Bab 59

5.4K 214 3
                                    

"Ida tak busy ke? Akak rasa macam susahkan Ida je." Kening Fasha bertaut. Dia rasa bersalah selepas menelefon Kalida tadi. Tidak sangka pula gadis itu sanggup menjemputnya dari rumah.

Kalida senyum tak kisah. Mata masih memandang jalan. "Ida tak busy pun." Tergeleng-geleng gadis itu. Signal diberi sebelum kereta membelok ke kiri.

Fasha mengangguk. "Ida..."

"Iya?" Kalida mengerling sekilas. Tiba-tiba saja namanya diseru.

"Akak taa... takutlah."

"Takut? Sebab apa?" Kalida hairan. Berkali-kali dia melontar pandangan ke wajah Fasha, cuba mencerna pengertian yang dia sendiri tidak pasti.

Fasha genggam tangan. "Akak... hurm... Iskandar..." Spontan suara tersekat-sekat, tidak sanggup menoktahkan katanya.

"Akak takut dengan abang Is?" Kata-kata itu membangkitkan tawa Kalida. Laki sendiri pun nak takut ke? Pelik!

Perlahan-lahan Fasha anggukan kepala. Bibir bawah digigit, hilangkan rasa malu yang terkubur.

"Kenapa takut dengan abang Is pula ni?" Kalida tahan tawa. Naik pelik dia melihat perangai Fasha. Mengandung ke?

"Sebenarnya akak..." Mata bertukar ke wajah Kalida. Gadis itu fokus menghadap jalan yang semakin sesak dengan kenderaan. "...tak ada apalah." Fasha tawa kecil. Keputusannya sudah berubah, dia tak mahu ceritakan kepada Kalida lagi. Ini bukan masa yang sesuai.

Melihat lampu isyarat bertukar warna merah, Kalida hentikan kereta. "Serius tak ada apa-apa? Kalau Fasha tak kesah, Fasha sharelah dengan Ida."

"Yes, tak ada apa pun." Fasha balas pandangan Kalida. Sekali senyuman pudar dia balas.

Kalida jungkit kening. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh Fasha, cuma dia tidak tahu apa. Malas mahu fikirkan, Kalida memecutkan kereta saat lampu isyarat sudah bertukar warna hijau.

Untuk kali terakhir, dokumen itu diteliti dengan penuh tekun. Melihat kalau-kalau ada yang tersilap tulis ataupun cetak. Selepas yakin sempurna, dokumen itu dimasukkan ke dalam fail hitam.

Laci meja kerjanya dibuka. Iskandar kerut dahi saat membaca sehelai kertas yang tertulis sesuatu. "Buat kerja elok-elok awak." Tanpa sedar, lelaki itu senyum nipis. Dia tahu angkara siapa.

Iskandar langkah longlai masuk ke dalam rumah. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum menapak ke ruang tamu. Tali leher yang tersangkut di bahu dilempar kasar ke lantai.

Baru saja kaki mahu menaiki anak tangga, matanya terpaku ke arah satu tubuh. Pemilik tubuh itu sedang nyenyak tidur di atas sofa. Dia merapati dalam diam.

"Fasha?" Iskandar merenung sayu wajah perempuan itu. Dia duduk melutut di tepi sofa, mahu samakan kedudukan dengan Fasha.

Lama jarinya naik menggusap pipi Fasha dengan hati yang berdebar-debar. Dicium ubun-ubun Fasha sekilas, tak mahu perempuan itu tersedar. Penat tunggu dia agaknya.

Iskandar senyum nipis. Dia tahu, dia tidak sepatutnya pulang lewat malam dan sengaja lakukan itu. Tapi hatinya masih berbekas sakit dengan permintaan si isteri. Mereka baru saja mencecah seminggu usia perkahwinan. Tiba-tiba saja Fasha mahu dia kahwin dengan perempuan lain.

DENDAM MR DEVILOù les histoires vivent. Découvrez maintenant