lidah Puan Zulaikha sudah kelu. Dia tidak mampu untuk menjawab tapi digagahkan juga untuk bersuara. "Taa... tak boleh, sayang." Lembut suara itu bersuara. Hati anaknya harus dijaga.

"Kenapa? Mama tak mahu Gina tinggal dengan mama ke?"

"Bukan macam itu, sayang. Tapi Iskandar dah..." Dia tidak boleh menyusun ayat-ayatnya lagi. Anaknya mungkin akan bersikap dingin lagi jika tahu yang Iskandar sudah menikahi perempuan lain. Tidak mahu hati kecil itu terguris.

"... dah kahwin," sambung Gina dengan gelakan sinis. "Gina dah tahu semua tu!" Secara tiba-tiba suaranya naik dua oktaf membuatkan bahu wanita itu terangkat akibat terkejut.

Puan Zulaikha hanya mampu menahan rasa sakit di dada. Sebak melihat keadaan anaknya. Tidak kisah jika dirinya ditengking, yang penting anaknya mahu pulang ke pangkuannya. Itu saja yang dia pinta ketika ini.

"Watch your mouth, Gina!" Tiba-tiba Encik Musa melangkah ke ruang tamu. Geram melihat sikap biadap anak perempuannya yang semakin menjadi-jadi. Sesekali, dia akan beristighfar di dalam hati.

Puan Zulaikha semestinya tersentak. Manakala, Gina hanya beriak biasa dengan wajah kosongnya.

"Betulkan apa yang Gina cakap? Iskandar dah kahwin!" Wajah yang putih, mula menjadi merah akibat menahan marah.

"Memang Iskandar dah kahwin. Tapi jaga percakapan Gina tuh! Jangan jadi anak derhaka!" Makin melonjak umur, makin besar kepala anaknya seorang ini. Kalau tidak ditegur, mungkin kepala mereka pula akan dipijak-pijaknya nanti.

Gina sudah pasti akan memekakkan telinganya. "Gina tak akan balik lagi rumah ni. Anggap saja yang Gina tak pernah wujud dalam hidup mama dengan papa." Dia bangun. Sempat dia melirik ke arah mamanya yang sedang menangis.

Puan Zulaikha mahu menghalang tapi dia dihalang oleh suaminya. Tidak sampai hati melihat anaknya pergi begitu saja. "Gina... Jangan buat mama macam ni. Mama merayu sangat."

Seperti biasa, Gina hanya mengendahkannya. Langsung tidak menoleh ke belakang walaupun sesaat. Langkah laju diaturkan ke pintu utama.

"Mama akan buat apa yang Gina suruh! Mama akan paksa Iskandar kahwin dengan Gina! Mama janji, sayang..."

Terhenti langkah Gina. Dia tersenyum sinis sebelum berpaling memandang ke arah wanita itu. Memang seperti disangka.

Kau tetap jadi milik aku, Iskandar.

"Iskandar dah pergi kerja?" Datin Zarina menyoal sejurus merapati menantunya yang sedang sibuk mengemas barang. Hati sudah dapat menerima perempuan itu dek kerana mendengar pujukan Iskandar.

Nur Fasha terkejut akan kehadiran Datin Zarina di dalam bilik Itu tapi senyuman tetap diukir. "Haah, dia dah pergi, ma."

Fasha memasukkan baju kemeja Iskandar setelah mengemas baju-bajunya dan t-shirt milik Iskandar. Dia tidak perlu membawa banyak pakaian. Baju-bajunya dan Iskandar masih ada banyak di rumah Kalida.

"Fasha dengan Iskandar tak nak tidur semalam dua lagi dekat rumah mama?" Datin Zarina memberi cadangan.

Fasha senyap sambil memikirkan cadangan itu. Dia tidak boleh membuat keputusan seorang diri. "Yang itu, kena tanya Iskandarlah, ma. Kalau Iskandar setuju, Fasha ikut aje."

"Iya, nanti mama tanya Iskandar."

Fasha mengangguk. Mata terpaku di beg pakaian. Masih banyak pakaian yang harus dimasukkan ke dalam beg. Tidak tahu sampai bila mereka akan tinggal bersama Kalida.

"Kalau ada masa, nanti Fasha bawalah kami sekeluarga jumpa ibu bapa Fasha." Datin Zarina bersuara selepas beberapa saat menguncikan mulut. Dia sudah lama terfikir untuk berjumpa dengan keluarga besannya yang entah tinggal di mana sekarang.

Segala pergerakan Fasha terhenti serta-merta. "Sebenarnya ibu bapa Fasha dah lama meninggal dunia." Berbalam-balam kenangan lalu bersama ibu ayahnya melintasi fikiran. Rasa pilu dan sedih jatuh ke sudut yang begitu dalam di hatinya apabila mengingati siapa dalang dalam semua ini.

Gamam Datin Zarina. Dia langsung tidak tahu. "Ma... mama minta maaf. Mama tak tahu." Cepat-cepat Datin Zarina memohon maaf. Dia tidak sengaja mengungkit kisah yang mungkin telah mengayat hati perempuan itu.

"Tak apa, ma." Fasha tidak menggambil hati dengan pertanyaan Datin Zarina. Sudah lama dia dapat terima semua itu. Ini semuanya ujian.

"Datin..."

Datin Zarina dan Nur Fasha mengalihkan pandangan kepada pemilik suara. Mak Senah sedang berdiri tegak di pintu bilik dalam keadaan tidak tentu arah.

"Kenapa Senah?"

"Hm, ada orang nak jumpa dengan Datin." Lambat-lambat Mak Senah menjawab seperti tidak mahu majikannya tahu.

"Siapa?"

"Puan Muninah."

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now