Bab 2

17.1K 497 18
                                    

"Happy anniversary cinta! Thanks sebab setia dengan abang selama tujuh tahun ni. Abang hargai sangat sebab cinta sanggup bertarung nyawa demi melahirkan zuriat abang dan sangup meluangkan masa bersama abang dan anak-anak kita," ucap suami kesayangannya, Nabhan Iskandar.

Terharu Fasha mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Iskandar. Tidak pernah dia menyangkakan bahawa perkara ini akan berlaku. Tanpa dipinta, air jernihnya terjuntai lambat dari tubir mata.

Seulas senyuman tergaris di bibir Iskandar. Lama tangan mereka bertaut rapat sebelum dahi Fasha dikucup Iskandar lembut.

Beberapa minit kemudian, reaksi wajah Iskandar berubah tanpa kata. Lelaki itu mencerlung tajam ke arah Nur Fasha. Tiada sebarang senyuman terukir tatkala Fasha sedar akan perihal itu.

"Abang?" Kelopak mata Fasha kembali berair ketakutan. Dia cuba mentafsir situasi yang berlaku sekarang.

"Woi Fasha!"

Diam sepi, tiada sahutan didengari malah bunyi cengkerik sahaja yang memenuhi ruang bilik kelas tersebut. Iskandar geleng kepala.

"Woi bangun la!"

Fasha yang tadi sedang tidur kini terjaga akibat mendengar suara 'gorila' yang terpekik-pekik itu. Matanya digesel perlahan-lahan dengan muka masam yang dipamerkan.

"Kau apahal?" Fasha bertanya dalam keadaan separuh sedar separuh bahagia. Sebaris senyuman mula terukir dengan mata yang masih terpejam apabila mimpi indahnya mula melayari kotak ingatan.

Hehew!

"Kau tak nak balik ke?" Iskandar yang sedang duduk di atas kerusi hanya memerhati gadis itu. Makin hari makin pelik budak ni!

Soalan Iskandar membuatkan Fasha sedar sepenuhnya. Dengan mata yang membulat, dia melirik sekilas jam di pegelangan tangannya.

Baru pukul tiga. Awal lagi. What pukul tiga?! Fasha bangun dan terus meninggalkan Iskandar seorang diri di situ. Dia... dia sudah lewat!

Iskandar terpinga-pinga melihat kelakuan mengejut Fasha. "Weh..." Tidak sempat Iskandar menghabiskan katanya selepas melihat gadis itu sudah hilang dari situ. Kalut benor!

Beberapa minit perjalanan akhirnya tiba juga di rumah. Kaki dibawa masuk ke dalam rumah. Mata melilau di kawasan sekitar. Selepas jumpa seseorang di ruang tamu, Fasha lantas memeluk tubuh itu.

"Ibu, Fasha rindu ibu." Fasha memeluk erat. Wajah disembam ke belakang badan ibunya.

"Ibu rindu Fasha jugak," balas Puan Maryam selepas berpaling dan membalas pelukan anaknya itu. Kepala gadis itu diusap-usap penuh kasih sayang.

Puan Maryam tahu anak tunggalnya memang tidak boleh berenggang dengannya walaupun hanya seminggu. Tetapi jikalau suatu hari nanti dia dijemput oleh Ilahi, bagaimana keadaan anaknya nanti?

"Baru pergi seminggu, tak pergi sebulan lagi." Encik Azmi mencelah dengan gelengan. Di lubuk hati memang dia rindu juga dengan anak tunggal mereka itu. Maklumlah, hanya seorang puteri yang mereka ada.

Lama berkeadaan begitu, pelukan itu terlerai. Fasha dan Puan Maryam hanya tersengih memandang Encik Azmi.

"Macam mana honeymoon seronok?" Fasha bertanya dengan senyuman kambing. Terangkat-angkat keningnya menantikan jawapan.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now