Bab 3

13.6K 469 7
                                    

"Fasha tak nak pergi." Sayu Fasha membantah. Tiba-tiba saja ayahnya mengatakan yang mereka akan berpindah ke Johor minggu hadapan. Mana mungkin dia akan setuju.

"Ayah tak kira. Kamu nak ke tak nak ke. Kamu tetap kena pergi juga!" Encik Azmi membuang pandangan ke wajah anaknya. Sesekali keluhan dilepaskan. Berharap agar anaknya faham.

"Fasha tak nak..."

"Keputusan ayah muktamad!" Encik Azmi bersuara tegas membuatkan Fasha ketar lutut.

"Fasha tak nak, Fasha tak nak, Fasha tak nak." Fasha tetap membantah dengan apa jua keadaan sekali pun. Sungguh dia tidak rela untuk meninggalkan kawan-kawannya yang ada di sini. Tambah-tambah lagi si dia! Si pujaan hati yang sentiasa memikat hati!

"Fasha, tolong la dengar cakap ayah. Ini demi untuk masa depan kamu juga." Suaranya yang tegas sebentar tadi kini menjadi lembut, selembut kapas.

Fasha tidak bercakap banyak malah terus melangkah ke arah biliknya dan...

Bam!

Pintu bilik dihempas kuat. Pintu itu tidak bersalah dalam hal ini. Malah, ianya juga tidak bernyawa dan bercakap. Kalau tidak, habis Fasha kena sembur dengan pintu ini. Kesian kau pintu!

"Sayang..." Selepas pintu bilik diketuk, Puan Maryam menyusul masuk. Perlahan-lahan langkah diaturkan menghampiri anak tunggalnya.

Fasha berdiam diri di atas katil. Tadi dia berbaring, kini dia duduk bersila. "Iya, ibu?" Sudah sembap wajahnya akibat terlalu banyak menangis.

Puan Maryam duduk di sebelah Fasha, kemudian dia bersuara. "Ibu rasa kamu kena terima keputusan ayah."

Fasha tidak menjawab. Dia merenung jari-jemarinya. "Fasha tak tahu, bu..."

"Tolong, sayang. Ini semua kebaikan kamu juga." Lembut suara Puan Maryam seperti memujuk. Tangannya menyentuh tangan anaknya. Cuba menenangkan hati si anak.

"Tapi Fasha..." Tidak dapat meneruskan kata-kata, Fasha mengunci mulut semula. Dia langsung tiada sebab yang munasabah untuk diujarkan.

"Tapi apa, sayang?" Wajah anaknya direnung dalam-dalam. Terserlah kesedihan di situ. Jauh di sudut hatinya, dia tidak sanggup melihat keadaan Fasha.

Fasha menggeleng. Biarlah dia terus begini. "Fasha..." Cuba mencari kekuatan untuk bersuara. "Setuju."

Terus Puan Maryam mendakap tubuh kecil anaknya. Belakang gadis itu diusap, lembut. "Jangan risau, sayang. Kita bina hidup baru dekat sana..."

Nur Fasha sibuk membelek-belek bola sepak milik Iskandar. Makin terkuis rasa hiba, mengenangkan sesuatu perkara. "Aku nak cakap sesuatu ni." Fasha bersuara seiring mengalihkan pandangan ke arah kawan baiknya.

"Apa?" Iskandar mengerut kening. Tiba-tiba saja gadis itu bersuara selepas berdiam diri. Sesekali Iskandar memandang ke arah gawang gol. Mereka berada betul-betul di tengah padang.

Fasha menarik nafas panjang-panjang. "Aku sebenarnya... hurm... nak pindah." Akhirnya terkeluar kata-kata itu. Kepala ditundukkan, sengaja mahu merenung rumput-rumput yang kian menumbuh.

Seperti tersedar dari mimpi, Iskandar terpana. Tidak percaya. "Kau... biar betul?" Wajah cantik Fasha terus menjadi tatapan. Ta... tak mungkin...

Fasha mengulas senyuman, kelat. Mata mula memerah seperti memberi isyarat akan meneruni air mata. "Ya, aku serius."

"Hurm... Jaga diri kau tau..." Tangan Iskandar gatal mencabut rumput. Entah kenapa terasa begitu kosong sekarang. Kosong... Kosong...

"Insya-Allah. Kau jangan lupa aku!" Fasha menepuk bahu Iskandar berkali-kali. Kemudian, bahunya sengaja dilaga dengan bahu Iskandar.

Iskandar tergelak kecil. "Taklah, kau pun sama. Jangan lupa aku."

"Mana mungkin aku lupa kau. Kau kan kawan baik aku. Hehe." Fasha turut tergelak. Tetapi terasa begitu janggal sekali. Kenapa?

"Yelah, sayang."

Jantung Fasha berhenti berdegup buat kali seribu. Terkelu lidah mendengar ayat terakhir daripada Iskandar. Sayang? Argh, sayang sayang sayang! Aku sayang kau jugak!

"Asal kau?" Terjongket-jongket kening Iskandar memerhati Fasha. Cakap 'sayang' dah cair tahap gaban, kalau cakap 'I love you' mungkin lebur terus.

"Dahlah jom sambung!"

"Yelah..."

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now